|
Seusai taufan 1
Ramai yang terkedu, bukan Hj Sameon sahaja. Kak Ramlah juga seharidua ini tidak lagi rancak berbual. Nampak macam bad mood juga. Jiwanya resah, semangatnya menjadi sangat kecil jika tidak mahu dikatakan hilang terus. Ditanya sepatah, dijawap sepatah tidak macam dulu dulu lagi, jika ditanya sepatah maka jawapannya akan menjadi duapuluh patah. Dia kelihatan sangat dingin. Dia barangkali mahu menyendiri. Hambali anak Kak Ramlah seringkali memujuknya agar belajar menerima keadaan ini. Tidak ada apa yang sangat besar akan berlaku. Tidak ada. Tidak ada rusuhan, tidak ada kereta kebal disimpang depan Kedai Wak Arup, tidak akan ada pergaduhan kaum, tidak akan tertunai kerunsingan demi kerunsingan yang berputik itu. "kita harus menerima mak, menerima kerajaan baru yang dilantik, melihat mereka dan kita akan menilai mereka, mereka yang kalah bukan tak elok semuanya, mereka yang menang bukan maksum belaka, kita rakyat akan sentiasa melihat dan menilai, melihat dan menilai dan kita akan memberi pertimbangan yang cukup adil bila saja time memangkah datang". "kita akan melihat bagaimana mereka mengemudi isu isu hak bumiputra yang barangkali isu yang paling mak bimbangkan, kita akan melihat bagaimana mereka mengurus kekayaan negeri, jika baik, telus, terbuka maka untuk pemilu seterusnya kita bagi semula kuasa namun jika sebaliknya berlaku, cukuplah takat itu. Kita sangat berharap untuk kerajaan baru ini nanti melihat semula kecacaian yang barangkali wujud terdahulu yang barangkali juga disembunyikan, kita sangat berharap agar projek projek yang tidak benar benar memberi faedah kepada mak dan saya dan juga rakyat jelata lain akan dinilai semula atau dimansuhkan terus, kita akan lihat bagaimana Dasar Ekonomi Baru yang dulunya dicanangkan hanya untuk faedah Melayu benar benar sampai ke diri setiap bernama Melayu itu, takut nanti dasar dasar yang dimomokkan itu hanya untuk segelintir kaum kerabat atau ipar tuai mereka sahaja, itu jugalah barangkali sebabnya kek ekonomi Melayu masih amat kecil yang tikus pun tidak kenyang apabila memamahnya, semua itu akan kita nilai mak, kita akan menilai semula nasib bangsa kita selepas ini, jangan bimbang, undi bangsa kita tetap majority jika semua bersatu, marilah kita sama sama melihat angin apa pula yang melanda, beri mereka masa." Kata kata Hambali memberi sedikit nafas kepada ceria Kak Ramlah. Tampungan risau dan gundah sedikit sirna dari takungan matanya yang murung. Di luar rumahnya bunyi burung kelicap memberi sedikit irama, awan nan hitam sedikit sedikit berlalu ke arah timur.
last modified Mar 11, 2008 at 19:56
Demikianlah Bro, Kak Ramlah dan Hj Sameon berada di mana mana, mereka amat gusar namun tugas Hambalilah untuk menjelaskan duduk perkara.
Salam Lope,
Masa untuk Hj Sameon dan Kak Ramlah kenal dunia sebenar tentang yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah tanpa melihat warna kulitnya.
uipts.
|