|
monolog aku yang hilang
sekian waktunya mataku terpejam bagai tak mahu di buka lansung. aku terlena ketika alunan petikkan gitar seulas seulas berdenting dan dentingnya beralun bagai gelombang halus berjajaran ke dalam mindaku. ketika aku meletakkan tanganku yang turut lena, kakiku yang turut lena dan yang bergelombang cuma dadaku dan mindaku ketika telingaku setia menangkap denting yang seulas seulas yang tidak pernah engkar. dari gelombang yang pada mulanya begitu halus berlegar dan bercambah di dalam salur dan saraf otakku tiba tiba denting itu menjadi gelungan gelungan yang berputar seperti saja terowong air yang gelap dan yang ada cuma riuh riuh derai buih yang kemudian tiba tiba saja menjadi ribut. ke kiri dan ke kanan begitu perlahan kapal ini terasa menerjah relung arus dan sesekali bergegar ketika ada puing puing gelora tersasar dari alun normanya. Gendang The Wailers berdetak detak bagai memukul dinding di kepala katilku, kemudian detak gendang bertemu denting gitar, bob marley menari ketika rambut segugus segugusnya terhoyang berat dan matanya begitu lemah seperti juga nyala lilin dan asap yang entah kemana mahu berangkat. kapal tetap runcing meredah gelap, meredah arus, meredah nasib ketika para kelasi lelah menghadap mimpi dan lelah bertarung untuk melupakan rindu. ketika funnel dan asap kapal yang bobrok meracau di usik angin laut terbuka, ketika dabrak enjin berjejeran menyapu sekelian sunyi dan getarnya yang melapik dek dan derik derik rantai dan oleng crane. lampu lampu turut terhoyong dan sinarnya menari ketika horizon yang jauh tidak peduli dan awan yang rendah bagai mahu mengapai pulau nan sunyi. yang ada ketika aku termangu di tingkap kabin ialah bob marley and the wailers, lukisan ku empat ekor dolpin dan kapal yang besar, radioku yang ku beli ketika kapal di taiwan, corong aircond yang ku lapik dengan sarung tangan ( melambai lambaiku saban detik), sofa, katilku, meja tulisku, segugus laci, sejadah, lampu mejaku, dan yang lainnya hanya pusu pusu rindu di jendela, pintu kamar mandiku, siling, tingkap kabin dan dimana mana. yang lain disini ialah jantungku, kalbuku dan otakku. yang lain lagi ialah : nafasku.
last modified Mar 3, 2005 at 9:08
|