home
login::signup
we::blog

beberapa hari lalu aku terjaga dan dunia kelihatan berpusing amat perlahan.


selamat kembali bro. anwar, selamat kembali kepada marhaen. 
 
II 
demikian pada satu petang yang perlahan, ketika aku di benarkan oleh rutin hidupku yang leceh dan berjadual untuk menulis kembali di DI SINI LOPPIESS setelah sekian waktunya hilang di puput laju kehidupan yang di pacu mahu yang berbagai dan tidak berkesudahan. mengemudi mahu lelahnya bagai mengemudi sekandang harimau. 
 
III 
selamat menyambut kemerdekaan. sedih mengenangkan betapa peritnya pejuang bangsa memperjuangkan kemerdekaan, kalau harus nyawa jadi galang gantinya, itulah yang terjadi. mempertahankan kemerdekaan pula kita membayar dengan ribuan nyawa. samaada di lereng lereng bukit ketika diserang hendap atau juga di pancung kepala kerana enggan untuk merubah kesetiaan. ramai yang kudung kaki kerana jerangkap samar atau di punggah berlori lori untuk membina jambatan di burma. penuh satu balai gugur di rejam peluru dan api, darah ketua kampung memerahkan sungai kerana enggan bersubahat. pemimpin kecil dan besar ada yang hilang sehingga kini tidak ketemu. ada tangisan yang masih berpuing puing berlegar dibucu tangga ketika lelaki lelaki diheret masuk ke trak trak, demikian khalit, deraman, ujud dan beribu lagi ditanam saja dimerata rata kerana malaria. mempertahankan kemerdekaan bagi mereka adalah mempertahankan nyawa, mempertahankan tanah tanih subur yg menghijau, mempertahankan sungai sungai yang di dalamnya penuh dengan ikan yang berenang, mempertahankan sawah padi dan bukit bukit, mempertahankan awannya dan anginnya, mempertahankan jiwa dan roh. mereka tidak punya pagi yang cemerlang kerana bunyi burung burung adalah bunyi letus peluru dan dabrak bom, mereka tidak punya malam yang tenang kerana malam sebenarnya penuh ketakutan yang mengintai dari juring juring dinding, bunyi cengkerik dan serangga malam adalah bunyi tapak tapak kaki musuh yang mampir dengan senapang dan pisau panjang yang terhunus untuk membunuh. 
 
kemudian untuk sambutan 2004 ini, kemerdekaan cuma lonjak artis di pentas, anak anak muda tiba tiba hilang. hilang pengertian merdeka, hilang pengisian merdeka dan aku hampir hampir saja menjadi sebahagian dari mereka. tiada siapa peduli. 
 
IIII 
Beslan (russia), jeritan dari bilik darjah dan ruang dewan, pekikkan dan tangisan, marah dan ketakutan naik ke langit. di lilitan pinggang dan di dada dan di kalbu diikat kejap bom, ini perjalanan terakhir.  
 
kita melihat dari kaca TV , ohh...mimpi apakah sedemikian rupa, penuh kejam dan tidak punya hatikah mereka?, anakanak kecil dan perempuan yang tenggelam dalam tanggisan. 
 
aku tidak ingin ini berlaku, untuk apa datang kesini cuma untuk membunuh kanak kanak dan para perempuan atau cuma ingin meletakkan nama agama begitu hina dan dipijak, engkau tidak merasakannya. ketika askar askar putin masuk ke kampungku di pinggir grozny, mereka merogol anakanak perempuan kami dari berumur lapan tahun hingga kepada nenek nenek kami, mereka menangkap sahabat sahabat kami dan menyembelih mereka seperti menyembelih seekor unta, rasakan detik kalbu kami, rasakan wahai dunia, lihat wahai dunia..!!! 
 
IIIII 
tidak usah lagi engkau menaiki helikopter kalau sekadar ingin memberikan isteri engkau sejumlah pampasan insuran,isterimu mahu kamu bukan wang yang kau tinggalkan.  
 
IIIIII 
terima kasih kepada skuad olimpik kita, kegagalan tuan tuan mendapat sebarang pingat membolehkan MSN mengkaji semula dengan teliti semua segi berkaitan kemajuan sukan. kalau juga tidak terbangun dengan pencapaian yg sebegitu, mahu dibuat apa lagi? 
 
ajak memberitahuku, untuk mendapat satu pingat di olimpik bagi kontinjen kita bagai ingin mencapai bintang di langit sukarnya, muga kenyataan ajak tidak benar, melainkan salah jua. 
 
IIIIIII 
demikian aku akur, kelemahan kita mendinding kita dari melihat kebenaran, pun demikian perjalanan harus jua di pacu untuk melengkapkan kehidupan.  
 
duhai diriku, lihatlah alam dari matahatimu.

last modified Sep 4, 2004 at 6:13



[ add a comment ]

tq kepada siti kerana menyuntik semangat kpd saya, tq kepada rainbowboy kerana bersetuju dgn saya.

120359 | posted by loppiess on September 9, 2004 at 22:26

i. kali pertama dengar dia bebas rasa bersyukur sungguh..

ii.Akademi fantasia dan gila tembak bungaapi seolah jadi pengganti kemerdekaan tu...

III. Sedih..Kemanusiaan yang mati disana..Membaca Novel Haji Murad-Leo Tolstoy persis pula ceritanya..

IIII.Tidak lagi ada sezarah percaya pada Helikoter!!!

119985 | posted by rainbowboy82 on September 7, 2004 at 3:05

i- benar, syukur bila saudara Anwar sudah jadi manusia bebas.
ii-gembira bila loppiess dapat luangkan masa mencatat sesuatu yang saya anggap sangat berharga untuk minda.
iii-saya dapat rasakan azabnya hidup di zaman penjajah hanya dengan merenung ke dalam mata ibu.
iv-grozny, acheh dan palestin, dosa mereka ialah dahagakan sebuah pembebasan. semoga Tuhan melindungi orang-orang Islam di dunia ini.

loppiess, kalau berkesempatan, bacalah artikel di washington times tentang target paderi-paderi kristian di malaysia utk memurtadkan 30,000 org islam utk tahun ini sahaja.

119761 | posted by sitinesta on September 5, 2004 at 20:02