home
login::signup
we::blog

Catatan: Padang luas dan angin yang menerobos.

Enak enak aje aku di rumah satu petang, menghirup bubur kacang sambil membaca kisah manta ray ( ikan pari besar ) di majalah National Geografi tahun 1998 yg ku sewa RM 2 dari kedai Waila. Di luar hujan turun mencurah curah, bagai geram benar untuk turun. Bukit Peoples Parks kelihatan hijau, suram dan lenjun. TV di ruang tamu masih menyala. Kemudian ada YB menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di entahkan Kluang atau Batu Pahat atau Kota Tinggi..tidaklah aku pasti namun girangku menghirup bubur kacang panas terganggu. Rasa sedih dan kasihan kemudian menjalar setelah kelihatan seorang tua tersenyum penuh duka bercerita tentang rumahnya sudah tenggelam beberapa minggu. 
Aku menulis sajak ini kerana si tua itu bagai terasa seolah abah ku sendiri..... 
 
Abah ku dapat beras gula 
 
abah, air dah bah 
naikkan kitab ke atas para 
abah, cepat pindah 
ada kolam terlepas buaya 
abah, jangan gundah 
ada wartawan dengan kamera 
abah, pakai kopiah 
YB dah duduk di atas tangga 
satu dua tiga plapppp api kamera menyala 
abahku dapat beras gula. 
 
loppiess. 
january 2007 
 
dikala bersendirian ada masanya aku terasa sunyi. ingin menulis dan menyatakan sesuatu. ingin beromantika dengan emosi sendiri. mahukan satu pernyataan terkeluar dengan cara bersahaja. Aku melihat ke luar tingkap, padang yang luas dan angin yang menerobos kemudian memberikan aku kata kata ini........... 
 
Pilu 
 
Untuk mengajarmu perempuan 
tentang bahasa rindu, aku tidak tahu 
kerana jika kau tidak merasai, lalu 
kepada siapa hendak ku adu 
goncang dada ini. 
 
Barangkali kerana selalu begini 
aku lebih berani mengajarmu 
makna pilu. 
 
loppiess 
january 2007

last modified Jan 28, 2007 at 9:37



[ add a comment ]

Saya ini orang Kota Tinggi.

Rumah orang tuaku turut merasa tempiasnya sedikit sebanyak.

Kota Tinggi yang banyak cerita sejarah zaman pemerintahan Johor Lama tenggelam.

Bandar Kota Tinggi lumpuh terus.Tak bernyawa langsung. Untuk beberapa hari.

Rumah nenekku di bawah naungan Gunung Panti tenggelam.

Rumah saudara mara dan teman-teman di Kg.Makam ,Kota Jaya,Kota Kecil,Temenin Baru,Temenin Lama,Taman Bendahara,Baru 25 dan Kg.Tembioh tenggelam. Ada yang musnah terus dibawa arus ke sungai.

Trauma yang teramat buat orang kampungku.

Dari Putrajaya hati ini turut sama menangis.

Tapi hidup ini memang perlu terus.Biar payah amat.

158274 | posted by rainbowboy82 on February 5, 2007 at 8:36

ingin dan rindu ku
hanya pada bubur kacang yg panas itu.

dihirup bersama kekasih
di petang sabtu atau minggu
bersama kicauan burung hinggap di pohon jambu

aku rindu saat itu, walau pun kesal dan gundah gulana melihat rakyat menderita dan kesian pada yg memberi menolong masih ketagih disebut2 namanya serta disebarkan wajah di dada2 koran dan dipeti tv.

158215 | posted by saorangorang on January 28, 2007 at 19:57