|
menjadi tetamu laut Sapi
masuk masuk sahaja di gigi arus, beratus kepal batu berliuk liuk semborono seperti tarian tarian india kuno disekelilingku. Aku yang pada mulanya terkesima dengan aslinya Sapi dan birunya samudera mula terasa disambut, seperti sahabat atau tetamu yang awalnya lenjun dengan asak rutin dan kemudian mula mencair seperti ais yang terkena panas. Teduh ketapang dan ru, putih pasir dan orang orang berbikini kini bercantum dengan kepal batu dan diriku yang teroleng oleh asyik dan lupa. Dengan nafasku berbekal mulut aku kemudian ketemu pula seriding, seekor seekor, bercempera dengan puluhan kerepek pipit. Mereka menghurungku mohon disuap. Si Gombing juga malu malu, Si Lahundan mengintaiku dari celah celah batu karang. Jauh selepas itu aku ketemu kerapu bara termenung di celah karang kuning, entahkan putus cinta atau merajuk pada sang kekasih. Dalam keriuhan kepal batu dan seekor seekor nangka nangka aku kemudian terasa kakiku disentuh atau dicubit, nyatalah ia angkara bayan yang suka bergurau, gurauan kasar bayan tidak ku pedulikan kerana segerombol beladok pula datang bertanyaku, apa kabar orang KL yang renyuh di pukul rutin?. Sesekali buntal landak melintas, kalaupun kebuntalannya hodoh namun warnanya membenih asyik. Di belakang buntal terhoyong hoyong pula kumai dan sunu asli. Belais berong juga melintas laju bagai penuh kesombongan, heii ini loppiess datang ke rumahmu!. Walaupun aku ditemani ramai warga disini, seperti beladok yang peramah dan betok yang lincah namun aku masih menunggu sesuatu yang kelaknya akan memidai dinding laut dengan kilau liuk lentuknya...dimana engkau baracudda?
last modified Sep 10, 2007 at 3:08
)
hanya loppiess yang boleh menggambarkan pengalaman di dasar laut dengan begitu puitis sekali. ;-)
belum ada keberanian untuk meredah dunia dasar laut walaupun pernah ditawarkan kursus menyelam secara percuma. :-(
|