home
login::signup
we::blog

DI SINI LOPPIESS

I must down to the seas again, to the lonely sea and the sky,  
And all I ask is a tall ship and a star to steer her by,  
And the wheel’s kick and the wind’s song, and the white sail’s shaking,  
And a grey mist on the sea’s face and a grey dawn breaking.  
Sea-Fever by John Masefield (1878 – 1967) 
 
 
email: 
zamlope@yahoo.com

last modified Mar 5, 2008 at 16:05


Wednesday, December 29, 2004

tsunami, adik long dan pak mud nya.

adik long, pagi ini pak mud punya sedikit waktu untuk duduk duduk di sini sementara pagi masih muda. lega rasanya dapat duduk dengan adik long sambil berbual selepas solat subuh dan sempat berjogging di taman. pagi yang muda ini tentunya didatangi juga matahari yang sinarnya panas panas suam hinggap di ubun ubun dan kulit lengan, betapa selesa kita dapat bersarapan, minum susu dan duduk duduk di bangku ini sambil berbual menunggu pagi dewasa dan kita menjadi sibuk.

bagai mimpi saja bagi pak mud bilamana di luar sana, di acheh, di phuket, di sri langka, di tamil naidu dan lain lain kematian begitu besar akibat gelora tsunami. seperti yang pak mud tulis di dalam blog kawan, mayat yang beribu itu berselerak, berapungan bagai sampah, ohh demikian tragisnya, benar benar bagai mimpi sehingga pak mud sering bertanya kepada diri pak mud benarkah ini semua?

pak mud mengetuk ubun ubun dan muka pak mud, benarkah ini..benarkah ini..benarkah ini? begitulah kebenaran yang begitu sukar untuk pak mud telan. Menelan kebenaran itu seperti bagai mahu menelan ubat serbuk cap kaki tiga yang diberikan ayah pak mud ketika kecil kecil dulu jika terkana selsema.

Tuhan, begini dasyat bila hanya sedikit yang Engkau tunjukkan. bagaimanakah lagi jika Engkau tunjukkan sedikit lebih dari itu?

adik long harus ingat yang betapa bahagia adik long hidup sekarang ini seperti pak mud juga. kita boleh bersembang sembang sambil berasa kasihan kepada mereka di luar sana. boleh bersarapan dan minum susu, duduk duduk di bangku ini sambil menghirup udara bersih dan menjerat sinar lembut mentari di kulit lengan. harus merasa tersangat bertuah kerana itu semua, kerana rakan rakan adik long di acheh sekarang ini tengah meratap kerana hilang ayah atau ibu atau juga hilang tantenya atau juga tengah begitu lapar atau sakit dan tidak punya ubat. beribu ribu mayat masih terkujur berbaris kerana tidak cukup jentolak untuk mengali lubang buat ditanam dan istirehat di dalam lahatnya. Di sana juga mungkin rakan sebaya adik long tengah kedinginan oleh angin laut atau hujan yang turun, mereka bukan saja hilang mainan malah baju dan selimut, barangkali mereka sedang mengigil..sejukkk. Entah berapa hari mungkin mereka tidak bersolat, sejadah sudah hilang, mushollah mungkin masih basah, tidak dapat mengaji muqaddam kerana muqaddam juga sudah basah dan terkoyak.

pensel colour hilang, buku cerita hilang, bantal busuk hilang, gelang tangan hilang, basikal hilang, semua baju hilang, kasut hilang , pak mud rasa mereka sedikit sedikit kehilangan jiwa mereka, kerana mana mungkin dalam usia sebaya adik long ini mereka mampu kehilangan semua itu termasuk ayah dan ibu?

mentari yang mengucup lengan adik long sekarang ini adalah mentari yang sama mengucup tangan mereka, wahh kita berkongsi alam ini dengan mereka kenapa tidak kita kongsi sedikit duka dan keresahan, ayuh adik long, pergi cari baju adik long yang mama simpan sebab dah ketat tu berikan pada pak mud, kita boleh kumpul dan beri pada kawan kawan di acheh, pak mud akan sediakan kotak kotak. adik long kesian dengan mereka kan?

adik long, pak mud ada kerja nak dilakukan, petang ini pak mud tak akan ke driving range walaupun pak mud ada driver callaway baru. hati pak mud masih bergetar dan ia begitu kosong.

pak mud pergi dulu, adik long harus sentiasa berfikir betapa Tuhan memberikan kita segala galanya tak henti henti dan Tuhan tidak minta apa apa selain harus mengikut suruhannya dan meninggalkan larangannya.

cakap pada mama, pak mud tengahari makan di luar.

