|
Seketika Berhenti
Sahabatku Long menelefonku lewat petang kelmarin. Dia bertanyaku samada sihat atau tidak kerana semenjak dua menjak ini dia membaca tulisan tulisan penuh amarah yang kutulis lewat DI SINI LOPPIESS. Aku biasa saja Long tapi adakalanya amarah itu lambat redanya dan aku menyedarinya. Amarah itu tentulah tidak baik namun ia selalu turut mengalir turun ke kalam dan kalam tanpa berlengah melakarkannya menjadi bait bait carutan, sumpah seranah dan ayat ayat yang tidak enak didengar. "Lope, kala kau marah yang barangkali kerana kelucahan politik atau keserakahan golongan kapitalis, petiklah gitar dan seperti dulu dulu alunkan lagu lagu Ebiet, ia barangkali akan mampu menyiram jiwamu yang bergelora" kata Long kepadaku. Aku tidak punya gitar lagi, gitar terakhir sudah lenyap dalam barangkali lebih sepuluh tahun dulu pun aku juga bukanlah pandai memainkannya, setakat plucking dua tiga irama yang klise namun itu adakalanya mampu juga mengubati jiwa yang lara kalaupun hanya sementara. Aku kemudian duduk dibawah rimbun bunga kertas yang kelopaknya berguguran, getar getar suara kemudian seulas ulas keluar dari mindaku yang sedikit lara, beginilah lirik lagunya : NYANYIAN RIDU coba engkau katakan padaku apa yang seharusnya aku lakukan bila larut tiba, wajahmu terbayang kerinduan ini semakin dalam gemuruh ombak di pantai kuta sejuk lembut angin di bukit kintamani gadis-gadis kecil menjajakan cincin tak mampu mengusir kau yang manis bila saja kau ada di sampingku sama-sama arungi danau biru bila malam mata enggan terpejam berbincang tentang bulan merah coba engkau dengar lagu ini aku yang tertidur dan tengah bermimpi langit-langit kamar jadi penuh gambar wajahmu yang bening sejuk segar kapan lagi kita akan bertemu meski hanya sekilas kau tersenyum kapan lagi kita nyanyi bersama tatapanmu membasuh luka oh... du..du.. du.. du.... coba engkau dengar lagu ini aku yang tertidur dan tengah bermimpi Petang kemudian beransur berensot menemukan sahabatnya senja dan malam. Sayup sayup azan kemudian mengitari segala lembah Ladang Tremelbye.
last modified Dec 5, 2007 at 17:17
aku juga perlu mendengar bait2 puisi ebiet dan engkau lope.. lama sudah tenggelam dalam kelamkabut dan percaturan dunia hingga membawa ketegangan urat2 darah serta titik2 hitam di hati kesan dari perasangka2 burok sesama manusia...
|