|
keluar dari rutin, pulang pada alam.
Ada beberapa untaian kegirangan yang melanda sanubariku lewat kebelakangan ini. Kegirangan itu bagai tumbuh seperti cendawan yang kecil, tumbuh melata lata di selangseli bunga bunga renek yg kecil juga. Kegirangan itu bagai duduk di tengah sawah ketika kecilku. duduk di pondok, menjuntai kaki ke kolam yg penuh teratai sambil burung burung pipit uban terbang melayah bersama angin musim padi penuh isi. Kegirangan itu tumbuh dan aku amat maklum bahawa ia akan pamit sebentar saja lagi bilamana rutin yg sepatutnya bermula dan aku mula memandu ke tempat kerja. Kegirangan yg aku maksudkan itu ialah berjaya keluar dari rutin. Keluar dari rutin dan pergi bertemu alam atau juga keluar dari rutin dan melupakan rutin itu. Bertemu alam bermaksud, menikmatinya, berkawan dengannya, berkasih dengannya sambil tak usai usai bersyukur dan tergamam dengan kehebatan kejadian Tuhan itu. Demikianlah pada satu hari lewat beberapa hari lalu aku pergi jauh dari lap top ku, jauh dari meeting pukul sepuluh setengah. Jauh dari dering talipon, jauh dari federal highway, jauh dari kelibut gagak, jauh dari pengurus kanan ku dan jauh dari rutin ku. Kami mendaki Gunung Kinabalu. Setelah kami puas berendam bersama ikan di Pulau Manukan. Aku melihat Kundasang dari puncak. Aku berjalan di atas awan lewat Laban Rata. Aku memang benar benar menulis puisi di atas awan di Gunting Lagadan. Aku berkawan dengan tupai di pondok kecil Timpohon ( bilamana tupai makan di atas tangan ku ) Hutan, angin, jeram, kabus, hujan dan pohon berlumut beratus tahun. Maha Suci Allah. Pulanglah, pulang pada alam. lope.
last modified Sep 17, 2005 at 20:29
RainbowBoy, bukan saja aku dapat berpuisi di atas awan malah awan telah menjatuhkan seulas seulas huruf untuk di sambung spt jigsaw puzzle dan akhirnya menjadi sajak. demikianlah.
Zahuri, selamat pindah ke rumah baru. Mt Kinabalu tetap duduk santai, just the matter of time, gunakan kuasa doa.
zz, tak tepikir pulak nak ambik gambor pondok TM kerana asyik nak ambik gambor peak jee..tanyalah abe Lim..dia tahu betapa ghairahnya kami..
Siti, cemburu ct petanda cinta pada alam tetap mekar.. saya masih tertanya tanya tentang " pulau rahsia " tu..he he he
uipts, tentunya untuk keluar dari rutin bukan berlaku secara kebetulan... kerana riuh atau lingkaran rutin amat kejam adakalanya, ia akan mengikat kita dan membunuh kita perlahan lahan... kalendar tahunan harus di conteng, tender cuti dihantar seawal sebulan sebelumnya.
begitulah..aku kembali teruja menikmati bot yg bergerak perlahan lahan ketika matahari senja mencambahkan juring merahnya ke gigi pantai....ahh uipts,
aku gembira bila engkau berjaya keluar dari rutin sedang aku masih lagi ribut dan terbelenggu dengan yang itu, itu balik balik itu dan itu berapa lama aku dapat bertahan dengan yang itu akupun tidak tahu
bila agaknya aku dapat keluar macam engkau dari lingkaran itu yang makin mencengkam
aku juga rindukan alam, air,pasir, ombak, arus dan deruan angin maghrib sambil cahaya pijar dihujung gigi air sedang bot bot bergerak merentasi pemandangan senja ke pangkor
sedikit cemburu hubungan loppiess dengan alam. kalau ikut hati, mahu sahaja saya bercinta dengan alam sebelum Tuhan mengambilnya kembali. sigh! mungkin saya juga turut bersalah pada awan, pada langit, pada bumi.
Elooo nape tak masukkan pic public phone TM yang ada kat sayat2 tu heehhee....
b4 -> still remember zz@danchan (but no longer kat sini sebab server cam parpu)
Jom gi umah baru zz
http://zzzss.blogspot.com
assalamualaikum..hanya mampu melihat kinabalu dari jauh..tak tau bila kan kesampaian..semoga Allah memudahkan aku untuk melihat `makhluk` kinabalu ni dari dekat..amin...
Selamat bercuti..
Kinabalu.Ianya masih lagi harapan buat saya.
Jangan lupa tampalkan sajak di awan itu di sini nanti ya:b
Sehari dua ini saya terkenangkan China Selatan dan Terengganu
|