|
Electrician yang ini....
Electrician biasanya hanya pandai membuat pemasangan elektrik, maksudnya dia tahu wayar hidup atau dia tahu wayar neutral mahu disambungkan ke mana. Dia juga tahu wayar bumi haruslah disambungkan kepada pembumian atau kepada badan perkakasan elektrik tersebut. Dia tahu bahawa kesan kepada terkena renjatan elektrik akan boleh menghasilkan kemalangan fatal. Disamping itu untuk menyalakan lampu kalimantang, choke hendaklah disambungkan dengan betul. Penghidup pula hendaklah disambung selari dengan tube dan perlu juga mempunyai voltan yang sesuai dengan tube jika tidak tube kalimantang tidak akan menyala, cahayanya hanya lip lap lip lap dan kalau dibiarkan lama begitu akan menyakitkan pula kepala. Pun bukan itu sahaja, Electrician harus pula sedikit sebanyak faham akan undang undang yang termaktub di bawah Akta Bekalan Elektrik dan juga peraturan IEE seperti wayar untuk soket haruslah ada 7 lembar tembaga dan ukirlilitnya pula haruslah sesuai. Untuk pemasangan kipas, fuse utama yang dipasang hendaklah dalam kadar yang sesuai begitu jugalah fuse untuk soket dan lain lain, begitulah sedikit sebanyak kerja kerja asas yang Electrician perlu faham jika tidak, lampu tidak akan menyala atau rumah boleh lingkup oleh kebakaran atau juga pengguna terdedah bahaya renjatan. Electrician tidaklah tahu apa apa lagi selain itu melainkan jika dia ambil tahu namun biasanya Electrician tidak tahu bagaimana reaktor nuklear Chanobyle meletup dan bocor, mereka tidak tahu dandang no 4 Chanobyle itu boleh meletuskan begitu banyak radioaktif dan membunuh beribu ribe manusia, mereka juga tidak tahu jika tidak mati pun, manusia akan dihidapi kesan yang besar seperti kanser thyroid dan segala macam penyakit, begitulah. Electrician juga selalunya tidak ariff mengenai pelanggaran kerak bumi di dasar laut yang menghasilkan gelombang tsunami yang membunuh ribuan manusia dijajaran lautan hindi beberapa tahun lalu. Electrician juga tidak ariff tentang demam selsema burung, tentang Paus yang terancam, tentang nomad di gurun Sahara, tentang bagaimana stim dapat mengerakkan aci untuk enjin mula bergerak, tentang bagaimana sperma berenang untuk bercantum dan membentuk lembaga, Electrician tidak faham itu. Tapi Electrician yang ini lain. Dia faham banyak benda, selain dia faham bagaimana untuk bertengkar dengan isterinya akibat masaalah dalaman keluarga dia juga tahu banyak yang lain, dia tahu sedikit sebanyak soal soal kehakiman!, dia tahu maruah kehakiman, dia tahu makna rasuah, dia tahu siapa terlibat, dia tahu siapa subahat tapi........malang sungguh... dia dituduh gila.
last modified Feb 4, 2008 at 16:46
|