|
musim mangga di Karachi
Sampan sampan nelayan yang kecil yang teroleng oleng di buai tarian laut bulan disember menyambut MV Bunga Siantan ketika kapal tangki yang membawa jutaan liter minyak kelapa sawit itu perlahan lahan memudiki laluan ke dermaga pelabuhan Karachi. Pagi masih bening dan kabus masih belum terusir sepenuhnya dari dada laut, dermaga yang memanjang di selang selikan dengan crane crane yang terpacak seperti tangan raksaksa juga masih sebahagiannya sepi, perlahan lahan pintu pintu utama barisan gudang dan selirat paip paip besar mula menerima panahan matahari yang pertama pagi itu. Kelibut sampan dan tug boat dan jerit para stevedore perlahan lahan mula mengerakkan jam hari agar beredar dengan cepat. Lori lori yang besar dan ganas mula bertempiaran dan tidak lama selepas itu tali MV Bunga Siantan telahpun di lemparkan ke dermaga, bunyi derik rope dan jeritan para kelasi di buritan dan haluan menandakan bila bila masa sahaja kapal tangki minyak yang besar ini telah pun di ikat kemas ke dermaga setelah berminggu membelah lautan, di hempas ombak, di cium oleng gelora atau disinggah camar yang lelah. Di pintu pagar utama pelabuhan, beca beca yang meriah dengan awan larat dan figura bunga bunga bercampera dari segenap sudut, begitu juga bas yang juga penuh ukiran corak dan bunga bunga datang dan berlalu dengan sarat, kepol asap naik keudara hingga di sekitar gate utama, udaranya hitam. Para pekerja yang hanya berselipar dan menjinjing bekal makanan, dengan baju tradisi Pakistan yg kumal dan wajah mereka yang menyimpan sarat resah datang dan pergi tiada henti hentinya, para tua yang berjanggut menutup dada tidak di pedulikan, penjual kuih muih atau buah mangga juga disapa para kambing yang berkeliaran. Wajah Karachi mula hidup, debu debu naik ke awan sebagai utusan minta Tuhan melihat untuk pertolongan apakah yang wajar. Inilah kota yang belum siap, seperti juga Kaherah atau Aqabah atau Delhi atau Mumbai, kota ini tertinggal jauh kebelakang. longkang longkang yang trajis, pasar yang mengerunkan atau kita bagai saja melihat sebuah beg yang penuh bom untuk di letupkan. Sungainya mengalir penuh duka, cuma jaket kulitnya agak murah, atau perhiasan ukiran batu mar marnya yg pelbagai. inilah negara yang budget perangnya mengatasi budget untuk pendidikkan, senapang tentunya lebih penting dari pencil. majority penduduk tidak tahu apakah priority dalam kehidupan. Para politikus menghambakan rakyat dengan sentimen politik yang miskin peradapan. Para rakyat digula-gulakan dengan perjuangan sempit cuma. Semangat marhaen dicerna hanya untuk memercikkan gelora perkelahian yang tak akan usai. kerana musim mangga, kami membelinya berkilo kilo. Ketika kapal telah beratus batu nautika dari dermaga Karachi, mangga masih belum habis, manisnya melekat kelidah kami sedangkan pahit kehidupan marhaen di gate pelabuhan atau di pasar besar juga masih melekat dan bagai tak mampu di ubat.
last modified May 1, 2005 at 19:40
tentunya teringat Tak Bai, hati nan luka berdarah kembali, harum mana pun berasnya, duka terkenang pahlawan yang terlentang berhimpit himpit di dalam trak kembali berkocak.
Tuhan membalas secara tunai, bagaimana korban tsunami di Phuket disusun beratur di atas jalan itulah berlaku di Tak Bai sebelumnya.
Terbaca Kuantan, teringat bagaimana kami dulunya memapah kelasi2 yg mabuk disepanjang dermaga untuk menaiki gangway, malam yang di habiskan di "The Lips", Kuantan di akhiri dengan wang teksi RM 100 untuk ke pelabuhan.
Tug boatnya bernama "Balok". Entah ada lagi atau tidak..cerita lama.
Seminggu lepas melayan gelombang china selatan..
Hari terakhir operasi kapal yang dinaiki menyinggah Thailand sebentar.Menyinggah di Thak Bai.
Saya sekadar berjalan di pekannya (dengan hati-hati pastinya)..Teman-teman membeli beras Thak Bai yang katanya lebih murah daripada beras di Malaysia.
Hampir 20 kampit guni beras dibawa masuk ke dalam bot untuk dibawa berlayar balik ke pangkalan di Kuantan.
China Selatan sedang tenang.Saya risaukan kalau saya mabuk laut di pertemuan pertama dengan China Selatan :b
|