|
Cerpen 1 - Meranduk Kota.
Tidaklah selalu aku dapat begini. Begini maksudku berjalan jalan, bersenang lenang dan berkapuk-kapukkan sambil berbondong bondong dengan orang orang yang lalu lalang dari berbagai sudut dan arah berkelewaran meranduk pijar di kota Kuala Lumpur ini. Sudah lama benar aku terperosok dalam lingkaran kerja dan rumah dan kitaran lingkaran itu melingkari tubuhku saban hari hingga aku tidak pun menyedari bahawa aku perlukan sedikit masa barangkali untuk berkapuk-kapukkan guna untuk melepaskan diri dari kitaran lingkaran yang terlalu mendamba akal fikiran dan sekujur fizikal diri. Maka, hari ini aku akhirnya terlepas dari lingkaran rutin itu dan aku kini sedang berdiri di bawah kolong kota sambil terasa bebas lepas dan menikmati keriuhan orang orang warganya yang berkelewaran meranduk dengan pakaian yang mempersona dan tingkahlaku yang sedemikian baru. Marilah ku ceritakan bagaimana penemuan demi penemuan baru ini menyingkap tabir totokku, bagai seolah olah aku orang paling totok dan ditinggalkan zaman terkulat kulat bergulat dengan kehairanan barangkali atau cuma ingin menjadi pencerita yang ceritanya sangat klise, kovensi dan tipikal.
last modified Apr 13, 2007 at 1:36
|