|
jamuan, satey dan landskap
Tot, tot, tot ..ada sms masuk,” jemput datang rumah ada jamuan sikit, jam 8 pm to 11 pm”. Dari Roogayah sahabat di pejabat. Tot, tot, tot,…ada lagi sms, “jemput sekeluarga ke rumah kami jam 12 to 1700 hrs, open house kecil kecilan” dari Idris . Tot, tot, tot…open house lagi ke?.”.tuan disilakan datang ke kediaman kami pada sabtu ini mula jam 8 mlm” dari Kalsom, Tot, tot, tot……Tot,tot,tot…….Tot,tot,tot……………………………………………..!! Idris membawa kami berlegar ke semi-D barunya di Puncak Alam, ada landskap cantik, ada pasu besar agak condong sambil melelehkan air dari muncungnya. Air itu kemudian jatuh ke kolam kecil di mana ikan koi riang ria berenang renang di celah teratai dan batu batu yg tersusun dan berkelibut. Roogayah membawa kami hingga ke belakang dapur rumah barunya sambil menunjukan luas halaman belakang dimana mereka boleh melempar bola ke jaring yang di pasang di aras tingkat dua. Ada juga ruang beratap yang mana di situ ada meja ping pong yang terlipat, kata Roogayah “si Boy anak keduanya suka playing table tennis”. Di sebelah ruang letak keretanya juga ada air yang terpancut dari dinding. Kalsom membawa kami melihat dapur rumah barunya. Di antara ruang memasak dan makan cuma ada pintu yang penuh ukiran roman. Di tepi kabinetnya ada meja kecil yang tinggi dan ada pula dua kerusi yang juga tinggi kakinya laksana di dalam bar. Kerusi tersebut satu berwarna biru dan satu lagi berwarna merah jambu. Tiba tiba kabinet di buka pintunya, wahh rupa rupanya ada bilik rahsia yang juga merupakan bilik setor…dasyat, dasyat. Hot platenya tidak panas tetapi apa pun di letakkan di atasnya boleh masak..kagum, kagum. Kalsom juga tidak lupa membawa kami membawa ke bilik tidurnya….melihatkan bilik tidurnya pada firasatku, siapa saja yang mati pucuk akan sembuh..!! Latiff Pendekar tidak pulak membuat open house atau mungkin tahun depan kerana rumah barunya siap tahun depan. Rusli Dollah dan Rusli Mahat juga belum buat apa apa kerana mungkin mereka msih duduk apartment lama yang liftnya kerap rosak. Tajuddin juga tak buat dengan alasan bini mengandung 4 bulan ( tapi mungkin dia masih menyewa di rumah lama di Keramat…jangan dok tipulah). Begitulah Roogayah, Idris dan Kalsom, hidup meningkat satu tangga lagi..tahniah. Open house yg mereka adakan akan dapat mengeratkan silaturrahim antara kami. Aku yang agak tahu apa yg mereka mahukan tak henti henti memuji dan meluahkan rasa kagum. Untuk Latiff Pendekar, Rusli’s dan Tajuddin, jgn rasa apa apa pula. Perlu ingat adakan jamuan untuk sedekah bukan atas lain lain niat. Ada satey, mee jawa atau nasi briani sudah cukup baik…..aku ok saja!!
last modified Nov 30, 2005 at 22:36
..memamg benar,kadang kadang saya juga kecewa, hari raya tidak di sambut dgn rasa keinsafan lagi.hari raya sudah jadi beban untuk mengadakan rumah terbuka dan seolah telah menjadi kewajibpan pula utk menghadirinya.Bagi saya,kesedaran utk datang tanpa dijemput adalah lebih jelas keihklasannya..
tok, mereka terlupa, tinta, baik saja adanya, kami baru pulang berjogging.
haha .. sinis yang berani, tapi banyak kadangnya betul. oh, apa khabar? lama tidak bertegur sapa .. harap abe lopiess sekeluarga sihat walafiat .. 
Ada kawan Tok, datang makan je kat open hse. Dia tak minta maaf pun kat tuan rumah.
|