|
Perginya MGG Pillai dan Pramoedya.
MGG Pillai sudah berangkat ke alam kedua. Alam jasad dan roh terpisah. Hilang seorang manusia yang di kalamnya mengalir resah orang banyak, yang dikalamnya mengalir kebopengan orang orang berkuasa, yang dikalamnya mengalir rahsia orang orang yang sembrono hidup atas lelah orang orang banyak yang tertindas. Negara harus berkabung dan memberikan penghormatan resmi atas pemergian beliau. Pramoedya Ananta Toer juga telah berangkat ke alam sunyi. Tinggallah puisi puisi beliau dan novel novel beliau yang masih menjerit minta orang orang banyak di lihat. Dilihat sesak mereka, dilihat rintih mereka, dilihat duka mereka dan dilihat seketika nafas mereka yang tercunggap-cunggap. Orang orang besar itu telah berangkat meninggalkan kita. Suara mereka telah tersekat di batas tanah dan rungkup tembok kuburan yang diam. Semuga Tuhan melihat mereka dan bersimpati atas dosa2 mereka kerana mereka pergi meninggalkan segunung jasa yang tak terbalas oleh kita. Pergilah engkau, aku yang tinggal ini merasa kehilangan yg amat kerana sekian lama tari kalam mu mendinding rumahku dari hujan tak bermusim. loppiess may 2006. Ladang Estate Tremelbye.
last modified May 3, 2006 at 20:30
semakin bertambah usia dunia, semakin ramai tokoh-tokoh yang pergi meninggalkan kita, tetapi mereka itu pergi meninggalkan karya agung dan setimbun ilmu.
|