home
login::signup
we::blog

cerita seram lah pulak,

Burung burung tiong kerbau yang tidur di palang palang tiang bengkel telah lari entah kemana ini kerana Ramli dan rakan rakannya telah memasang sejenis alat yang tergantung yang diikat di lampu lampu yang kononnya boleh mengeluarkan gelombang untuk menjadikan burung burung tiong itu pekak atau mata mereka buta. 
 
Ini kerana lantai bengkel selalu kotor oleh tahi tahi burung tiong yang jatuh dan Kak Nenot yang juga supervisor cleaner telah membuat komplen beberapa kali. 
 
Ramli memberitahu untuk setiap alat yg di pasang, kosnya di anggarkan RM2000.00. berteknologi Jepun dan tiada mengunakan apa apa sambungan elektrik. 
 
Ramli yang iras iras Willian Hung yang menyanyikan lagu She Bang di American Idol itu bersungguh sungguh mahu tahu bagaimana keretapi boleh berjalan tanpa pemandu, aku menjawab dengan tegas "selagi engkau tak hentikan perangai untuk membutakan dan memekakan telinga burung, jangan bersembang dengan aku lagi" semenjak itu Ramli hanya diam sahaja. 
 
Kesian burung burung tiong itu, dulunya mereka tidur beramai ramai di belukar dan pohon pohon kayu tinggi di sebelah bengkel ini tetapi setelah belukar itu dan semua pokok2 ditebang mereka tiada pilihan. 
 
aku bermimpi pada satu malam seekor burung yang besar datang dan memberitahuku, " kami pun punya kehidupan, ini bumi Tuhan buat kita sama sama menumpang, kalau semua tempat manusia saja yang mahu, kami ini bagaimana?". 
 
kemudian burung itu mengeleparkan kepaknya, di lehernya tergantung kepala Ramli seperti sebiji buah rantai........................ 
Aku tak sabar sabar untuk menceritakan kepada Ramli tentang mimpi paling mengerikan ini.

last modified Apr 10, 2005 at 0:33



[ add a comment ]

hek..hek..takut burung tiong tu pasang bom kat badan..dan letupkan Ramli dan penyeksa lain...macam yg orang2 yg sering diganggu oleh Yahudi laknatullah..

145359 | posted by abumuslimin on July 28, 2005 at 9:33