|
surat dari ibrahim
camar sangat riuh ketika muncung kapal memudiki teluk satander yang dingin. derik tali rope dan bunyi enjin kapal yang bobrok, tebing teluk dan menara lama kota perang mewarna rusuh jiwa para kelasi. penat benar setelah lama belayar dari lisboa dan le harve. rumah api dan jejeran buoy terapung rapung seperti juga awan yang berpetak petak seperti tanah kering di landa kemarau berkurun. lelah di amuk badai teluk biscay memang lelah yang panjang, mabuknya dilambung ombak seperti mabuk menelan setong arak. ketika kapal tenang menyusur teluk satander, matahari yang terik masuk ke kabin seperti menyusur terowong cahaya, sebaris dan hinggap ke lantai dan sebahagian tilam, ibrahim menulis berhati hati, semuga dirimu dalam lindungan Tuhan, lelah benar ketika harus bertembur lewat biscay yang tak pernah diam, pun kerana rindu sangat menebal, aku tuliskan surat ini buat kamu. tiada apa apa yang amat penting untuk ku tuliskan, selain ingin mengulangi semula bahawa cinta bukan cuma rindu dendam dan kasih membara semata tetapi cinta adalah penguat semangat bagai besi kental, tegar dan ampuh dalam menempuh amuk resah dan ingin yang pelbagai. demikian simpan ia sebagai azimat. ibrahim, satander spain. demikian ketika buritan kapal semakin jauh, bunyi peluit bagai lagu merdu yang menyesakkan alam. rindu bukan cuma rasa tetapi rindu adalah dengup jantung.
last modified Jul 28, 2004 at 0:49
begitulah pesan Haryati kpd Zainudin didalam sebuah novel yg pernah saya baca." Cinta bukan cuma rasa rindu dendam semata tetapi adalah penguat semangat". Sesungguhnya ia amatlah benar sekali.
to anna, tq,tq,tq,tq.
to hs, tq,tq,tq,tq,tq
rumah api dan jejeran buoy terapung rapung - terapung-apung tanah kering di landa kemarau - dilanda lelah di amuk badai -diamuk
p/s: komen ikhlas dari seorang kawan
"rindu bukan cuma rasa tetapi rindu adalah dengup jantung" betapa benar sekali katamu loppiess... ps: menarik lukisan loppiess, ntah kenapa 3 lelaki tu mengingatkan hs tentang P. Ramlee, Aziz Satar dan S. Shamsuddin :D
|