|
Jangan kutuk Busra lagi ( part 2 )
Memang gerombolan burung tersebut perlu wakil dalam meeting yang akan di aturkan oleh penyelia Mahmood. Busra faham akan apa yang terkandung didalam benak gerombolan tiong kerbau tersebut. Mereka perlu ada wakil bagi memanjangkan ketidakpuasan hati mereka. Lijah Agogo, tukang sapu bahagian railborne ambil sikap berkecuali kerana kesian pada Busra dan takut pada Mahmood. Cerita awalnya gerombolan tiong kerbau tersebut adalah penghuni asal kawasan bengkel depoh. Dulu kawasan ini cuma tempat pembuangan sampah, segala sampah termasuk sampah manusia. Tiong kerbau tinggal dikawasan ini tetapi bila kawasan ini mula dibaik pulih untuk di jadikan depoh makanya mereka berhijrah ke semak samun belukar tepi lombong bersempadan dengan gudang keretapi lama. tetapi semak samun itu juga di lanyau untuk mendirikan kondo mewah yang kolam renangnya di tingkat empat. Gerombolan tiong kerbau itu akhirnya pulang semula ke tempat pembuangan sampah yang kini sudah terbangun bengkel depoh. itulah punca onar, sampah sarap termasuk daun daun lalang dan jerami, plastik halus dan kertas kertas telah gugur ke ruang pejabat bengkel dari sarang tiong kerbau di atas para para bengkel. tiong kerbau tidak ada pilihan, kembali ke sini menumpang untuk tidur dan beranak pinak. Mereka adalah korban kepada kemajuan sekitar Kelana Tak Jaya. Itulah yang Busra cuba katakan, mesti ada sedikit pembelaan pada gerombolan tiong kerbau kerana mereka adalah 'mangsa' dalam kes ini, namun itu semua jadi bahan bengkengan Mahmood. Kalau kau nak jadi wakil burung burung tu Busra, memang boleh tapi syaratnya kau pun kena tidur dan beranak pinak di atas para para bengkel ini sama seperti mereka...kah kah kah kah, bergegar bunyi ketawa Usop Cikun si tukang sapu kawasan mesin pelarik, si Buyong, tukang sapu kawasan makmal 1 hingga 5 dan juga Manap Broga si drebar kereta polish lantai. Lijah Agogo senyum senyum saja takut jika tidak turut serta ketawa apa pulak kata Mahmood seolah olah nak menyebelahi kebodohan Busra pulak. Bila ketawa Usop Cikun, Buyong dan Manap Broga tak henti henti akhirnya mendorong Busra untuk ketawa sama. ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha............
last modified Jul 21, 2005 at 12:37
|