home
login::signup
we::blog

tengkujuh

Dari pipi langit air mata duka berjatuhan di bumi membasahkan kebun dan ladang sekangkang penoreh sedih kerana DISEMBER ini anak-anaknya perlu buku dan baju akan bersekolah di tahun baru . dari gumpalan awan ribut berpuput menerjah lautan di dada segara itu nelayan terduga di atas kolek rezeki tak bergolek tenggiri dan kerisi tak menjadi rezeki sayap DISEMBER ini menghantar iktibar . dari tiupan angin hujan berguguran melimpahlah sawah melaut air bah anak –anak padi lemas dan mati di dangau sepi merenung petani pada ujian tuhan menghadapi masa depan . Dari langit tuhan tengkujuh jatuh melebat ketaqwaan . 
 
loppiess. 
Pulau Kalong

last modified Jan 20, 2006 at 19:29



[ add a comment ]

aku tabik kamu berdua

152725 | posted by uipts on March 24, 2006 at 10:07

"ade sahajalah kamu nii jones..serender apanye, engko kini bukankah pemblog terbilang".

151304 | posted by loppiess on January 22, 2006 at 18:10

lope, tabik kamu. bab romantik kampung aku serender.

151273 | posted by abdullahjones on January 21, 2006 at 1:45