|
di mana anakmu Tina
1. Kalsom bimbang kerana jam telah merangkak ke angka sembilan malam. Rogayah masih belum pulang dari mengaji di rumah Lebai Maharom. Padamkah unggun daun nyiur yang dianyamnya petang tadi yang panjang dan cantik seperti tocang dara sunti itu atau Rogayah singgah di rumah Mariam untuk mengambil buku ilmu alamnya?. Tapi Hussien dan Kiah turut mengaji, usailah sikit resah kerana kalau bertiga, curiga sesat di denai atau di sergah binatang buas kuranglah keberangkaliannya. Tapi keresahan masih bersarang juga dalam raga jantung Kalsom. Sebulan dua ini ada datang siulan yang bertali dari bujang bujang yang belajar silat di rumah Tok Wahab. Dalam bertukarnya senja dan malam kepada pagi dan siang, Rogayah rupanya telah tumbuh segar menjadi dara yang mekar dan kekar, mahu rasanya Kalsom menarik hari dan jam biar beredar laju kerana menjelang hujung tahun jika tidak ada masaalah dan Lebai Maharom sihat walafiat maka Rogayah di jangkakan khatamlah qur'an dan kalau ada lelaki yang mampu dan warak, tidak kira samaada askar atau uztaz yang mengajar disekolah, satukan saja. Demikian kebimbangan menjalar dalam raga jantung kalsom kerana kasih sayang yang tinggi kepada Rogayah dan kerana hanya Rogayahlah satu satunya hasil tinggalan suaminya Baharum yang pergi lama dahulu selepas demam panas yang hinggap ke batang tubuhnya tak usai usai. 2. Jam lewat 12 malam Tina masih tega di depan TV 32 incinya. Samad lakinya masih entah dimana, barangkali masih berada di rumah YB kerana menjelang pemilihan bahagian segalanya harus di atur. Tina yakin kepada Samad bukan hanya kerana Samad lelaki bertatasusila, bahkan Samad bakal menjadi...insyaAllah YB jika YB Mat Lela terpaksa ke Parlimen. Orang orang di cawangan, semua cawangan harus di atur mengikut susurgalur yang wajar biar nanti tidak ada kekangan yang kuat yang mampu membantutkan cita cita. Tina sangat bersyukur kerana punya suami spt Samad, apalah lagi yang diinginkan perempuan selain punya suami yg berjaya dan dapat menumpang kejayaan itu, rantai berlian tidak ada apa, kemewahan hanya sementara, kasihsayanglah yang melorongkan hidup untuk bertemu sinar bahagia. Tiba tiba Tina teringat sesuatu, di manakah Shiela?, anak gadis mekar dan kekarnya. Tidak apalah, Shiela sudah 18 tahun hidup, beliau tentu dapat membezakan baikburuk apa apa yang di hadapannya. Tina kemudian mencapai remote Astronya, Channel MTV kemudian menayangkan klip video perempuan berkulit hitam memakai bikini mandi duduk di bar yang menghadap pantai. 3. Peredaran masa jelas membezakan Kalsom dan Tina, tidak hairan ketika aku membaca satu ruangan berita di NST beberapa hari lalu kadar kes rogol meningkat dari tahun ke tahun, untuk Jan-oct 2003, jumlah kes rogol yg dilaporkan sebanyak 1,256 cases dan untuk jan-oct 2004 jumlahnya meningkat menjadi 1,462 cases, untuk kes pembunuhan pula bagi jangkamasa yang sama pada 2003 sebanyak 451 dan 2004 sebanyak 481. Bimbanglah kepada anak anak kita, anak anak buah kita, adik adik kita, anak anak jiran kita, bimbangkan mereka. Letakkan perisai di dalam jiwa mereka untuk bertahan dengan apajua godaan dunia masakini. rencana ini di sumbangkan oleh LOPPIESS atas sifat kepedulian sosialnya. Ia bukan ocehan mabuk seninya dan bukan di tulisnya di atas awan, ia di tulis lewat keresahannya kerana penduduk kampung telah kematian Pak Duli.
last modified Dec 6, 2004 at 13:42
rencana yang bagus loppiess.
Kenapa begitu ketara perbezaannya, walhal jarak masa antara keduanya...masih terlalu dekat?
Apa nasib anak anak kita kelak? Hakikatnya, anak anak itu adalah cermin ibu bapa. Bagaimana didikan yang diberikan, itulah gambaran yang anak anak akan tonjolkan. Semuanya berbalik pada kita. Mampukah kita...bersediakah kita?
|