132678 | posted by loppiess at 12:20 | 2 comments

Tuesday, December 28, 2004

tsunami

sore yang gagah terkulai di bahu duka
ada perkhabaran di bawa angin dari visakapatnam ke phuket
dari ceylon ke pulau pinang dari loksemewi ke kuala cenang
sabang hilang sebentar telok bengal meratap
ceylon pantainya dihujan tangisan
ada gelora
ada gelora
ada gelora
yang mengutip anak anak di pantai membawa ke laut andaman
yang menyusun sampan di pucuk pucuk rumbia
rumah rumah ranap dan para si miskin meraung
demikian,
ikan ikan terlantar bersama nelayan berkongsi nasib hiba.

gelora tsunami menyambung senapang susilo buat warga acheh
pejuang di kuala, di hutan rimba dosa apa pada mu GAM
hingga langitmu kian hitam dan rentung
musibah tergantung di jendela hari tak pamit pamit

gelora tsunami menyambung tawa thaksin seusai tawa di tak bai
cawan kata kata yang penuh gula kini
adalah cawan kata kata penuh duka menyala
angkuh kemudian terlerai seperti si badut kesiangan

mana si harimau tamil?
peluru mu kau simpan aje kerana gelora tsunami akan
meluruhkan nyawa marhaen seperti daun daun kering yang jatuh
di musim rontok hingga ranting menjadi sepi dan terbiar

demikian ku cari di mana pemusnah masjid babri
atau pembakar keretapi kerana nah di sini gelora tsunami
menyentap maut yang kau tarikan
lewat keangkuhan yang tak diajar agama mu.

demikian tangisan di kuala muda
bagai nyanyian duka terawang ke kolong awan
di langit ada poster tergantung murung
peringatan buat manusia manusia di bawah sana
tsunami hanya riak kecil yang mengalir ke pantai mu
yang menyapa peri laku mu
agar terjaga sebentar buat bermuhasabah
kerana sore kian merangkak
ke senja.

tsunami,
kalaulah aku masih tak mengerti ?

loppiess.

132556 | posted by loppiess at 9:23 | 2 comments

Thursday, December 23, 2004

132069 | posted by loppiess at 0:10 | 0 comments

Wednesday, December 22, 2004

berbilliun duka melayah dari abu gharib singgah ke kantung kalbu ku

Surat ini di perolehi dari Khadija Abdul Qahar, JUS dan di terjemahkan kemudian di terbitkan di dalam Mafkarat Al-Islam oleh Muhammad Abu Nasr of Free Arab Voice. Ia ditulis dengan tangan dalam bahasa arab oleh Fatima seorang tahanan di penjara Abu Gharib dan berjaya di seludup keluar.

Aku hampir saja mahu menangis bilamana tangisan terakhir ku barangkali 20 tahun lalu.

Fatima’s Letter

In the name of God, the Merciful, the Mercy-giving. “Say He is God the One; God the Source [of everything]; Not has He fathered, nor has He been fathered; nor is anything comparable to Him.” [Qur’an, Surat 112 “al-Ikhlas”]

I chose this noble Surah from the Book of God because it has the greatest impact on me and on all of you and it strikes a particular kind of awe in the hearts of Believers.

My brother Mujahideen in the path of God! What can I say to you? I say to you: our wombs have been filled with the children of fornication by those sons of apes and pigs who raped us. Or I could tell you that they have defaced our bodies, spit in our faces, and tore up the little copies of the Qur’an that hung around our necks? God is greatest! Can you not comprehend our situation? Is it true that you do not know what is happening to us? We are your sisters. God will be calling you to account [about this] tomorrow.

