home
login::signup
we::blog

galau minda

kegalauan minda ialah kekacauan yang wujud bertolak dari kegagalan nubari atau kalbu bersetuju untuk menuruti sahaja hukum yang baik baik, maksudnya ada wajah engkar atau perkelahian antara mahu dengan membantah, pertentangan itu selalunya membuntingkan kegalauan minda. 
 
galau minda acapkalinya memesongkan manusia dari berfikir yang patut patut atau hasil dari kegalauan itu membuatkan minda tidak dapat dikawal seperti sepatutnya maka selalunya juga membuntingkan ketidakpatuhan kepada jalan yang normal. 
 
ada orang mahu melayah dari tingkat 10 flat san peng atau flat pekeliling kerana galau mindanya menjadi terlalu galau. ada orang menusuk pisau ke perut orang lain ini kerana galau minda sudah miskin rasa belas dan pertimbangan, ada orang meminta wang suap sebanyak delapan juta buat meluluskan projek lapan billiun ini adalah hasil dari kegalauan minda hingga wang keluar dari biji mata hitamnya seperti cerita kartun saja layaknya. ada orang melampiaskan berahinya kepada perempuan perempuan di pinggir jalan atau juga kepada wanita yg dulu di timangnya, itu galau minda tahap tinggi hingga semua orang bersetuju untuk memanggil mereka ini galau minda tahap binatang. 
 
galau minda ini tercetus kerana kegagalan sistem daya tahan minda, atau sistem tumbuhbesar yang lompang dan miskin kasih, mungkin juga galau minda ini tercetus hasil mimpi buruk waktu kecil atau juga hasil memasukkan dadah ke salur darah. Banyak pencetus galau minda ini dan antara yang terbukti ialah kegagalan mengenal jalan Tuhan. 
 
aku menulis sebuah sajak tentang galau ini : 
 
galau aje tumbuh lewat musim 
pengayuh beca hanya tidur dibawah pohon 
nelayan menyucuk lengan di dada lautan 
para jurutera meruntuhkan jalan dan 
para pokok ditebang sembarangan 
 
galau meniti jam dan hari 
para menteri yang sering berjanji 
harus di selamatkan dari ruang berjeriji 
pengilang mengalirkan toksik ke longkang 
beli vcd berahi di pasar malam 
dapatkan rumah bandaraya buat keluarga tercinta 
 
teksi untuk sikaya sahaja 
bekas perajurit sesuai jadi jaga 
flat kos rendah untuk kuota parti 
si amah hospital menjilat jari 
 
galau minda galau segala 
aku bergulat dalam kelibut 
jerebu galau sembunyikan duka 
galau mindaku galaulah negara 
 
loppiess,  
yang tak usah kau pedulikan.

last modified Apr 27, 2005 at 11:22



[ add a comment ]

Hi bro

assalamualaikum,

apa kabar?
ilang ilang

141685 | posted by abdullahjones on May 11, 2005 at 8:37

wahh Siti,..bila mau di sambung cerita tentang Jakarta, saya juga pernah ke sana, yg best tentang Jakarta bukan kotarayanya tetapi kehidupan manusianya, kalaulah kita dapat berjalan sepanjang rumah2 setinggan yg begitu luas, kita boleh menulis novel paling tebal tentang makna hidup dan perjuangannya.

141085 | posted by loppiess on May 1, 2005 at 19:04

dunia yang sudah semakin sempit ini menjadikan manusia-manusia berterusan galau, hanyut dan tenggelam dalam arus perdana. benar, iman yang rapuh bisa menewaskan kita dan jika tiada kesedaran, maka galaulah kita sehingga saat nyawa kita dicabut. nauzubillah...

140952 | posted by sitinesta on April 27, 2005 at 20:03