|
SELAMAT ID-UL FITRI.
Gadis manis ini adalah gadis Acheh. Beliau menyambut hari raya yg pertama tanpa keluarga. Bukan sahaja tanpa keluarga malah tanpa saudara, tanpa rumah yang sempurna, tanpa pakaian baru dan tanpa kawan kawan terdahulu yg sama membesar. Kenangan dibelikan baju oleh ayah ibu, memakaikan dan mengayakan di hadapan mereka sebelum datang 1 syahwal amat memilukan. Sahabat2, pulanglah ke kampung, peluklah ayah ibu seerat eratnya kerana mereka manusia agung yang masih kita miliki. Selamat Hari Raya dari "DI SINI LOPPIESS".
last modified Oct 29, 2005 at 7:57
Selamat hari raya, maaf yg keluar dari sanubariku seperti turunnya hujan yg keluar dari awan kepada Tok R, Bro jamaah, Siti Aisyah, Sitinesta, Ujangnoes dan nhf.....dan siapa siapa saja yg datang ke disini loppiess ....tuan/puan/cik adalah kini menjadi sebahagian manusia yang tidak secara lansung hadir dalam mindaku walau cuma terawang awang dan terkepung dalam jajar screen lap top ku atau dalam CPUnya yg cuma sekeping card.
inilah rantai dunia baru, dunia tanpa wajah atau jasad yg tidak hadir, pengikatnya cuma tali kata kata yang tersambung lewat jari yang kemudiannya tersimpul di kolong jantung.
selamat hari raya
Selamat Hari Raya, maaf zahir batin dari kami sekeluarga. Jemput datang rumah.
kenangan raya saya bersama arwah bapak terlalu indah. selamat hari raya loppiess.
Tak bisa saya telah rasa sebenar dalam dada gadis ini walau mungkin gambar itu menceritakan rasanya. Terlalu ramai yang menderita kini. Dan, saya masih naif tentang alam ini.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Bro,
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Minal Aidin Wal Faizin !
Selamat hari raya.
|