home
login::signup
we::blog

bom ke lapan puluh juta triliun pun meletup.

menerima berita serangan bom di london hebohnya seperti tsunami melanda. berita tv, radio, suratkabar dan majallah bagai kambing jantan berahi layaknya menyiarkan berita tersebut, tak puas ruang hadapan yg paling mahal, di tulis lagi beberapa muka surat di dalam. Prof, pengkaji, pengarah strategik, menteri pun di arak keluar untuk memberikan butir butir akibat, kemungkinan, kesan dan anjakkan pemikiran yang macam betul shj. Betapa mahal nyawa orang orang London ini, ianya tak semahal nyawa orang orang iraq yang mati setiap hari sehingga dua tiga dozen akibat yang sama - letusan bom. 
 
angkara bush dan blair rakyat iraq begitu kucar kacir. Nyawa tercabut di jalanan bagai saja tercabutnya daun daun kuning dari dahan pokok, tiada siapa peduli melainkan ratap tangis ibu ibu mereka yang meraung seperti orang bodoh dan gila di jalanan. Orang orang islam ini dengan muka yang kotor dan jubah yang kusam adalah manusia kelas paria yang nyawanya sama seperti nyawa seekor katak, itulah tanggapan bush dan blair. Sedangkan mereka juga adalah manusia yang bernafas dengan struktur jantung dan paru paru yang sama dengan orang orang di london. mereka juga punya emosi, punya perasaan dan tahu nilai kasih sayang tetapi kenapakah ini semua tidak dipedulikan bush dan blair? 
 
Kini di sini pun tumpang bergila, mengutuk para pejuang semborono, tahukah kita, apakah cara dan jalan yang dapat lagi di tunjukkan oleh saudara saudara kita itu selain harus mengorbankan sedikit para jiwa yang tidak bersalah, yang comel, yang baik hati, yang taat pada Tuhannya, yang berada di tube, di stesyen, di perhentian bas di saraf dan urat London itu. Kita kasihan pada mereka, sayang pada mereka kerana mereka insan tak bersalah tetapi itulah dia pusingan pola sosial dunia era baru yang di bentuk oleh pemimpin yang mereka sendiri undi dalam pilihanraya nagara mereka. 
 
Iraq telah lumat, siapa kisah?  
 
begitulah setiapkalinya, New York di bom maka bush menjadi semakin gila, gilanya bush menambah lagi gilanya al qaeda, bertambah gila al qaeda maka bertambah gilalah bush, gilanya bush mengilakan pula orang lain termasuk blair, bila semua sudah benar benar gila maka John, Ahmad, Mustafa, Adrew, Brenda, Lee, Kuppusamy dan lain lain akan mati di underground station, di atas kapalterbang, diperut keretapi, di atas bas atau dimana mana. 
 
ini semua tidak akan berhenti, kita hanya menyimpan teori dan keluh kesah, anak anak yang membesar sekarang berhadapan dengan dunia yang tidak selamat. 
 
cuma si tukang puisi akan menulis lagi puisi mengisahkan tentang romeo dan juliet, kuntum kuntum bunga yang mekar di taman dan matahari yang cerah yang bayangnya jatuh dihujung laut.

last modified Jul 8, 2005 at 21:49



[ add a comment ]

ct,
berita terbaru spt yg semua dah tahu ialah penglibatan beberapa pemuda Islam keturunan Pakistan rakyat Britain. Skrip nampaknya still on track. Islam akan terus wujud memegang watak antagonis.

cikgu,
betapa sukarnya harapan cikgu, barat bukan lagi memerangi kejahatan tetapi memerangi Islam. kata kata indah Bush & Blair tentang Islam tidak bersalah, yg bersalah ialah pengganas semata mata kempen mereka untuk memusnahkan lagi Islam.

Mereka telah berfatwa mengketegorikan yang mana Islam yang baik dan Islam yang tak harus di ikuti dan sebahagian kita mengikutnya. Mereka telah mewujudkan 'rule to practice Islam' that we've to follow.

144715 | posted by loppiess on July 13, 2005 at 17:23

bila berita london dibom keluar, suspek utama dalam pemikiran saya ialah musuh-musuh tuan rumah olimpik mereka iaitu new york dan paris. kalau ikut buku cerita penyiasatan yang selalu saya baca, tentunya kedua-dua bandaraya itulah suspek utama kerana mereka baru sahaja kalah kepada london dalam merebut status tuan rumah olimpik. kalau ia benar, mungkin cerita dunia akan lebih jadi menarik lagi. tapi sayang ia dilakukan oleh org islam. dan lebih malang lagi saya tidak berasa apa2 mungkin kerana hati saya sudah tepu melihat kematian demi kematian yang dialami penduduk2 islam di seluruh dunia akibat kekejaman.lantas saya takut akan jadi kejam seperti bush dan sekutunya.

namun, jauh di sudut hati saya masih ada rasa simpati dan sedikit marah bila teringatkan nasib org islam di sana selepas kejadian itu. entahlah loppiess, hakikatnya, sama ada dalam dunia fiksyen mahu pun dunia sebenar, orang-orang yang tidak bersalah yang selalu menjadi mangsa.

144682 | posted by sitinesta on July 13, 2005 at 1:01

benar sekali kata mu loppiess...
mereka menunding satu jari pada orang lain...tapi hakikatnya...jemari lain masih menunding pada diri mereka sendiri...
bilakah semua ini akan berhenti???...

144501 | posted by hanyasayang on July 8, 2005 at 22:14