By God, we have not passed one night since we have been in prison without one of the apes and pigs jumping down upon us to rip our bodies apart with his overweening lust. And we are the ones who had guarded our virginity out of fear of God. Fear God! Kill us along with them! Destroy us along with them! Don’t leave us here to let them get pleasure from raping us! It will be an act to ennoble the Throne of Almighty God. Fear God regarding us! Leave their tanks and aircraft outside. Come at us here in the prison of Abu Ghurayb.

I am your sister in God (Fatimah). They raped me on one day more than nine times. Can you comprehend? Imagine one of your sisters being raped. Why can’t you all imagine it, as I am your sister. With me are 13 girls, all unmarried. All have been raped before the eyes and ears of everyone.

They won’t let us pray. They took our clothes and won’t let us get dressed. As I write this letter one of the girls has committed suicide. She was savagely raped. A soldier hit her on her chest and thigh after raping her. He subjected her to unbelievable torture. She beat her head against the wall of the cell until she died, for she couldn’t take any more, even though suicide is forbidden in Islam. But I excuse that girl. I have hope that God will forgive her, because He is the Most Merciful of all.

Brothers, I tell you again, fear God! Kill us with them so that we might be at peace. Help! Help! Help! [Wa Mu'atasima!]

132027 | posted by loppiess at 19:01 | 4 comments

Monday, December 20, 2004

131853 | posted by loppiess at 20:49 | 0 comments

Surat dari Leningrad buat Yang Rokiah.

Kepada Yang Rokiah yang jauh,

bagus saja pagi ini ketika aku bangun di langit penuh awan dan matahari yang bersinar muncul di barisan pohon pohon yang beratur. Lenguh Yang berjalan di antara pelabuhan ke pelabuhan, walaupun matahari seperti juga timbul di Hulu Pilah, di balik kebun getah atas bukit belakang rumah Kak Nab, dingin lewat angin yang mendodoi tubuh, itu saja bezanya.

Lama di rantau buat aku menghimpun rindu, telah sekepok atau bertimbun seperti jerami seusai musim menuai rindu itu aku kumpul walau aku cuba melupakan Yang sekelumit namun Yang muncul dalam setiapkalinya bagai juga Yang duduk di dalam nafas aku, mengalir getarnya seperti juga Yang turut berdenyut seperti Yang hadir dalam denyut nadi...Yang harus tahu itu.

Musim berganti musim, dari dingin yang amat yang mengalirkan hingus ku tak henti henti kemudian bertukar menumbuhkan bunga bunga dan daun yang hilang terdahulu mula kembali hadir di ranting ranting kayu, Yang, kau juga bagai turut kembang di antara warna rose dan tulip dan kau juga mengalir menurut sungai jernih ketika salji mencair. Yang, kau muncul seperti awan yang bagai gabus putih berbondong bondong di langit, Yang, kau bagai turut turun terapung apung bersama pelangi, Yang, kau turut melayah bersama daun daun ketika musim rontok mengetuk alam, Yang, kau turut luruh bersama salji putih yang menutup tingkap kabin ku, Yang, tahukah kau bahawa kau berada dimana mana?, di dalam jiwa ku, di dalam hatiku, di dalam kalbuku?

Kepada Yang Rokiah yang jauh,
Bisa saja dikatakan orang aku ini kelasi mabuk todi, kerana di kabinku hanya wajah kamu dimana mana. Demikian Yang, rinduku ini tak akan susut, malah semakin nazak dan gementar.

Rasakanlah seperti aku merasakan.

Ibrahim,
Leningrad.

131849 | posted by loppiess at 20:34 | 0 comments

Monday, December 6, 2004

130371 | posted by loppiess at 13:43 | 1 comments

di mana anakmu Tina

1.
Kalsom bimbang kerana jam telah merangkak ke angka sembilan malam. Rogayah masih belum pulang dari mengaji di rumah Lebai Maharom. Padamkah unggun daun nyiur yang dianyamnya petang tadi yang panjang dan cantik seperti tocang dara sunti itu atau Rogayah singgah di rumah Mariam untuk mengambil buku ilmu alamnya?. Tapi Hussien dan Kiah turut mengaji, usailah sikit resah kerana kalau bertiga, curiga sesat di denai atau di sergah binatang buas kuranglah keberangkaliannya.

