home
login::signup
we::blog

Kampung Soyuz

Pagi pagi yang muncul kebelakangan ini ditabiri mendung dan hujan rintik rintik. Pagi kemudian mengelonsor dalam dingin untuk bertemu matahari yang juga acuh tak acuh keluar dari rimbun awan dan tabir bukit. Kampung Soyuz, sebuah kampung aman damai di benua asia ini hidup perlahan lahan sebelum kemudian hingar bingar oleh para pekerja yang kebanyakkannya dari indonesia dan myanmar. 
 
Ketua kampung yang bernama Dollah Lebai Karim atau dipanggil Dol sahaja seperti rutin biasanya bangun bersolat subuh. Imej Lebainya masih ketara apabila sahaja ketemu dengannya. 
 
Dol masih seperti tipikal Lebai kampung. Orang orang mula marah marah kerana kampung soyuz semenjak dua menjak ini agak gerhana. Yang pertama Musliyadi, ajk keselamatan telah bergaduh dengan Ram ajk kecil keselamatan. Ram baik dengan Jaafar, naib ketua kampung. 
 
Ajk rasuah kampung pula baik dengan Musliyadi sedangkan Musliyadi tak bertegur sapa dengan Jaafar. Ajk keadilan pula porak peranda setelah dikatakan bersubahat dengan kontraktor yang membuat jalan kecil kampung memberi duit supaya tidak di war warkan kerosakan jalan di selekoh petai sedangkan jalan tersebut baharu sahaja dibina. 
 
Dol masih dengan imej lebai dan seperti tidak tahu apa apa membiarkan segala gerhana tersebut berlaku. 
 
Kampung Soyuz semakin gerhana. Malam datang semula untuk memberikan mimpi mimpi tentang pontianak yang mengigit tengkuk para penduduk.

last modified Nov 5, 2007 at 16:34



[ add a comment ]

Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin juga kepada Siti dan keluarga - dan juga kepada semua pengunjung blog ini semuga kita diberikan kewarasan dalam apa jua tindakan. Amin.

160362 | posted by loppiess on November 12, 2007 at 0:35

Assalammualaikum loppiess. Sungguh sinis catatan ini.
Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat loppiess dan keluarga.

160319 | posted by sitinesta on November 5, 2007 at 17:02