home
login::signup
we::blog

catatan bulan december, yang basah barangkali.


 
Aku bersembang saja dengan Samy menyusuri denai pejalan kaki dan pejogging di hutan kecil People Park. Seperti lazimnya Samy tak henti henti bercerita tentang keburukkan para menteri yang haloba dan kakitangannya yang menjadi sebahagian pencacai rasuah. Petang itu Samy bercerita tentang seorang perempuan Mongolia yang dibunuh dan diletuskan segala urat temuratnya hingga menjadi ketulan ketulan kecil. " saya tidak sangka ada orang muslim sebegini kejam, ya " kata Samy kepadaku. Walaupun kata kata Samy itu mengecilkan hatiku namun aku cuba memperbetulkannya tanpa kelihatan aku beremosi atau tidak professional. Setelah beberapa saat kami terdiam, aku pun menjawab " barangkali ini bukanlah boleh kita kaitkan dengan muslim yg kejam atau kristian yang jahat tetapi ini adalah sesuatu yang berlaku bila manusia itu jauh dengan tuhannya, kalau dia hindu, dia telah jauh dari tuhan dan kuilnya, kalau dia budha, dia telah jauh dari samy dan topekongnya, ugama menyuruh manusia berkelakuan baik kalaupun kita tidak menyokong kebenaran yang dibawa oleh ugama yang bukan kita anuti ". Samy kemudian terdiam. 
 
2. 
 
Seperti juga alasan yang diberi untuk membenarkan kenaikkan harga minyak, sekali lagi penguasa mengunakannya untuk menaikkan harga tol. Kerajaan menanggung sebegitu besar beban untuk dibayar kepada pengendali lebuhraya jika tol tidak dinaikkan ini adalah berdasarkan perjanjian asal.  
 
Malim, guru sandaran selama 9 tahun itu mendengus. " Kita mahu perjanjian itu transparent, semua orang dapat lihat, kereta la ni sudah banyak, berapa collection satu bulan, berapa jumlah bayar loan satu bulan, berapa kos maintenance, pengurusan, berapa cukai, berapa kos2 lain, barulah orang tahu duduk perkara sebenar, ini dok main main sebut saja, ingat orang la ni bodoh macam lembu ke? " 
 
3. 
 
Kasah menangis tersedu sedu ketika dia terdengar pengumuman dari corong radio bahawa sdr Irwandy Yusuf telah memenangi pilihanraya dan seterusnya menjadi gabenor Acheh. Walaupun Acheh ini tidak merdeka seperti minta ribuan roh yang terkubur atas nama perjuangan namun Kasah sedar bahawa detik damai untuk menghirup udara Acheh dengan hirupan syariah sedikit sebanyak tergapai oleh tangan dan mimpi. 
 
Kasah masih ingat akan jeritan kesakitan, dentum bom yang meledak, siulan peluru yang datang dari berbagai penjuru, kemudian kematian terjelma di depan mata, sahabat sahabat samada adik, abang, datuk, tukang azan, tukang memundak belerang, tukang masak pergi satu satu, kubur mereka bertabur sepanjang hutan yang banat itu. 
 
demikianlah, kalau kita hanya bisa merancang, hanya Tuhan yang bisa menyatakannya dalam bentuk apa.

last modified Dec 29, 2006 at 15:53



[ add a comment ]

selamat tahun baru buat saudara loppiess. saya sukakan jawapan yang loppiess berikan pada samy. ringkas tetapi bernas. soalan yang sering ditanya oleh non-muslim kepada saya ialah kenapa saya bertudung sedangkan ramai wanita muslim yang tidak memakainya. jawapan yang saya berikan juga ringkas dan hampir sama seperti loppiess.

semoga masih ada rahmat tuhan untuk umat islam di tahun baru. mungkin ada hikmahnya aidiladha jatuh pada 31 Dis. ;-)

p/s: impian saya memang mahu ke mulu tetapi belum ada rezeki. taman negara kuala tahan yang saya kunjungi dua bulan dulu amat menyegarkan dan amat sukar untuk melupakan keindahan alam yang sebegitu rupa.

157969 | posted by sitinesta on January 2, 2007 at 16:20