|
Teluk Nipah
Subuh yang dingin akhirnya menghadiahkan relung relung jurai matahari dari balik bukit hutan yang tinggi. Pagi terasa begitu damai. Apabila kuselak sahaja tirai sliding door balcony...wahh, dua ekor hornbill sedang bercerekarama di atas dinding balcony!, paruhnya sangat hebat, matanya besar dan ekornya panjang. Masih ku ingat ketika kami berjalan di hutan Mulu selepas berlepas dari Kuala Litut atau ketika kami mendaki Mount Api, kami hanya bisa mendengar derau hornbil terbang di atas canopy hutan..ahh bunyinya amat mengasyikkan...dan di Teluk Nipah ini, hornbill bertenggek di atas balcony hotel kami..ianya satu hadiah sempena cuti hujung minggu ini. Pantai Teluk Nipah seperti dulu juga, redup di bawah lindungan pohon ketapang. Pulau Giam dan bot bot orang kota yang terapung melihat ikan ikan di celah batu karang masih tipikal wajahnya yang selalu. Aku dihantar Omar melewati Pantai Monyet dan melihat sotong sotong yang tak keruan di dasar teluk yang lutsinar. Angin Selat Melaka yang sesat dan berpuing puing merentasi ubun ubunku melontar lenguh jiwaku yang masai dan sembrono terdahulunya. Setelah 4 jam Omar kemudian datang menyemput kami pulang. Kata Omar jika mahu melempar joran dan mendengar randuk kekisi pancing berdecit decit, marilah kita ke Pulau Sembilan, manalah tahu kalau Sang Merah atau Tenggiri mahu beradu sakti, aku kemudian menjawab kepada Omar, lupakanlah untuk kali ini kerana masa yang suntuk, cukuplah menjamu ikan bakar atau sotong segar di warung tepi pantai sambil mendengar debur ombak yang sekejap sekejap menghempas pantai. Omar menganguk. Berbual dengan Sabri, pengusha bot di pantai redup di bawah pohon ketapang itu membawa petang di Teluk Nipah menjadi kecil dan bila bila akan usai. Nasib kami, jika musim cuti sekolah seperti ini, panaslah enjin bot berulang alik ke Pulau Giam tapi jika musim sekolah memanjang, pantai jadi sepi, pasir pun merintih mohon di injak. Maka jika rezeki kurang di sini kami ke laut setiap malam, terpulanglah pada musim, adakalanya bertong tong ikan kayu naik ke dermaga jetty namun jika musim ikan entah ke mana, susah amat, berkira dengan anak, berkira dengan bini, berkira dengan diri sendiri. Ketika Sabri asyik bercerita, aku kemudian merakamkan relung ombak yang bergulung dan jurai mega lembayung senja dan matahari yang akan segera terjun di hujung tanjung Teluk Nipah ini ke dalam kemeraku. Pagi itu kami sampai ke kampung nelayan Teluk Gedung. Pantainya sembrono dan tiang anjung anjung rumah di cium debur ombak takala air pasang. Di sini Sabri tinggal dengan isteri dan 4 orang anaknya. Kebanyakkan mereka adalah nelayan yang bekerja dengan bot bot tauke cina. Segala tangkapan akan diambil tauke dengan harga yang ditentukan tauke. Meski pun YB Dr Zambry sedar akan melayu yang melukut ini namun entah apa gerangan yang mendiamkan dia, tidak tahulah. aku menulis tulisan ini di PDA ku ketika ferry mula bergerak perlahan lahan meninggalkan jetty Pangkor , Teluk Nipah. mudik hariku di sini sesegar embun teduh pantaimu di bawah rimbun pohon ketapang oleng ombak dan tari bot enjin sangkut layah angin dan burung burung terbang pulang aku pada alam pada Pulau Giam ahh..lelah berlalu, cinta bertalu lagu lagu desir bayu membenih rindu. loppiess.
last modified Mar 14, 2007 at 0:26
wahh kenyir. sungguh alamiah. tasik dan tunggul gerigis. hutan dan awan tinggi.
itulah dia loppiess yang bisa menceritakan pengalamannya dalam bentuk kata-kata yang indah. sudah dua minggu saya pulang dari tasik kenyir dan segala keindahan dan kedamaian yang saya perolehi di kenyir tidak mampu dihasilkan dalam bentuk tulisan. hanya bermain-main di kepala tanpa dapat dijadikan catatan.
|