|
monolog tersedar ketika matahari telah tinggi
Entah kepada siapa yang sebenarnya untuk aku meminta maaf kerana 'di sini loppiess' sekian lamanya terbiar, kaku dan dingin, seperti adakalanya bagai sebuah rumah kosong yang tidak berpenghuni, kalau ada pun riuh cuma daun pintu yg terbuka dan terkatup di tiup angin. Para pelalu lalang tertanya tanya barangkali kemanakah penghuni rumah ini?....lalu aku meminta maaf kepada semua, kepada Siti, kepada Rainbow, kepada Jangnoes dan kepada sesiapa pun yang lalu lalang, semenjak ramadan aku bagai hilang dan sempena syawal yg masih berbaki ini ,aku, seorang loppiess minta izin di ampunkan jika lewat tulisan ku yang semborono ini memungkinkan rasa gundah bertamu, demikian aku tidak menyimpan apa apa rasa kepada semuanya selain rasa berkomuniti, rasa sayang walaupun kita tidak pernah melihat mata atau warna baju masing masing, cukup hanya dengan hormat dan rasa 'perlu'. Adakalanya bila memandu pulang dari kerja atau ketika mata enggan terpejam ketika malam telah larut, banyaklah datang cerita cerita yang rasanya mahu di tulis, dikongsi dengan sahabat2 pelalu lalang di daerah danchan ini, mahu di tulis derita yang bertaburan di Falujah, mahu di tulis para belia yang terus mati di Acheh, mahu di tulis para taliban yang nyawanya lebih murah dari nyawa seekor unta, mahu di tulis tentang para lelaki yang di susun di dalam trak seperti menyusun daun tembakau bertindih tindih. mahu di tulis tentang para lelaki yang di sembelih saban hari di grozny, rasanya bagai semua mahu di tulis, ditulis walau tidak dibaca sesiapa kerana aku bagai puas jika sebahagian rasa gundah ku ini aku lepaskan di daerah danchan ini. Terlalu banyak sebenarnya untuk di tulis, kerana bahan penulisan tersebut lahir setiap minit dan pohon di ulas, dan kita pun mengulasnya dari kacamata kita, mohon orang bersetuju pula kerana persetujuan mereka adalah cap mohor kepada kebenaran pandangan kita. demikian pengulangan itu berterusan. Cuma demikian payahnya aku ini untuk menyimpan sedikit masa untuk bergulat dengan perasaan, demkian rupa rupanya kita tidak boleh memberikan mahu kita dengan berwenang, ada beberapa ketentuan lagi yang dikuasai oleh malas, bingung dan termanggu. wahh....terlalu banyak faktor penentu untuk berjalan.
last modified Dec 4, 2004 at 9:52
Aku rasa weblog ini tersisih..tidak segah "Jongkang-jongket.". Yang anehnya aku lama terpaku kaku disini..Menantikan kalau-kalau ada "entry" baru dari sang penulisnya..
Tari bahasanya aku kagumi..Isi tulisnya mengetuk-ngetuk emosi..
Walau ini weblog yang tersisih..Aku masih mahu terus membaca disini..Bait tulismu meluah rasamu itu biarlah terus hendaknya biarpun tersisih...
Sepatah kata Usman Awang
"Jangan diam.."
|