home
login::signup
we::blog

catatan dari huang pu

ketika kapal memudik sungai Huang Pu yang hijau, musim dingin di sekitar Shanghai telah mula nazak, angin yang bertiup yang pada mulanya memukul wire sling dan rope di sekitar tepi dek kini memukul pula tubuhku, hidungku dan telingaku. pohon pohon yang meranting dan ladang ladang luas silih berganti tertinggal dibelakang dan muncul yang lain. sampan sampan kecil dan barge besar arangbatu, bot bot penunda dan tongkang tongkang kayu silih berganti juga lalu lalang berseliseh kapal besar dengan funnelnya bercap lima bintang gah bersimpang siur di Sungai Huang Pu yang sempit ini. burung camar yang putih gebu santai santai berwenang bertenggek ramai ramai di sling buritan dan sisi live boat.  
 
lelah kapal dari Da Lian ke Xiamen kemudian menyisir Huang Pu bagai juga lelahku merindukan musim kering di batu kikir untuk menimba kolam di sawah, meranduk keli, menangguk puyu atau mendengar tabuh di surau menjelang magrib. lupakan camar kerana ada burung taktibau melayah disenjakala, rindu lenggok azan ayah dan pesta cengkerik ketika malam gelita di terangi tarian nyala api pelita. 
 
cepatlah beredarnya hari atau wahai waktu, cepatlah engkau berangkat kerana aku ini sudah begitu kering, kepingin masa lalu ku.

last modified Mar 21, 2005 at 10:09



[ add a comment ]

kepada tetamu di sini loppiess yang di hormati,

siti,
terimakasih kerana menyukai siri pelayaran loppiess, pun saya masih terasa adakalanya seperti dibuai gelora, pelayaran adalah dunia yang sangat seni kerana di situ terhimpun berbagai perasaan, di antaranya ialah rindu yang tidak terbanding !

saya suka menulis, ada buku puisi lama lama semenjak zaman sekolah, sebelum berkenalan dengan dunia weblog saya hanya menulis di dalam buku catatan yang usang, saya menulis dan saya pembacanya tetapi kini telah ada wadah bisa digunakan untuk dikongsi tulisan tulisan yang daif kepada mereka mereka yang lalu lalang.

rainbow,
gambar di atas adalah salah satu pantai di Bali, saya dapat dari website pasangan England yang duduk disana satu bulan. Saya bagai berkongsi detik indah di chendering, insyaAllah jika tiada aral saya akan ke sana untuk projek selamatkan penyu di Ma Daerah Sanctuary. ( baru dalam proses "mahu').

saya tidak pernah ketemu lanun tetapi saban detik di ingatkan jika terjadi lanun menaiki kapal, bagi sahaja apa yang mereka minta hatta gigi palsu sekali pun, heh heh heh

139496 | posted by loppiess on March 28, 2005 at 6:55

hi..it's me..thanks loggin kat my weblog..well...awak ada bagi email awak kat saya..so saya dah ambil..here is my email risc@oum.edu.my...salam perkenalan...hidup ini indah..seindah gambar tuh...

139493 | posted by riscTz on March 28, 2005 at 6:36

gambar tu cantik..

suka sangat dengan gambar di laut tu..Cantik..

Di terengganu bulan lepas saya benar-benar bercinta dengan China Selatan..Merakam gila debur ombak china selatan di dalam handset saya..

Bila terkenangkan terengganu dan china selatan saya akan memainkan debur ombak tu :b

2 hari selepas saya pulang dari Chendering..Pantai Timur dibantai ombak besar..Ombak yang mesra dengan saya beberapa hari lepas jadi ganas membantai pantai..

***

Selat Melaka sudah terlalu bahaya buat kapal-kapal yang melintasinya..Jangan bergerak perlahan bila berlayar di Selat Melaka..Jangan percaya pada apa-apa bot walaupun ianya sebuah bot nelayan..

139353 | posted by rainbowboy82 on March 24, 2005 at 19:56

ah! lagi kisah pelayaran loppiess yang saya tunggu-tunggu walaupun anekdot-anekdot itu juga sangat menarik terutama kisah babi. dulu semasa negara kita dilanda JE, saya terpaksa melawat kilang babi kerana kerja, dan saya sgt sedih melihat babi-babi menjadi kurus sehingga tinggal tulang. bolehkah anda bayangkan babi yang gemuk itu kurus seperti pesakit anorex. tetapi saya tetap tidak akan makan babi namun cerita sosej baru-baru ini membuatkan saya hampir menangis...

139174 | posted by sitinesta on March 21, 2005 at 16:54