Tapi keresahan masih bersarang juga dalam raga jantung Kalsom. Sebulan dua ini ada datang siulan yang bertali dari bujang bujang yang belajar silat di rumah Tok Wahab. Dalam bertukarnya senja dan malam kepada pagi dan siang, Rogayah rupanya telah tumbuh segar menjadi dara yang mekar dan kekar, mahu rasanya Kalsom menarik hari dan jam biar beredar laju kerana menjelang hujung tahun jika tidak ada masaalah dan Lebai Maharom sihat walafiat maka Rogayah di jangkakan khatamlah qur'an dan kalau ada lelaki yang mampu dan warak, tidak kira samaada askar atau uztaz yang mengajar disekolah, satukan saja.

Demikian kebimbangan menjalar dalam raga jantung kalsom kerana kasih sayang yang tinggi kepada Rogayah dan kerana hanya Rogayahlah satu satunya hasil tinggalan suaminya Baharum yang pergi lama dahulu selepas demam panas yang hinggap ke batang tubuhnya tak usai usai.

2.
Jam lewat 12 malam Tina masih tega di depan TV 32 incinya. Samad lakinya masih entah dimana, barangkali masih berada di rumah YB kerana menjelang pemilihan bahagian segalanya harus di atur. Tina yakin kepada Samad bukan hanya kerana Samad lelaki bertatasusila, bahkan Samad bakal menjadi...insyaAllah YB jika YB Mat Lela terpaksa ke Parlimen. Orang orang di cawangan, semua cawangan harus di atur mengikut susurgalur yang wajar biar nanti tidak ada kekangan yang kuat yang mampu membantutkan cita cita.

Tina sangat bersyukur kerana punya suami spt Samad, apalah lagi yang diinginkan perempuan selain punya suami yg berjaya dan dapat menumpang kejayaan itu, rantai berlian tidak ada apa, kemewahan hanya sementara, kasihsayanglah yang melorongkan hidup untuk bertemu sinar bahagia.

Tiba tiba Tina teringat sesuatu, di manakah Shiela?, anak gadis mekar dan kekarnya. Tidak apalah, Shiela sudah 18 tahun hidup, beliau tentu dapat membezakan baikburuk apa apa yang di hadapannya. Tina kemudian mencapai remote Astronya, Channel MTV kemudian menayangkan klip video perempuan berkulit hitam memakai bikini mandi duduk di bar yang menghadap pantai.

3.
Peredaran masa jelas membezakan Kalsom dan Tina, tidak hairan ketika aku membaca satu ruangan berita di NST beberapa hari lalu kadar kes rogol meningkat dari tahun ke tahun, untuk Jan-oct 2003, jumlah kes rogol yg dilaporkan sebanyak 1,256 cases dan untuk jan-oct 2004 jumlahnya meningkat menjadi 1,462 cases, untuk kes pembunuhan pula bagi jangkamasa yang sama pada 2003 sebanyak 451 dan 2004 sebanyak 481.

Bimbanglah kepada anak anak kita, anak anak buah kita, adik adik kita, anak anak jiran kita, bimbangkan mereka. Letakkan perisai di dalam jiwa mereka untuk bertahan dengan apajua godaan dunia masakini.

rencana ini di sumbangkan oleh LOPPIESS atas sifat kepedulian sosialnya. Ia bukan ocehan mabuk seninya dan bukan di tulisnya di atas awan, ia di tulis lewat keresahannya kerana penduduk kampung telah kematian Pak Duli.

