|
Surat Solehin kepada bondanya.
Bonda ku, ketika aku menulis ini malam telah begitu dewasa namun bulan tidak juga hadir, begitu juga bintang bintang, langit begitu gelap, gelapnya benar benar hitam dan likat. Dari awal senja, gelap itu berjatuhan ke ruang alam, menimpa pohon pohon dan bukit bukau, gelap itu jatuh adakalanya seperti hujan dan adakalanya tertebar seperti jala, hitam itu akhirnya tidak dapat lagi di tahan tahan, hasilnya malam begitu gelita. Bonda ku, sering saja bila aku kesunyian atau runsing menjadi tamu hati ku, aku segera teringatkan mu, bagai aku ini bayi mohon engkau mengusapku, kala aku letih maka letih itu kan pamit tergesa gesa, kala aku resah, resah itu kan menjauh seperti sampan kertas di dada sungai, kala aku berdebar maka debar itu akan segera pergi, bagai engkau menyiram air ke dalam dadaku yang kontang. dewasa ini bonda, aku sering saja runsing dan gelisah, bagaimana kan ku katakan pada mu gelisah itu, kerana ia bukan dosa ku atau bobrok engkar ku atau jahilku atau aku ini pemberontak tapi cuma aku ini menjalankan tugasku sewajarnya, atas maksud Tuhan memberikan undang undang dan kami ini sedayanya bagai cuma sebutir pasir di padang luas ingin menegakkannya namun lagi kami cuba menegakkan hukum lagi kami kan terima balanya lalu bonda, aku ini apa, si polan dari jabatan agama menegakkan hukum kemudian si polan di hukum. tidak apa dan yang wajarnya bagaimana? tongganglah arak atau tidak usah pakai apa apa biar kemaluan di tayang kehulu ke hilir, tidak apa dan yang bersalah cuma si laknat yang berjanggut cuba menegak hukum. bondaku, aku belajar untuk membiarkan kebobrokkan atau kelucahan sosial berlansung, jangan peduli atau yang bagusnya ayuh sertai saja! sertai mereka untuk berdansa sehingga pagi biar peluh keluar bagai melakukan sepuluh kali persetubuhan. Ayuh tongganglah arak, biar mabuknya berbulan bulan, jangan pakai apa apa pakaian, bukankah itu lebih mudah dan ayuh sama sama menayang kemaluan, marilah kita duduk di rimba peradapan paling modern ini. bonda, maafkan aku kerana begini celupar, bukankah engkau juga yang mengajar supaya tidak akan membenarkan sebarang kebobrokkan sosial berlaku di sekeliling? namun kita tak punya apa apa bonda, tidak punya apa apa kuasa selain lidah kita , kalam dan kertas asing yang tak di baca orang ini. Salam aku pada Atan, Ngah Bedah dan Pak Udo Taugeh, kasihmu bonda memimpinku menjadi sebegini pemarah. Abdul Solehin Embong, Kuala Lumpur
last modified Feb 13, 2005 at 21:42
kadang-kadang saya sangat pelik melihat keangkuhan manusia...bercakap seolah-olah seperti tuhan itu tidak mendengar dan melakukan maksiat seolah-olah seperti tuhan itu tidak melihat. kejahilan bila bercampur dengan keangkuhan, hasilnya sangat jelek..maka agama yang menjadi mangsa, undang-undang tuhan pun mahu dipinda.
|