|
Kampung Soyuz 3
Semenjak dua menjak ini selain hujan yang turun dengan rakusnya, Kampung Soyuz juga semakin galak dengan warna warni kelucahan yang terlampau yang tercetus dari insan insan yang kebulur duit dan kuasa yang boleh dibeli dengan hanya handphone nokia buruk yang tiada MP3, juga tiada camera VGA malah dengan bunyi ringging yang hodoh, seletus seletus seperti muzik berkabung atas kematian ibu Ah Chai pekedai runcit. Hanya dengan handphone cuma! Dollah Lebai Karim akhirnya, setelah barangkali melihat jemaah surau layan tak layan sahaja beliau ketika solat insyak semalam bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kecil menyiasat duduk perkara tentang video keretakan jalan di Selekoh Petai. Namun tidaklah jelas lagi siapa yg akan dilantik menduduki jawatankuasa kecil itu, penduduk penduduk takut juga kalau hanya ipar duai atau sepupu sepapatnya sahaja yang dilantik kerana kalau mereka itulah yg menyiasat maka tidak dijaminlah hasilnya, mereka boleh kata jalan itu dibina baik tetapi aliran air besar yang melimpah dari Kebun Wak Dang penyebabnya..macam macamlah barangkali alasannya..tunggu sahajalah. Jawatakuasa Keselamatan Kampung baru baru ini telah menangkap penipuan baja subsidy, kata dapat sepuluh kampit seorang tetapi cuma lapan kampit sahaja. Dua kampit telah tiada. Sekampit baja berharga RM 8.75, kalau dua sudah berapa? Dol nampaknya berang yang amat sehingga tidak lalu makan. Mak Long Sapiah bilang " tipu kecik kecik tu cepatlah diaorang nak menangkapnye..tipu besar besar idak pulak!, haii..apa jenis jawatankuasalah!, jawatankuasa orang mabuk!". Hari demi hari pamit, magrib dan insyak berlalu, subuh datang semula bertamu. Hujan musim monsun melebat, awan hanya mendung terbuai buai menabiri ruang angkasa Kampung Soyuz. Dol termenung sendirian, di dalam uraiselirat mindanya bersimpul simpul tali yang amat kusut. Amanah yang dipikul bukan mudah, kalaupun lepas aku dalam hukum dunia ini, hukum Tuhan tetap menanti. Dol kemudian membelek belek handphone Nokia yang tanpa MP3, tanpa camera VGA dan tone ringging yang hodoh itu. Dia pun dapat.
last modified Nov 20, 2007 at 18:14

Haha ... rupa-rupanya si Dol pun dapat.
|