|
keluar dari alam mabuk seni dan kembali pada alam nyata.
demikian bunyinya tajuk di atas. seperti aku ini hidup dua alam. satu : alam bergila-gilaan dengan perasaan mabuk seni ku yang begitu berbagai dan yang kedua ialah alam dimana aku berpijak kebumi dan bercerita tentang perlunya menjadi kaya dan berlawak jenaka. inilah keberuntungan menjadi diriku. keberuntungan yang barangkali tidak ada pada ismail, md sufian atau saravana. aku melihat lumut ditembok sebagai karya seni yang aku pindahkan ke galeri mindaku dan kemudian ah lek hanya melihat tembok yang usang dan tidak bernilai komersil - tidak ada apa apa. malangnya pula menjadi aku ialah keasyikkan yang terlalu, diriku membawa mindaku lepas bebas bagai adakalanya tidak terkawal, bermonolog dan mencatat puisi di atas awan. aku menjadi sebahagian puing puing debu yang bertabrakkan kesegenap ruang. tetapi barangkali kerana aku ini hidup di dua alam, aku boleh saja menjadi manusia normal, menjadi loppiess yang memakai talileher atau mengadakan seisi taklimat motivasi kepada audiens. jangan jadi si pemabuk seni berambut panjang dan asyik bergila, yang menulis puisi Tuhan yang panjang tetapi tetap lemas dengan idola hollywood yg tak henti henti dimomokkan. mahu jadi apa?, wujudlah juring paradoks yang dilihat orang dari kolong kolong tingkap malam. orang hanya merasa tetapi tidak berkata apa apa. demikian aku mengingatkan diri aku sendiri tentang alam pertama alam kedua dan alam ketiga, di alam ketiga kita tidak akan dapat menoleh lagi. di situ kita hanya menanti, menunggu keberangkalian hukum apa yang jatuh ke jemala. ahh lupakan saja, aku sebenarnya tidak punya idea untuk menulis.
last modified Jul 13, 2004 at 4:12
semua orang tidak sempurna loppies......!
ah! enak sekali menelan setiap bait perkataan yang sangat jarang-jarang disuapkan oleh loppiess. terima kasih.
Indahnya 'mabuk' dengan suatu yang kita benar benar suka dan cinta... Ngerinya 'sedar' dalam keadaan segala tanggungjawab sedang mengejar kita...

|