130369 | posted by loppiess at 13:40 | 1 comments

Sunday, December 5, 2004

130265 | posted by loppiess at 16:19 | 0 comments

loppiess dalam episode yang berikutnya

Pak Duli telah mati !, benarkah Pak Duli sudah mati?, benarkah itu Din?, benarkah itu Siah? Baharom benarkah Pak Duli sudah mati?, wahai Embong Mamat, benarkah Pak Duli sudah mati? benarkah Pak Duli telah tiada?, benarkah rohnya telah keluar dari jasadnya seperti burung yang keluar dari sangkar dan kemudian terus terbang ke langit?, benarkah Long, Pak duli telah pergi? benarkah Atan yang Pak Duli telah meninggalkan kita?

Benar memang Pak Duli telah tiada lagi, samaada Pak Duli telah mati dan rohnya terbang melayah ke angkasaraya atau Pak duli telah ghaib begitu saja hingga tapak kaki terakhirnya pun turut ghaib. Yang pasti Pak Duli telah tiada, aku ulangi, Pak Duli memang telah tiada, terpulang untuk sesiapa mentafsir.

Demikian semenjak Pak Duli hilang, yang tinggal cuma desir desir angin yang mengusir daun daun dari satu ranting ke ranting yang
lain sebelum jatuh ke dahan dan kemudian bersemadi di tanah.

Semuanya menjadi kian lompang.

Akuarium ku seolah penjara Abu Gharib

Dulu, kira kira setahun yang lalu berita cikgu Suri akan berpindah ke Sabah sedikit memberi kejutan juga, selesai menghabiskan sarjananya, sudah begitu muak barangkali untuk menjadi cikgu, mungkin mahu pula menjadi pensyarah, desakkan itu wujud kerana faktor usia, jika tidak di sambut peluang menjadi pensyarah, takut akan menjadi cikgu sekolahlah sehingga pencen jika peluang ke jabatan pendidikkan tidak timbul di permukaan. Kejutan berita perpindahan itu hanyalah hakikat yang aku akan kehilangan seorang jiran yang baik. Dalam sibuk berita perpindahan yang mendadak itu kami para jiran berpakat masak dan mengadakan jamuan perpisahan yang kecil untuk cikgu Suri & keluarga,

Perginya jiran kami itu ke Sabah memulakan episod persahabatanku dengan 3 ekor flower horn yang terpaksa mereka tinggalkan. Aku mengambil alih memelihara flower horn tersebut. Aku memaksa diriku untuk menyukai mereka, memberi mereka makanan yang enak enak, membersihkan akuarium selang seminggu, membubuh ubat jika mereka enggan makan atau banyak termenung, berborak borak dengan mereka, bercerita tentang ikan bandaraya yang pelahap dan hodoh. Jelaslah aku belajar menyukai mereka.

Kasih sayang mana bisa di paksakan. Sekian akuarium itu aku cantikkan dengan rumpun rumpun di dasarnya dan batu batu putih dan kelabu berkilat namun kasihsayang itu tidak jua timbul. hari demi hari aku melihat flower horn itu melihat keluar akuariumnya dengan pandangan yang begitu kosong, kesan dari rasa bosan keterlaluan jelas terpancar dimatanya. Begitu sempit kehidupan ini bilamana ruang untuk bergerak sangat terbatas dan hidup dihadapan tiada apa apa pengharapan kecuali menunggu saat nyawa dicabut.

Hari demi hari dan bulan berganti bulan, kekosongan jiwa dan kebosanan sekian memberi tekanan pada mereka. Kalaupun tidak di siksa seperti tahanan Abu Gharib tetapi siksaan mental itu barangkali lebih memedihkan, kalau bisa di tulis sajak, himpunan sajak itu akan bisa mengelapkan awan lalu hujan atau memberhentikan burung terbang seperti juga memberhentikan puing angin dan alir sungai. demikian kekosongan itu mengheret mereka kepada kekesalan mangapa dilahirkan ke dunia dalam bentuk kehidupan di sel kecil, sempit dan penuh hilai tawa mengejek ini.

demikian simpatiku mengalir atas nama kepedulian sosialku, tanggungjawab dan demi kuasa yang ku pegang kemudian pada satu petang yang tergesa gesa aku pun membuat keputusan yang mereka harus di lepaskan. samada ke sungai atau ke kolam, samada ke lombong atau ke perigi, yang pasti mereka harus berdepan dengan dunia yang luas ini agar mereka tahu yang dunia bukan cuma sebuah sel sempit tetapi sebuah dunia yang luasnya gegak gempita.

