home
login::signup
we::blog

DI SINI LOPPIESS

I must down to the seas again, to the lonely sea and the sky,  
And all I ask is a tall ship and a star to steer her by,  
And the wheel’s kick and the wind’s song, and the white sail’s shaking,  
And a grey mist on the sea’s face and a grey dawn breaking.  
Sea-Fever by John Masefield (1878 – 1967) 
 
 
email: 
zamlope@yahoo.com

last modified Mar 5, 2008 at 16:05


Friday, February 27, 2004

desas pemilu

mahu atau tidak mahu musim pemilu akan datang semula dalam masa yang begitu singkat bermula beberapa hari lalu. kalau kau tak mahu, ia datang juga dan kalau kau nantikan, ia datang juga. ia tentu dinantikan oleh para pencacai atau si tukang yang dicacai. ia di nantikan oleh pengembala kebenaran barangkali atau di nantikan oleh orang orang punya agenda untuk mencapai awan kalau bukan langit. kebobrokkannya adalah lebih dari kebaikkannya. ia membenamkan keris sengketa untuk si bodoh yang kuat melatah. ada juga si bijak yang berupa kancil yang comel tetapi dia adalah serigala yang bertaring seratus.

si tukang mimpi menganyam mimpinya untuk menjadi tikar terbang buat mencapai gunung tinggi. si hamba kebenaran tersepit berduka kerana suara telah di bisukan lewat pintu pintu media yang terkatup rapat. menangislah kau hatta mengalir air mata berwarna merah tidak akan dipedulikan sesiapa kerana si peniaga itu dacingnya adalah dacing tipu.

mari mengundi

marilah mengundi abang abang kakak kakak
pangkah dan masukkan ke tong yang hak
yang kau pangkah adalah maruah
kau memangkah memangku amanah

pangkahlah bila kau berfikir
karana ini ibadah untuk tanahair
jangan kau tergoda pada ayat si mungkir
musim pemilu hanya waktu ia mampir

mari mengundi untuk tanah ibupertiwi
cantas si gomblok yang menyanyi lagu polos
anak anak yang kecil menanti matahari pagi
yang membuatkan mereka lorong untuk berlari

pangkah jangan tak pangkah
menangkan kebenaran bunuh kebatilan
diakhirat mungkin akan ada pertanyaan
salah benar siapa yang kau naikkan.

loppiess. kelana jaya

92209 | posted by loppiess at 18:53 | 0 comments

Thursday, February 26, 2004

mekong - petronas gallery KLCC

sebenarnya begitu lama aku tidak dapat bercanda dengan lukisan lukisan water colour, tidak dapat berheboh dengan untai warnanya, tidak dapat menari dengan ombak awan bertaburan dan tidak dapat menyelam kedalam sungai sungainya yang mengalir dicelah batu batu atau di jeti para nelayannya yang lelah di hunjam gurau laut.

telah lama bermaksud telah sekian waktunya semenjak aku bersenggama dgn karya karya abd ghani ahmad di balai NST bangsar lewat setahun dulu barangkali.

ketika ketemu mekong bila aku terdetik pada lewat satu tengahari yang pijar aku kembali berada dalam roh para lukisan yang membawaku kembali membuka hijab tirai rindu pada warna warna, brush brush ku yg tersimpan elok di kabinet dapur, pada papan nya, pada colour colour ku, pada landscape alam buana yang menarik narik ku seraya berkata "ayuhlah loppiess, tarikan semula getar rasa mabuk seni mu, jangan kau asyik berpuisi kerana warna warna itu meraung raung setiap saat minta kau terjemahkan ia menjadi sawah, menjadi sungai, menjadi perahu, menjadi danau atau menjadi awan".

mekong

wahh lelah air mu
gadis gadis melepas celana
ketika gurau petang nan rambang
jatuhlah rembulan ke muka mu
lembut riak ketika burung mandi
perahu perahu mudik
membawa mahu kepada hari
kehidupan berpusing setiap pamit malam.

mekong,
lelah air mu membawa derita
biar semua payah beransur pergi
walau gembira hanya cebis mimpi
tidak apa kerana
cinta datang berpaut di sisi.

loppiess.kelana jaya.

