home
login::signup
we::blog

TV bercakap, YB melompat.

Kampung Paya Payau ( KPP) kini sudah terang benderang. Nyalaan lampu jalan, lampu bulat dan lampu kalimantang bersahut sahutan kelihatan dari jauh, nikmat merdeka kali ini memang amat di rasai. Budin Badigol ( BB ), Kak Jamiah Janda ( KJJ ) dan Yon Otai dah pasang lampu lip lap di varendah tangga. Lampu lip lap mereka berlip-lap sehingga azan subuh, musang yang mengintai ayam selama ini di reban mereka telah lari hampir sepuluh kilometer masuk hutan kerana mengangap lampu lip lap tersebut adalah mata sepuluh ekor harimau. 
 
KPP telah bercahaya dengan tersambungnya bekalan elektrik kepada lebih kurang tigapuluh enam rumah termasuk rumah KJJ. Satu lagi projek parti cap timbang setelah di satu pagi segerombol orang talivisen masuk kampung menemuramah BB dan KJJ yang berapi-api bersunggut tidak puas hati kerana tiadanya bekalan elektrik setelah berpuluh tahun merdeka. Malam itu lewat berita jam lapan, maka keluarlah muka BB dan KJJ di kaca TV seluruh negara. 
 
YB Laha Bin Bau terkejut tak terhingga hingga curutnya terpelanting dan singgah ke sanggul tinggi rambut isterinya. "Itu KPP aku punya jajahan.!!!". 
 
Besoknya pagi pagi lagi YB dan terpacul di depan pejabat Jabatan api letrik, cepat tarik wayar..cepat tanam tiang..cepat sambung suis..cepat sambung kalimantang..cepat sambung lip lap. 
 
Tiga hari selepas itu di dalam berita jam lapan di talivisen terpacul lagi muka BB dan KJJ, mereka sungguh berbesar hati, KJJ dah beli peti ais untuk buat ais krim batang utk di jual kepada budak budak yang main bola di padang. Hj Selamat mendengus mendengar kata kata KJJ lewat berita jam lapan tersebut...sebut perkara lain tak boleh ke? 
 
Kata YB Laha bin Bau, "kita memang dah lama merancang utk menyambung bekalan api letrik ini malah telah ada dalam plan kemajuan daerah utk sebulan dua ini...blah blah blah blah blah." 
 
Kudin, orang kanan YB yg berdiri di sebelah YB ketika kemera TV di halakan ke muka YB terhangguk hangguk seperti dia lah yang faham benar letak perkara yang di perkatakan YB. Apa yg dia faham sangat ialah YB ni kalau tidur, dengkurnya mengalahkan bunyi dinosour meraung di hutan yg paku pakisnya sebesar keretapi. 
 
demikianlah secebis kisah hidup di KPP.

last modified Sep 11, 2005 at 7:22



[ add a comment ]

tinta,
sy tidak pun suka menulis kelucahan politik yg berlaku namun ada sesuatu yang merupakan tali tali kecil berpintal dan bersambung ke dalam juring kalbu sy bergetar getar seperti juga tali gitar yg di petik mohon membentuk irama, irama kebobrokkan yg tidak mampu di pendam. mohon setiap hari difikirkan, dilumat dan mohon untuk di pertanggungjawabkan ke bahu saya.

saya pun melahirkannya dalam bentuk kata kata saya yg sembrono.

147481 | posted by loppiess on September 17, 2005 at 20:05

abe lopiess,

bertuah jika sirih pulang ke gagang .. sayangnya, sang YB masih terperuk di 'sarang' saat dengkurnya menyedarkan seluruh kejiranan .. itu lazim YB kito ;)

147407 | posted by tintasukma on September 15, 2005 at 23:41