|
musim dingin di cendekia 2
Anekdot 1 Ketika nik sampai ke katil yang ke tujuh di dalam wad yang mempamerkan kematian setiap hari itu tiba tiba saja mesin penunjuk gelombang geraf nyawa berbunyi bersimponggang, mesin hayat itu terus mencatatkan data data tak keruan, alarm menjadi bingit takala buzzer memanjang berterusan, nik kaget, pesakit yang kurus seperti jerangkung yang di selimuti wayer yang keluar dari leher, dari perut, dari kepala, dari pinggang itu kelihatan hanya bagai tidur enak yang lena. Nik tidak sedar ketika malaikat pencabut nyawa berdiri di sisi mesin itu memandang nik dan pesakit jerangkung yang benar benar nazak itu silih berganti, malaikat yang memek mukanya begitu serius terus memandang nik tidak berkelip. Nik lari ke pintu, nik memegang tombol pintu dan berdiri kaku, nik memejamkan mata, Tuhan, adakah satu lagi nyawa akan keluar dari jasad dan terbang melayah keluar tingkap? Nik amat takut, puing puing hitam berpusing gelap di dalam kotak mindanya, nik menanti ! “Nik !!, ayuh lakukan pertolongan cemas mulut ke mulut”, nik mendengar suara doctor yang datang itu bagai guruh, ketika renjatan pertama sampai ke dada pesakit ini nik sudah bersedia berdiri untuk meniup mulut pesakit itu, bila saja renjatan kedua menghentam dada pesakit itu, muntah berbagai warna keluar dari mulut pesakit itu, nik tergamam ketika bagai sayup sayup kedengaran suara doctor, nik, kalau kamu stop, kamu membunuhnya, nik menerkam mulut pesakit dan meniupnya kembali sedang muntah terus keluar dan nik kemudian berdiri semula, usai saja renjatan ketiga menghunjam dada pesakit itu tiba tiba saja bergelodak najis keluar dari mulut pesakit tersebut, nik tergamam, onar bau najis bertebaran, muntah kemudian membajiri tilam, renjatan seterusnya ke dada pesakit itu tidak lagi memberi apa apa kesan, pesakit itu senyap, beribu kali pun diberi renjatan dan di tiup angin namun pesakit itu kan tetap diam kerana malaikat pencabut nyawa tergesa gesa berlalu, meninggalkan nik, doctor rajah, nurse jaya dan sister ong. Angin diluar tingkap di wad icu tingkat 12 itu menyerbu keluar masuk ward, takala angin itu keluar, yang turut keluar adalah satu nyawa yang baru tercabut dari satu jasad setelah puluhan tahun mengolah dunia bersama. Anekdot 2 Inilah rutin yang harus di jalani maznah, kalau anjing yang sakit maka anjinglah yang di bedahnya, kasihsayang pada binatang membuang jauh rasa jijik dan kotor. Tidak ada najis dalam kamus harian maznah, menyamak tubuh dengan air tanah barangkali hanya bagai bersyampo saja bagi maznah, sudah biasa. Tapi malam itu maznah di arahkan untuk memeriksa pusat penyembelihan yang terbesar itu, pusat penyembelihan babi, sebagai seorang doctor haiwan yang professional maznah melihat arahan itu satu amanah. Ada barangkali 40 meja besar dan hangar yang beratus jumlahnya kerana dalam sehari adakalanya sehingga hampir enam ratus ekor babi yang akan di sembelih. Apatah lagi menjelang tahun baru cina, hitung hitung mencapai ribuan ekor babi yang akan di tumbangkan. Maznah melihat seekor demi seekor babi itu di keluarkan dari lorong kecil yang kemudiannya di sambut oleh sejenis pengaut yang membawa babi itu ke atas penyepit. Dengan tangkas para penyembelih meradak tubuh babi yang montel itu dengan pencucuk dan di angkat lalu di lemparkan di atas conveyer yang berjalan perlahan m,embawa babi yang cedera parah itu pada satu takungan air panas yang mengelegak dan seekor demi seekor babi itu di rebus yang kemudiannya di cangkuk semula dan naik ke hanger conveyer dalam perjalanan ke tempat melapah pula. Ketika babi yang barangkali ke empat ratus di radak dengan pencucuk tajam itu dan di lemparkan ke conveyer tapi malangnya dalam keadaan cedera parah, babi tersebut jatuh dari conveyer ke simen lepa, dia kembali berdiri dengan darah dari lukanya berjejeran jatuh, babi tersebut di iringi dengan raungan raungan yang amat menyayat menghadap benar benar ke arah maznah, maznah yang berdiri di antara hanger hanger dan meja melapah benar benar ketakutan, jeritan jeritan babi yang sedang dicucuk bercampur dengan jeritan jeritan babi di conveyer dan laungan laungan babi di dalam air panas mengelegak menghasilkan pesta onar babi yang kesakitan, maznah kehilangan punca, maznah melompat dan berlari sekuat hatinya melanggar sekelian babi yang tergantung dan babi babi yang sedang di lapah, akhirnya maznah merasakan neraka babi itu bagai berpusing pusing, dia rebah. Anekdot 3, Lila dan syana melihat ribuan audien di depannya. Ribuan audien itu di lihatnya bagai gelombang . dengan penuh keinginan yang menyala, mereka terus menerus mengasak ke tepi pentas hingga pembesar suara yang begitu besar dan lampu pentas yang beratus jumlahnya bergegar. Mereka menjerit dan mengangkat tangan, ombak dari lambaian tangan mereka bagai ombak musim tengkujuh di kuala merang. Lampu lampu yang besar terus di arahkan kepada mereka berdua, para jurukamera bagai di sampuk penunggu berasak asak mahu merakamkan gambar lila dan syana, helicopter diudara berlegar legar sambil dengan pembesar suara memberi arahan bagaimana untuk mengisi borang proposal. Sepuluh kontena borang proposal telah habis. Jam 1245 malam semua operator kilang pencetak borang dipanggil semula untuk bekerja mencetak borang, mana yang baru berkahwin tidak dikecualikan. Tentera di panggil juga akhirnya untuk mengawal keadaan, seulas kata kata dari mulut syana, beratus menandatangai borang proposal, seulas kata kata terlontar dari bibir lila, beribu audien menandatangai borang proposal dan akhirnya polis rusuhan pun sampai, ada duapuluh lapan trak anggota siap siaga. Ketika jam 0300 pagi keadaan benar benar di luar kawalan, audien yang mencapai ratusan ribu itu terus melaungkan “ we want form, we want form, we want form”. Hanya kira kira jam 6:15 pagi, alarm dari talipon bimbit lila berdering. Lila terjaga dan segera melihat ke cermin solek di hadapan katilnya, wahh…dasyatnya mimpi. Di warung hj boi, ketika lila dan syana mengambil breakfast pagi itu, syana bersuara perlahan,” you know lila, how great my dream last night?” Lila memandang muka syana tepat tepat.
last modified Mar 8, 2005 at 8:19
|