92021 | posted by loppiess at 21:45 | 2 comments

Wednesday, February 25, 2004

aku, kota dan LRT

sabannya bila harus berulangalik atau semborono berjalan dibawah naung kota aku lebih santai jika mengunakan LRT. kerana jam akan menjadi tepat bilamana tiada lampu isyarat membataskan perjalanan, tiada lampu merah yang bisa mengalirkan amarah, tiada muda mudi bermotosikal yang mahu menjadi superman, tiada juga asap yang berhimpun segala racun buat menghitamkan paru paru.

tetapi yang tidak wajarnya ialah muda mudi di dalam LRT. lagaknya ada ketika bagai benar benar mahu bersetubuh disitu juga jika boleh.

Di dalam keretapi ringan ibukota

disini barangkali zon berkucup atau
melampias ingin yang terbakar
si tua hanya patung buruk yang
tiada segan tiada kesan

dari stesyen ke stesyen
atau diatas platform dibawah tangga barangkali
di ruang lif atau escalator
di mesin tiket atau dikolong jejantas tidak peduli

aku kota dan LRT
hidup sebagai angin dan pohon
akar kemudian sungai dan matahari
adalah nafas masa yg tergesa gesa

didalam keretapi ringan ibukota
aku menjadi manusia walang tertinggal zamannya

loppiess. kuala lumpur.

91701 | posted by loppiess at 8:33 | 0 comments

Tuesday, February 24, 2004

haniff

aku jumpa haniff pada satu petang selepas asar di penthouse haji.
kemana mana haniff memakai songkok ala raihan. di dahi haniff ada tersimpan desak sejadah. haniff adalah karkun muda yang sangat lurus, haniff berkelulusan bio dan mengajar di PK.

dari jendela penthouse haji adalah wajah kolam renang yang biru, pohon kelapa. haniff tidak samasekali melihat ke arah kolam, kerana dikolam perempuan2 memakai pakaian bebas lepas, tidak peduli, tidak ada sempadan.

Seorang Rakan

dialah seorang rakan
yang menyembunyikan mahunya
dibalik baju iman
ia melusuhkan nafsunya menjadi longlai
tak berdaya
ia lelaki yang membasahkan lidahnya dengan
namaNya tak henti henti bersambung
seperti nafas menghela
dia memanjangkan malam yang lewat
dia tak henti henti menjadi kecil
dalam besar gah dunia yang
bergetar.

dari pintu ke pintu ia menjual wajah
menyampai pesan untuk kamu
mahu menjadi apa?

dia seorang rakan
ketika aku dimana mana.

loppiess.kelana jaya.

91521 | posted by loppiess at 9:49 | 0 comments

Monday, February 23, 2004

duduk di pinggir taman

duduk disini adalah duduk untuk menemani mataku dan mindaku berkawan kawan dengan ketenangan dan hijau bunga bunga, berkawan dengan angin yang longlai dan daun daun yang gugur dari pohon pohon yang rendang yang berbaris baris dilereng bukit yang berliku-liku ini. udara yang dingin masuk tanpa silu ke hela nafasku, menerawang kejuring jantungku dan keluar semula dan naik kekolong langit sebelum berhimpun untuk menjadi awan nan gelap buat diturunkan semula menjadi hujan yg rintik rintik barangkali atau menjadi hujan yang riuh dan ribut yang terlerai.

duduk di pinggir taman adalah duduk kaki ku yang kubiarkan sahaja lepas bebas seperti tangan ku yang tak ku pedulikan seperti telinggaku yang mendengar lirih angin seperti mulutku yang melepaskan sendi sendi dibibirku. bercanda dengan fikiran yang menerawang dan jangan pedulikan keluh kesah jika ada kerana duduk disini adalah duduk santai yang kau tak ketemui selalu.

duduklah disini dan biarkan waktu berjalan kerana sesekali kau harus duduk sebentar dan kembali kepada diri untuk mulakan semula mentafsir hidup yang penuh keajaiban ini hasil dari ciptaan Allah yang mengalirkan udara saban saat utk kita bernafas dan itu tidak pernah disebut.

duduklah disini melepaskan lelah yang berpaut pada seribu duri yang mengekori atau mimpi mimpi silam yang hitam yang tak sempat kau fikirkan bila engkau tidak ada disini kerana deru hidup yang laju selalunya tidak membenarkan engkau berwenang wenang duduk disini untuk mentafsir.

aku selalu duduk disini kerana sebentar disini adalah setahun rehat dari gawat minda.

