|
Seusai taufan
Hj Sameon tidak habis habis berduka. Sedih. Terkilan. Sedih, pedih, sedih, berduka, terkilan, sedih, menyesal, kesal. Sedihnya itu berpanjangan. Berpanjangan melalui liku liku yang berliku. Dia terkejut, tersentak, terbelalak, dia bermurung, bermenung, dia jelaslah amat tersinggung. Hj Sameon tidak menduga samasekali begini jadinya, begini berlansungnya, begini hasilnya, begini kesannya, begini hebatnya taufan, begini besarnya ribut, begini nazaknya rasa, ini belasungkawa paling besar, inilah azab tak terkata, inilah akibat musabab yang paling susah untuk diterima oleh sebongkah otaknya yang seharidua ini hanya bagai berhalusinasi saja. Dia tidak menjangkakan hingga seteruk ini yang berlaku namun dalam gundah yang begitu bercemplong didalam kalbunya dia masih waras untuk mengakui bahawa itulah dia kuasa rakyat. Dia hanya mampu merancang namun siapalah dia untuk menjangkakan hasilnya melainkan Allah Taala sahajalah yang mampu. Hujan seharidua ini begitu lebat takala turun, segala sampah sarap di longkang longkang yang tersumbat berbibih ke muara.
last modified Mar 11, 2008 at 1:32
|