|
nyanyian belasungkawa
terjaga tanggal 26 december dipagi Kerueng Mane desir pantai Bieuen dan nyanyian unggas di Lhoksemawe di bawah awan Pidie tenang pulau Sabang megah pulang azan kumandang di Nagan Raya bersambung ke Calung Meulaboh perahu lelah berlabuh lagu keroncong sendu di Simeule, gemuruh tawa di Nias anak anak berlari di Pantai Cermin sawah padi menguning Deli Serdang terpanggang di pijar sore tiba tiba riuh suara air naik air naik air naik nyanyian tertebar riuh bersama angin disember usai usai aku ratapi penuh yang amat ini belasungkawa ku ingat sepanjang nyawa. loppiess
last modified Jan 10, 2005 at 23:18
saya amused by those words.
siti, kita tidak pernah tahu doa menahan lapar kerana kita asyik kenyang, minta Tuhan tidak memberi kita ujian sehebat Rizal. Kita tidak pernah runsing jika tiada makanan yang kita runsingkan ialah 'mahu makan apa?'.
demikian, kelebihan kita rupa rupanya datang bersama permaidani alpa yang menidurkan manusia di atas baldu lembutnya.
zareeda, sahabat saya bernama Azlan dalam group Global Peace Malaysia yang berada di Acheh mengambarkan 'wow' tentang Masjed Raya Baitul Rahman. Beliau juga menghantar 60 keping gambar lewat email beliau. begitu fragile nyawa manusia.
WOW...
ada gemuruh di dalam dada saya ini loppiess. saya malu dengan rizal, anak aceh yg tidak tinggal sembahyang dan mengamalkan doa menahan lapar ketika hanyut di laut. saya hanya tahu doa makan, bagaimana kalau saya yang hanyut di laut itu. ceteknya ilmu agama di dada. saya tidak mahu jadi manusia yang lalai lebih-lebih lagi di saat-saat seperti ini. saya takutkan hukuman tuhan. hati saya bergetar mengenangkan kita sudah di akhir zaman tetapi dalam masa yang sama saya masih lalai dalam kehidupan. ketika inilah saya sering memikirkan sama ada sembahyang saya diterima Allah atau tidak. kata dr Jemilah dari Mercy, keadaan di aceh tidak ubah seperti hari kiamat yang diceritakan, manusia lari bertempiaran dan janin keluar dari rahim ibu. saya tidak mahu alpa...
|