|
bangsawan telah ke udara.
Uztaz Yaakob sekarang telah bersara setelah hampir 40 tahun mengajar bermula dari sekolah kebangsaan yang berdinding papan sehinggalah sekolah berdinding batu. Mudi mudi atau abangkakak atau juga ayahibu dan atuk atuk di daerah Kg Melukut ini semua kenal Uztaz Yaakob. Mengajar fardhu ain, mengajar muqaddam, sejarah nabi untuk murid sekolah rendah, mengajar sembahyang untuk kaum orang asli di Kg Loklok semuanya uztaz lakukan. Jika beliau menunggang motosikal atau terdahulu vespa hijaunya, ekor serbannya terjuntai juntai ke belakang dipuput angin, semua orang tahu Uztaz membawa motornya agak laju, pernah berlaku bertembung dengan Tocong ketika Tocong membawa sebatang kayu getah yang panjang untuk di buat kayu api gula enau, dua duanya terhumban ke dalam paya berhampiran rumah Duroji. Sekali lagi peristiwa ialah motor Uztaz bertembung dengan babi hutan ketika gerombol babi hutan tersebut semborono menyemberang jalanraya dari tebing bukit ke paya rumbia, tangan uztaz terseliuh. 2. Haji Sahak telah 40 tahun duduk di Bandar Tun Razak, Cheras. Dulu hanya duduk dirumah teres yang kecil dua bilik, Di depan rumahnya ada pokok mangga yang rendang. Ketika mula mula pindah dahulu Hj Sahak menanam mangga tersebut utk dirasa oleh anak cucu. Si Rosli anak pertamanya sudah pulang dari England beberapa tahun dulu, sekarang menerajui firma arkiteknya sendiri. Dulu ketika baru pulang dari England, Rosli membawa sekali kereta volvo yang amat besar dan panjang, kalau lalu di denai kecil ke rumah Mak Cik Som di kg, habis semak samun dikiri kanan denai disebat keretanya tapi kini kereta gadang itu duduk diam dibawah pokok mempelam siam dibelakang rumah, Pomen Pomen di Cheras tak tahu merepairnya atau spare partnya minta di order dari England juga. 3. Wajah runsing Alang Timah kini dapat di lihat dari matanya atau dari kata katanya. Hakim tidak pulang lagi semenjak 4 tahun sudah. Hakim bagai tidak merasakan lagi bahawa dia masih punya ibu di kg dan masih punya ayah yang kini kurus kering di mamah diabetis. Bila hari raya tidak seorang pun berani bertanya tentang Hakim kepada Alang Timah, kalau bertanya sekadar mengundang hiba dan mengalirkan air matanya hingga titisan airmata itu jatuh berguguran seperti daun getah ketika musim daun mengoreh. Semenjak berpisah dengan isterinya Hakim tak pulang pulang lagi, kalaupun kecil hati dengan mertuanya jangan pula buang keluarga sendiri. Macam macam perkabaran datang bertiup bagai angin masuk ke telinga Alang Timah, ada orang ketemu Hakim berjalan dengan pakaian busuk dan serabai mundar mandir disekitar bus stand Kelang, di Kolumpor, ada orang kata Hakim dah di sumbat kebilik berjeriji malah setiap kali ada mayat tak dikenali yang dipungut di sungai Kelang atau dimana mana longkang maka bergegaslah Si Nosam mengenal pasti takut kalau kalau itu abangnya Hakim. 4. Mak Paizah sudah bertahun mengidap sakit lutut, pantang dengar sahaja dukun yg pandai maka pergilah dia berubat, duit dah habis barangkali ribuan jumlahnya. Reda sakit lutut datang pula penyakit pedih hati, silap makan ubat maka berhari harilah bergulat dengan kesakitan dan kepedihan. 5. Uztaz Yaakob dulu pernah berbincang dengan Haji Sahak abangnya, kalau dua dua adiknya, Alang Timah dan Mak Paizah enggan menjaga ibunya maka tanah tanah yang adik adik mereka dapat itu harus di persoalkan, kerana mereka perempuan dan layak untuk harta pusaka maka dengan itu mereka harus dipertanggungjawabkan untuk menjaga ibu mereka yang tua, bongkok dan sakit itu. Semasa aruah hidup hanya adik adik perempuan sahaja yang bergilir gilir menjaganya. Uztaz dan Haji hanya datang sesekali berziarah ibunya sambil membawa barang sekilodua buah epal atau lai china. Memang patut hanya mereka berdua menjaganya kerana mereka dapat tanah adat, kebun, tanah sawah dan dusun durian sedangkan uztaz duduk menumpang tanah isterinya dan Haji Sahak membawa diri ke Bandar Tun Razak. 6. Kini Uztaz Yaakob, uztaz yang pakar dalam mandi junub dan imam yang hafaz bacaan utk solat subuh sujud sejadah kini di lemahkan tangan kanannya, tidak bisa lagi membawa motosikalnya ke mana mana. Haji Sahak pun sudah uzur benar di tambah ada lemah jantung. Anak anak pula sangat sibuk dengan firma mereka atau dengan isteri mereka sahaja. 7. Semenjak Aruah ibu mereka pergi, mereka merasakan sesuatu tanggungan berat sudah lepas, tiada lagi bebanan yang harus di pikul atau di fikirkan tetapi lain pula jadinya. Uztaz kehilangan kekuatan sebelah badannya, Haji Sahak amat lemah dengan kompilasi jantung, Alang Timah kehilangan Hakim dan suaminya di rundung beban diabetis dan Mak Paizah di usik derita lutut dan pedih hati. 8. Awan mendung bertaburan menabiri alam. Betapa seketul daging di panggil "hati" amat berkuasa mencorak kehidupan.
last modified May 3, 2005 at 1:14
Uts Yaakob tinggal di mana?
kunjungi website Ulama Negeri Adat Perpatih di http://afdhal2004.blogdrive.com/
tersontuh gak hati..tak po lah..mudah2 an Hakim sihat dilindungi Allah..siapa lagi yg lebih pengasih dan penyayang selain dari Allah??..mungkin orang dulu dulu`terlupa`untuk pesankan dan tanamkan dalam hati anak2 tentang Maha Pengasihnya Allah, Maha Besar Allah, Allah yang yg memberi rezeki...tapi dah manusia kan..memang pelupa dan lemah..sama2 kito berdoa mudah2an jgn lah Allah uji keluarga dan saudara kita sesuatu yg tak mampu kito tanggung..amin ya Allah (bangcik..ni E Mel yg terkini atannn tu dah tak pakai..)
begitulah...atau aku ini terlalu cepat menjadi pentafsir, maafkan aku. kita tentu begitu mudah menjadi hakim atau melaksanakan penghakiman, namun hanya Allah yg tahu semua ini...sayugia di nyatakan, bangsawan di atas tidak berkaitan dengan sesiapa samada yg hidup atau mati kecuali nama Tocong, nama yg sinonim dalam sejarah kita.
bila nak buat trip scuba?
Pada awalnya saya tersenyum apabila terpapar nama Tocong. Lama benar tidak jumpa..rasa rindu tentang perilaku beliau yang lucu mengamit kenangan silam.
Kemudian saya terdiam, betapa kebenaran tentang seketul daging yang di panggil "hati" mampu mencorak kehidupan.
Kini, saya lebih yakin bahawa keiklasan dalam setiap tindakan dan perbuatan akan menghasilkan kejayaan.InsyaAllah
Terima Kasih.
|