home
login::signup
we::blog

tsunami

sore yang gagah terkulai di bahu duka 
ada perkhabaran di bawa angin dari visakapatnam ke phuket 
dari ceylon ke pulau pinang dari loksemewi ke kuala cenang 
sabang hilang sebentar telok bengal meratap 
ceylon pantainya dihujan tangisan 
ada gelora 
ada gelora 
ada gelora 
yang mengutip anak anak di pantai membawa ke laut andaman 
yang menyusun sampan di pucuk pucuk rumbia 
rumah rumah ranap dan para si miskin meraung 
demikian, 
ikan ikan terlantar bersama nelayan berkongsi nasib hiba. 
 
gelora tsunami menyambung senapang susilo buat warga acheh 
pejuang di kuala, di hutan rimba dosa apa pada mu GAM 
hingga langitmu kian hitam dan rentung 
musibah tergantung di jendela hari tak pamit pamit 
 
gelora tsunami menyambung tawa thaksin seusai tawa di tak bai 
cawan kata kata yang penuh gula kini 
adalah cawan kata kata penuh duka menyala 
angkuh kemudian terlerai seperti si badut kesiangan 
 
mana si harimau tamil? 
peluru mu kau simpan aje kerana gelora tsunami akan 
meluruhkan nyawa marhaen seperti daun daun kering yang jatuh 
di musim rontok hingga ranting menjadi sepi dan terbiar 
 
demikian ku cari di mana pemusnah masjid babri 
atau pembakar keretapi kerana nah di sini gelora tsunami 
menyentap maut yang kau tarikan 
lewat keangkuhan yang tak diajar agama mu. 
 
demikian tangisan di kuala muda 
bagai nyanyian duka terawang ke kolong awan 
di langit ada poster tergantung murung 
peringatan buat manusia manusia di bawah sana 
tsunami hanya riak kecil yang mengalir ke pantai mu 
yang menyapa peri laku mu 
agar terjaga sebentar buat bermuhasabah 
kerana sore kian merangkak 
ke senja. 
 
tsunami, 
kalaulah aku masih tak mengerti ? 
 
loppiess.

last modified Dec 28, 2004 at 9:28



[ add a comment ]

Yeahh...Acheh and Acheh again. Now a little "Noah Flood" create Tsunami Disaster, say it "A little of The Day After" that will finally End of Universe, we're waiting. He is coming Messiah, Christ or Mahdi. Perhaps a Time to remember for us :
Gajah Mada Palapa Oath: "Build Nusantara Unity ANEW". Next Soekarno Oath: "Build World Unity ANEW". Finally aftermath Tsunami message: "Build Universe Unity ANEW".

PEACE MELAJOE NUSANTARA

134179 | posted by sabri on January 10, 2005 at 22:33

Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanah ku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang

132605 | posted by rainbowboy82 on December 28, 2004 at 21:38