|
berbuka dengan ayah
Mahmood mengambil tempat duduk di meja makan rumahnya. lebih kurang 4 minit lagi akan masuklah waktu berbuka. Anaknya boy, musalmah, yassin dan halimaton duduk terdahulu dengan di tangan masing masing memegang seulas kurma. dan sela beberapa minit selepas itu azan pun berkumandang. seketika selepas itu Mahmood menyuruh anak anaknya berhenti seketika, lalu dia berkata: ada puluhan ribu orang orang muslim di negara negara lain tengah susah ketika ini, di pakistan sana mereka sedang kesejukkan tanpa selimut, tanpa ubat, tanpa makanan, tanpa rumah atau secarik atap pun utk berlindung, kepala mereka terluka, kaki mereka patah dan darah membeku di lengan dan mata. Allah memberi kita nikmat, kamu lihatlah makanan di atas meja ini, penuh, dengan air yang berbagai warna. janganlah kamu lupa untuk berterima kasih kepada Allah dengan penyataan yang sangat sangat dalam. seketika selepas itu ( selepas boy qamat ), suara merdu mahmood membaca al fatihah bertitipan keluar dari rumah teres dua tingkat itu dan di belakangnya penuh makmum yg terdiri daripada Rabaah isterinya, boy, musalmah, halimaton dan yassin. di kashmir, angin dingin bertiup dari tasik dan gunung ganang.
last modified Oct 24, 2005 at 11:48
uipts,
selamat hari raya.
kita perlu mengikut apa yang Mahmood lakukan. Untuk paling kurang mengingatkan keperitan yang dialami oleh saudara2 lain yg sedang menempuh ujian menyabung nyawa sedang kita masih di kurnia Tuhan seribu satu nikmat yang tidak terhingga.
Untuk istoqamah berdiri menjadi imam seperti Mahmood setiap hari dengan semua makmum dirumah di belakang memerlukan kekuatan yang besar. Tahniah Mahmood.
|