|
Monolog musim ghairah
Ketika ku perhatikan wajah Kuala Lumpur dan orang orang yang lalu lalang menyedarkan aku bahawa ramai warganya sudah tidak peduli. Tidak peduli kepada seluar yang dipakai, tidak peduli tentang baju yang koyak, tidak peduli tentang getah seluar dalam mereka yang terkeluar, tidak peduli tentang pusat mereka hitam tetapi tidak di lindungi dan tidak peduli pada kata kata mereka. Mereka berpusu pusu. Ketika habis sahaja aku di Art Case Gallery dan dalam perjalanan pulang ke Kelana Jaya, ketika di dalam LRT maksud ku, aku menulis tulisan ini di PDA ku. Pilihan kita memilih dosa. seperti kita memilih roti. aku memilih vanilla seperti engkau memilih strawbery dia memilih inti kacang seperti kamu memilih isi kaya. kita memilih dosa kerana ia punya banyak perasa. loppiess.
last modified Jul 25, 2006 at 23:09
dosa pelbagai warna 'fancy colour' bungkusannya
dosa pelbagai perisa masam, masin, manis...sedap selalunya
dosa nikmat sementara derita selamanya...
Sesat di Kuala Lumpur Dosa dan pahala bercampur - Mungkin kita kan temui kebahagiaan Di Kuala Lumpur Dan mungkin kita akan kecewa
Mungkin kita akan jadi kaya dalam lumpur Mungkin kita akan terpedaya
Mungkin ada jalan di Kuala Lumpur Jalan bahagia Mungkin kita akan kecewa
Mungkin kita akan jadi alpa serta lupa Dan Mungkin kita kan terpedaya
Mungkin kita akan jadi kaya serta lupa Mungkin kita lupa pada asalnya
mungkin...
|