|
seberang sungai golok
puisi ini ku tulis diruang comment seorang blogger satu ketika dahulu tapi ia kelihatan sepi dan tidak dapat dihayati. Aku tulis semula kerana kelihatan masih relevan. seberang sg golok di sana para pemuda lari di tengah malam di sini para pemuda ' mencari cinta ' di sana mereka menjerit...lari di sini kita menjerit...mawi tak usai usai gelak kita tak usai usai gelisah mereka loppiess 2005.
last modified Feb 9, 2006 at 17:21
Siti n, dalam minda mido hanya bola yang masuk ke gol kemudian duit masuk ke dlm poket. adakah siti tahu yang hanya orang orang terpilih Allah untuk menjadi perasa, yg sensitif kepada kedukaan org lain, yang kasihan, yg simpati, yg punya kalbu.
Siti a, menulis puisi adalah sesuatu yg entah bagaimana untuk di katakan. saya tidak boleh duduk dimeja tulis saya untuk menulis puisi. bila saya mau menulis puisi saya tidak akan dapat melakukannya. bait bait puisi datang secara tiba2 dan sembrono, samada waktu itu kita sedang berwirid, memandu, melihat sungai yang hamis atau juga ketika berborak dengan jaga di pintu pagar sekolah.
Kalaulah saya mampu menurunkan puisi dalam komen blogger yang lain, tentu mengkagumkan. Hehehe 
Rasanya saya dapat hayati puisi ini dan ia akan tetap relevan sampai suatu masa yang tak pasti.
ps: Teruknya Mido tu. Tak ada perasaan ke?
seberang sungai bukannya jauh, kata orang sepelaung sahaja. tapi kita hanya melihat tanpa berkongsi resah. kenapa agaknya ya! tiba-tiba teringat komen pemain bola sepak egypt mido yang kini merupakan pemain tottenham hotspurs, bila ditanya mengenai isu di palestin. kata mido, dia tahu apa yang terjadi di palestin tapi tidak pula berkongsi kesedihan dan keresahan masyarakat palestin kerana kedudukan negara itu jauh dari negaranya. so, dia tidak merasai apa-apa. subhanallah!
|