|
sedikit catatan sempena hari lahir.
fidel castro telahpun berumur 78 tahun. dia merayakan harijadinya selepas ribut charley melepasi sempadan perairan cuba. si tua berjanggut itu tidak punya ikatan apa apa denganku, cuma kami berkongsi menyambut hari ulangtahun kelahiran yang sama. lihatlah mukanya yang gagah dan karismanya yang utuh, beliau telah menbangunkan cuba sehingga mempunyai seorang doktor untuk 176 rakyatnya. itu saja, kadar jobless masih tinggi dan kemiskinan masih menjadi selimut harian marhaen. pada hari yang sama juga 'genceh' kawan sekampungku di lahirkan. ohh tuhan, betapa indahnya zaman kanak kanak kami yang kerap habis di sawah dan sungai, memikat wak-wak, memancing puyu dan sembilang. menonton wayang china di bahau, menunggu burung tanau di atas leban yang sarat berbuah. kami bermain bola di kebun nyior, menunggu durian di mensubo. namun kini genceh yang dahulu telah 'tiada'. beliau hanya duduk bersendirian membilang rumput rumput atau mengira jika anak wak wak keluar dari langit. rambutnya terlalu panjang dan tidak bisa lagi bertemu manusia selain ibunya sendiri. beliau tidak lagi menguasai dirinya, kami telah kehilangan genceh, genceh sahabat kami. pada 2001, hari yang sama juga painting potrait of lady aged 62 oleh rembrandt van rijn di jual dengan harga US35.6 juta, begitu jika pelukis sudah mati, harga lukisannya akan terus hidup. pada tahun 2000 hari yang sama, submarine kursk tenggelam kedasar laut barents yang terlalu dalam dan sunyi, berpuluh anak kapalnya turut tenggelam, tenggelam dengan impian dan cita cita. para pejuang cechen menyambut berita itu dengan paluan kompang kerana sekian lama askar putin yang kejam menyembelih rakan rakan mereka. begitulah sedikit catatan sempena hari dimana aku lahir ke dunia. diary diary lama yang kusam ku sinkap perlahan lahan, hidup rupanya semakin pendek. tiada banyak waktu lagi. selamat hari lahir kepada diri ku.
last modified Aug 14, 2004 at 8:48
Salam perkenalan, dan selamat hari lahir :D
to rainbowboy saya akan menulis, mengalirkan resah dan hiba yang adakalanya datang bersama denyut nafas, menulis seperti memberhentikan alam seketika.
to jangnoes, rancangan, mensubo, ghalib, ghocang dan kenudai juga hilang bersama genceh, bersama usia kita, bersama tanggungjawab dan bersama potporit. tempua tiada lagi mahu bersarang dihujung pelepah kelapa di kampung kita, kolam tok gopa yang penuh teratai telah menjadi ladang kelapa sawit, demikian acan juga semakin hilang seperti hilangnya bok'on dan cencoro. semuanya semakin susah untuk di gapai.
to siti, castro tidak menjadi negarawan besar tetapi negarawan ulung. cuba maju dalam industri perubatan dan maju juga dalam industri pembungkusan curut. hidup di cuba adalah limabelas tahun mengundur. mahathir membangunkan negara tetapi castro membangunkan maruah walaupun kedua duanya 'nakal'.
to selendangbiru, begitulah nur indah, dipersinggahan singkat inilah Tuhan membekalkan kita nafsu dan mahu. kemudian ada aturan bagaimana untuk mengemudi nafsu dan mahu itu demi menikmati anugerah terindah di sana yang kekal. akal yg miskin dan kalbu yang daif seperti saya ini harus di peringatkan saban detik, terima kasih.
Selamat hari jadi buat Lopieless..
Teruslah menulis hendaknya..
Benar, kehilangan Genceh amat terasa ketika berkumpul di kala musim balik kampung tiba. Menajo di " Rancangan" punyai peristiwa hebat antara aku dan Genceh. Ilmu menajo diturunkan seikhlasnya kpd aku pd hari itu. Selamat Hari Lahir kpd saudara Loppiess dan Genceh, semoga Allah menurunkan rahmat sebanyak banyaknya buat kalian,walaupun di dalam dunia yang berbeda..!
selamat hari jadi loppiess. semoga penambahan usia anda mendapat berkat dari ilahi.
castro mungkin bukan contoh pemimpin yg terbaik tetapi diktator itu tetap saya hormati kerana bisa menepis segala rancangan kotor US terhadapnya dan masih mampu bertahan. hampir-hampir bertemu ketika persidangan NAM dulu. kalau bertemu mau diajukan soalan tentang che guevara padanya. 
selamat hari lahir loppiess... semoga 'persinggahan' kita yang singkat ini, menjadi pentas untuk kita miliki 'anugerah' terindah di 'sana'...
nur indah....hidup ini satu percaturan
|