|
notis
...barangkali kerana kebelakangan ini keadaan telah membawa aku ke satu zon yang dipanggil sebagai zon kelibut yang maha kelibut di mana aku telah dihukum dengan keributan masa yang berbondong bondong datang dengan aku yang tidak punya khudrat bagai tidak mampu bernafas untuk melawan kelibut yang datang yang bagai gelora itu yang bukan ku pinta ia datang dan juga sebahagiannya barangkali memang aku mengoda untuk ia mampir.... maka kerana atas sifat aku ini hanya seorang manusia biasa yang tidak dapat untuk melawan kelibut yang maha kelibut itu makanya aku akan bercuti untuk menulis di sini untuk barangkali beberapa hari cuma atau mungkin beberapa minggu atau barangkali beberapa bulan atau esok lusa aku di sini semula... aku akan berburu barangkali atau aku hanya akan duduk di jendela memerhati langit yang biru bertukar hitam kemudian biru semula dan kemudian hitam dan kembali bertukar biru dan hitam semula selepas biru. demikianlah...
last modified Dec 12, 2005 at 15:07
Danchan 'mengamuk' langsung tiada entri baru. Saya menunggu ...
apa yang penting loppiess tidak terus ditelan kelibut itu. walaupun tenggelam timbul di persada Disini Loppiess, kami tetap setia menunggu. ;-)
|