Usop terhegeh hegeh datang memberitahuku yang flower horn tidak boleh di lepaskan semborono kerana ia species ganas!, wahhh engkau Usop bila pulak engkau pandai menilai makna keganasan itu? engkau sembelih ayam untuk di gulai itu tidak ganas? heii kawan, keganasan itu adalah kita, dimana mana, bila bila masa!

Kini akuariumku di huni oleh ikan mas yang berwarna hitam. terkedek kedek ke atas ke bawah, ada juga ikan mas berwarna emas, ada ikan koi berwarna kelabu+putih+oren+hitam, ada rumpai rumpai baru dan batu batu dari jeram.

Ketika azan maghrib bertemali di atas pohon pohon kayu dan tiang tiang lampu di padang, aku masih asyik dengan si hitam yang terkedek kedek, hidup berjalan terus tak henti henti.

130240 | posted by loppiess at 9:38 | 0 comments

Saturday, December 4, 2004


ketika bening pagi, kampung sungguh sunyi,
yang ada adalah kabus, kokok ayam dan rindu.

130182 | posted by loppiess at 11:21 | 2 comments

monolog tersedar ketika matahari telah tinggi

Entah kepada siapa yang sebenarnya untuk aku meminta maaf kerana 'di sini loppiess' sekian lamanya terbiar, kaku dan dingin, seperti adakalanya bagai sebuah rumah kosong yang tidak berpenghuni, kalau ada pun riuh cuma daun pintu yg terbuka dan terkatup di tiup angin. Para pelalu lalang tertanya tanya barangkali kemanakah penghuni rumah ini?....lalu aku meminta maaf kepada semua, kepada Siti, kepada Rainbow, kepada Jangnoes dan kepada sesiapa pun yang lalu lalang, semenjak ramadan aku bagai hilang dan sempena syawal yg masih berbaki ini ,aku, seorang loppiess minta izin di ampunkan jika lewat tulisan ku yang semborono ini memungkinkan rasa gundah bertamu, demikian aku tidak menyimpan apa apa rasa kepada semuanya selain rasa berkomuniti, rasa sayang walaupun kita tidak pernah melihat mata atau warna baju masing masing, cukup hanya dengan hormat dan rasa 'perlu'.

Adakalanya bila memandu pulang dari kerja atau ketika mata enggan terpejam ketika malam telah larut, banyaklah datang cerita cerita yang rasanya mahu di tulis, dikongsi dengan sahabat2 pelalu lalang di daerah danchan ini, mahu di tulis derita yang bertaburan di Falujah, mahu di tulis para belia yang terus mati di Acheh, mahu di tulis para taliban yang nyawanya lebih murah dari nyawa seekor unta, mahu di tulis tentang para lelaki yang di susun di dalam trak seperti menyusun daun tembakau bertindih tindih. mahu di tulis tentang para lelaki yang di sembelih saban hari di grozny, rasanya bagai semua mahu di tulis, ditulis walau tidak dibaca sesiapa kerana aku bagai puas jika sebahagian rasa gundah ku ini aku lepaskan di daerah danchan ini.

Terlalu banyak sebenarnya untuk di tulis, kerana bahan penulisan tersebut lahir setiap minit dan pohon di ulas, dan kita pun mengulasnya dari kacamata kita, mohon orang bersetuju pula kerana persetujuan mereka adalah cap mohor kepada kebenaran pandangan kita. demikian pengulangan itu berterusan.

Cuma demikian payahnya aku ini untuk menyimpan sedikit masa untuk bergulat dengan perasaan, demkian rupa rupanya kita tidak boleh memberikan mahu kita dengan berwenang, ada beberapa ketentuan lagi yang dikuasai oleh malas, bingung dan termanggu.
wahh....terlalu banyak faktor penentu untuk berjalan.

130176 | posted by loppiess at 9:52 | 1 comments