|
Kampung Soyuz 2
Lebai, korupsi tidak boleh dipandang ringan. Korupsi hantu besar yang akan menjadikan kampung kita ini lembah zombi. Korupsi adalah pelacur paling mutlak yang mampu menyebarbiakkan segala jenis penyakit yang berjangkit yang kelaknya bisa menjadikan kampung kita ini sarang nanah. Korupsi yang didorong dari tamak haloba dan gila wang ringgit cuma akan menghancurkan segalanya, tidak akan lahir lagi ketelusan, kelutsinaran, kesucian kalbu malah iman akan reput, warna uwang akan menyedut segala saki baki kebaikan, tervakum dalam tong ta** penuh keparahan. Kerana semua penduduk telah memilih engkau, maka engkau kena mengambil tanggungjawab itu wahai Lebai. Kalau engkau buat tak tahu sahaja segala bobot yang melanda makanya engkau tak ubah macam badut, tidak lebih dari itu, Badut hanya pembuat lawak, malah Badut lebih baik dari kamu kerana Badut walaupun pelawak namun tetap memikul amanah, amanah itu ia amanah untuk berlawak dan mengeletekkan hati semua audien. Namun engkau membuat lawak semborono sahaja. Orang orang pembodek nombor wahid sahaja yang tertawa, yang jika engkau hanya goyangkan buntut sedikit mereka akan tergelak terbahak bahak hingga patah riuk segala kerusi di dewan mesyuarat. Yang jika engkau juihkan sedikit lidah mereka tertawa menjalar jalar di lantai sambil memegang perut, itu kerja pembodek nombor wahid. Namun Lebai, engkau bukan pelawak. Aku ulangi...engkau bukan pelawak tapi engkau pemegang amanah siang malam pagi petang untuk memakmurkan Kampung Soyuz ini. Fahamlah itu.
last modified Nov 13, 2007 at 17:45
|