91296 | posted by loppiess at 9:11 | 2 comments

malam tahun baru

tahun demi tahun datang dan pamit, kemudian datang semula dan pergi, datang dan pergi kemudian datang semula dan pergi, pusingan itu tak pernah berakhir. putaran itu juga membawa umurku pergi hari demi hari, daripada budak kemudian aku menjadi lelaki dewasa.

lelaki yang punya fikiran.

orang orang yg mengintai dijendela hari

orang orang yang mengintai di jendela hari adalah
orang orang yang takut kehilangan dirinya dibawa arus masa
adalah orang orang kesiangan kerana asyik mimpi
yang memberi jalan konon hikayat si tolol
adalah kitab rukun buat pegangan si abid.

aku menangis tersedu sedu ketika
si walang itu dan sebakul dukanya
di talkinkan oleh hidupnya yang singkat..!!

zamlope.kelana jaya.

91292 | posted by loppiess at 8:55 | 0 comments

Sunday, February 22, 2004

sajak orang orang tertinggal

orang orang tertinggal adalah
orang orang yang tak berjalan
orang orang yang lewat barangkali atau
orang orang yang tak berdaya
orang orang yang tak sedar atau
orang orang yang tertidur atau
orang orang yang mengelamun dan
orang orang yang minda telah kosong

orang orang yang tertinggal adalah
orang orang yang dibelakang kerana
orang orang yang tidak bergerak
orang orang yang jumud atau
orang orang yang tidak punya cita cita

orang orang yang tertinggal adalah kita
orang orang yang bermain dengan mimpi sedang
orang orang punya cita adalah
orang orang yang dihadapan.

loppiess. kelana jaya.

91183 | posted by loppiess at 18:13 | 0 comments

jogging

setelah lima petang aku tidak berjogging akhirnya niat ku tercapai petang tadi. kembali semula ke denai bukit hutan taman rakyat, dari jln lingkungan sri sedeli kemudian membelok ke tebing dan berlari hingga ke kandang kuda MPK. mendaki bukit yang panjang dan melepas lelah di atas peak dan dari sana kita akan nampak masjid rahimiah yang cantik dan tanah perkuburan yg berbaris baris panjang. itulah bukit yg tertinggi, kalau cuaca baik kita juga akan nampak crane crane yg tegak berpacakkan nun jauh di pelabuhan barat di pulau indah sana. berlari di lereng bukit, bersambung semula kedenai hutan berikutnya dan keluar ke taman dan padang serta kolam yang luas disebelah balai bomba. pumping 20 kali dan balik, ketika aku menulis ini, kaki ku gatal gatal kerana nyamuk yang lapar didalam gelap dibawah meja komputer ku.

puisi buat beberapa ekor nyamuk

duhai nyamuk,
kaki ku yang terhidang adakah,
buat lerai laparmu
kerana aku tidak pernah rela
walaupun jika itu adalah pahala,

mahu kita menyala siang dan malam
kerana nafsu kita bernyawa siang dan malam.
demikianlah bisikkan yang tak lepas lepas.

loppiess, kelana jaya.

