home
login::signup
we::blog

Padang Jawa tempat anak anak berlari.

Minyak petrol dan diesel naik lagi ini setelah berminggu minggu tokoh tokoh besar disekeliling Dollah Badwi memberi isyarat atau klu untuk mewajarkan betapa penting kenaikkan harga minyak itu.  
 
Walau pun demikian kenaikkan itu masih rendah jika di bandingkan dengan beberapa negara berjiran. "Aku kalau harga minyak saja naik aku tak heran, tapi aku tak boleh nak terima kenaikkan harga barang nii..menteri cakap nak kontrol kenaikkan harga barang..hah potong telinga aku ni kalau dapat!! ". 
 
Walaupun rungutan Usop Manai tersebut kelihatan tidak professional tetapi itulah perkara asas akibat atau kesan yang secara lansung menimpa atau terpaksa di pikul oleh rakyat golongan banyak. 
 
Udo Manai memang lelaki yang di dalam jiwanya penuh dengan ketidakpuasan hati, pembangkang tersohor dan juga ahli politik picisan yang berborak berjam jam di kedai kopi. 
 
Memang kebelakangan ini dia lelaki atau suami atau ayah paling malang. Rumah yang didirikannya 20 tahun lalu telah di robohkan oleh Penguasa Bandaraya hasil kempen Selangor Sifar Setinggan 2005. 
 
Di beri flat yang jauh, di beri 500 ringgit duit kos pindah dan diberi diskaun 6 ribu ringgit untuk beli flat baru. 4 orang anak kena tukar sekolah, sekarang dah dua minggu ponteng. 
 
Isterinya yang berniaga nasi lemak di simpang padang kehilangan lokasi niaganya, motor Usop Manai mengalami kerosakkan enjin, anak ke empatnya mendapat demam campak. 
 
4 nombor ekor yang di belinya setiap rabu sebanyak 5 ringgit tak pernah mengena. Peti Ais telah di rampas semula oleh Singer. Ada ura ura kilang tempat dia bekerja akan di tutup kerana kerugian. 
 
Parti berlambang keris dua batang yang sign boardnya besar di simpang padang tidak pernah peduli. Di dewan besar PWTC baru baru ini mereka melalak dan melolong mahu membela nasib bangsa, mahu 30% kek ekonomi, sedangkan di sini kelibat pemuda pemuda bersongkok tinggi tersebut tidak pernah nampak. Mereka asyik bercerita siapa yang perlu naik dan siapa yang perlu di jatuhkan, mereka asyik bercerita tentang kekayaan, kontrak jalan, kontrak landscaping, kontrak buat balairaya atau kalau boleh nak juga AP. mereka asyik bercerita siapa yang nak jadi perwakilan. 
 
Usop Manai, lelaki melayu miskin dan daif tidak pernah di tanya jika berhadapan apa apa masaalah. 
 
Minyak naik, rumah dah runtuh dan kilang nak tutup, sedih mengenang sebuah kehidupan di sudut Selangor negeri maju yang sedang di canangkan. 
 
Usop Manai, demikian cerita yg mampu aku tuliskan. Aku sebenarnya belum puas bersembang dengan kau tetapi pukul lapan setengah nanti ada kelas harafiah, jumpa lagi nanti, kena tea dan cakui di remang petang memang enak.  
 
Padang Jawa terus saja bernafas dalam tangis sendu para setinggan namun tawa hilai anak anak yang berlari membawa petang itu iseng iseng berlabuh untuk bertemu malam yang barangkali gulita.

last modified Aug 2, 2005 at 22:18



[ add a comment ]

Siti & uipts,

ketika aku menulis ini bila bila masa sahaja azan subuh akan berkumandang, hari baru akan terbit. walaupun hanya engkau berdua yg membacanya....aku akan puas untuk mengkabarkan kepada Usop Manai bahawa ada orang mendengar rintihannya.

145867 | posted by loppiess on August 12, 2005 at 14:48

teruskan

145753 | posted by uipts on August 9, 2005 at 8:34

mungkin duit budget perhimpunan itu boleh menampung kehidupan sejumlah penduduk-penduduk yang senasib dengan Usop Manai.

145543 | posted by sitinesta on August 3, 2005 at 1:24