|
keretapi yang pamit dari stesyen terakhir
samada mahu tertawa seperti orang kemabukkan candu atau mahu bersedih bagai orang kematian kekasih, terpulanglah. banyak benar perkara yang bobrok dan onar yang tercipta yang mohon engkau bersedih atau engkau tertawa. yang pasti engkau tak akan dapat lari dari harus bersubahat dengan kegelisahan yang menjadi nafas dunia dan secara tak lansung nafas kita juga. kalau harus menangis, tidak tertanggis lagi, airmata enggan keluar kerana kesedihan sudah maksima. kematian yang bukan bukan seperti budak budak yang kecil atau orang orang tua yang tidak berdaya untuk lari, kematian wanita wanita yang sedang mengendong anaknya, kematian para lelaki yang kurang siuman, kematian para pesakit takala hospitalnya di ledakkan, kematian kematian itu telah menjurus kepada kematian rasa kemanusiaan, kematian simpati, kematian kasihan, kematian rasa kasih dan ehsan, kematian rasa cinta dan sayang yang keluar dari kalbu dan kematian peradaban. kalau harus tertawa, mungkin juga tidak wajar, tetapi apakah kewajaran itu masih wujud?, kewajaran sudah pun menjadi alat untuk memenuhi mahu atau ia manjadi alat untuk memenuhi nafsu, kewajaran harus di ciptakan dalam bentuk yang asing yang di rumus dari ketidakwajaran. penguasa di mana mana akan semborono mewajarkan apa pun walau kewajaran itu adalah bahan untuk di tertawakan. zaman untuk membodohkan marhaen sesuka hati telah pamit. kalau harus di pijak pijak saja penguasa yang bodoh itu biar patah riuk, pijak saja kerana dosa mereka bukan sahaja menghukum kita yang hidup takala ini malah akan memusnahkan nasib cucu kita yang sekarang ini belum pun menjadi mani. marah, gelisah, lawak dan kasihan adalah puing puing angin yang bertiup di udara mohon kita bernafas dengannya. mahu tidak mahu kita tetap jua bernafas dengannya. kalau ada cahaya di hujung terowong yang gelap, jangan mudah terpedaya, barangkali ia cuma kelip kelip yang terbang melayah sesuka hatinya. demikian aku termanggu ketika hari semakin tinggi. di luar jendela flower horn ku melihat keluar akuariumnya dengan pandangan kosong.
last modified Sep 17, 2004 at 21:08
Kata-kata mu begitu puitis. Huruf-huruf mu menari ballet atas layar.
|