91108 | posted by loppiess at 7:31 | 0 comments

kisah semalam

aku sangat penat malam tadi, selepas insyak mata kemudian tak ingin bertolakansur lagi. semalam sebenarnya adalah hari yang mungkin sangat penuh dan menghasilkan letih bertalu talu.

aku sampai ke jalan kovil ulu pada pukul 12:30 tgh. aku meletakan kereta ku berhampiran pagar dan sebatang pohon rendang. makan char kuew tiaw dan tea o ais, ketika jam 0130 aku bergegas ke sek la salle, suraunya dikunci kerana bukan hari persekolahan.

bangunan methodist boys school kelihatan sangat uzur, mungkin pertelingkahan jawatankuasa pengurusan sekolah dgn kementerian menghasil bangunan yg muram dan seolah tidak dipedulikan. tetapi suraunya besar dan selesa. aku sembvahyang zohor dua kali kerana sembahyang yg pertama tersalah kiblat. aku pun sembahyang kali kedua kerana kebetulan jam baru 2 ptg, ada setengah jam lagi utk ke dewan peperiksaan.

setelah menjawap semua kertas peperiksaan, insyaAllah lulus.

aku sampai semula kerumah pada 0515 ptg dan di sepanjang federal highway hujan jatuh bertalu talu bagai sebulan tak turun, niat utk berjogging petang ini ditangguhkan.

malam ada konsert ella di TV, seisi rumah agak berminat tetapi aku telah melunjurkan kaki untuk tidurku yang entah ke berapa juta kali.

selamat malam kepada dunia, semuga Allah menjauhkan aku dari ujian yg besar besar yg mana mungkin aku tidak berapa terdaya memikulnya.

91107 | posted by loppiess at 7:19 | 0 comments

Friday, February 20, 2004

malam yang seterusnya ( masa terus datang dan pamit )

kami baru sahaja selesai meeting pada pukul 11:30 mlm. ia berkisar tentang bagaimana mahu keluar dari esak dan gundah. banglo hj telah benar benar kelam dan salakan anjing dari rumah jiran2 chinanya bagai cerita hantu baru bermula. seusai meeting kami dihidangkan mee hon dan nasi himpit oleh hajjah.

yang hadir: Azmi, sigemok dari pulau, berkelulusan finance dari liverpool, seorang yang lepas bebas, proaktif dan konservatif, tidak hipokrit samasekali, tetapi semenjak dia memilih utk mengambil VSS, kerjanya hanya menjaga anak dan isterinya bertugas sebagai guru.

Rosli dari kapar, berkelulusan sarjana sains dari universiti utah, tinggi dan rambutnya keriting, janggutnya nipis dan misainya kelihatan agak keras.

johari dari telok, berkelulusan USM dan amat terpengaruh dengan teori robert kiyosaki.

haniff, berkelulusan dalam bio entah dari universiti mana, karkun dan sebagaimana karkun, beliau seorang peramah, merendah diri dan aku bercadang utk bersamanya ke sri petaling pada malam minggu satu masa nanti.

polis, aku hanya tahu kerjanya tapi tidak tahu jawatan apa, dia kelihatan polis yang peramah, bukan seperti rahim noor, orang yang membelasah sdr anwar.

rasdi, janggutnya juga seperti karkun, aku masih tak kenal.

uztaz, tak kenal, yg aku tahu dia bekerja swasta dan malam malam punya puluhan murid mengaji al-quran.

kawan si uztaz, tak kenal samasekali.

lain lain adalah hj dan hajjah dan dua anak dara haji.

ketika aku menulis ini haribulan telah pun bertukar, esok jam 12 tgh aku akan menghadiri exam di methodist boys school sentul, kl dan aku masih tak study.

malam terus merangkak, kesepian malam sungguh menjadikan aku kembali pada diri ku, selamat malam, selepas solat nanti aku akan tidur, ya Allah, jadiakan diri ku sebagai sebahagian umatMu

90801 | posted by loppiess at 9:03 | 0 comments

Thursday, February 19, 2004

malam yg seterusnya

panas yang berpesta pada siang hari ini telah bersambung ketika jam dinding rumah ku menunjuk pada angka 12 pm. hari ini aku akan sedikit keluar dari mabuk seni ku bila menulis, ia akan menjadi cerita nyata yang terang dan kelihatan hodoh.

Pak Ya menelefon ku pada jam 10 pg untuk proceed dgn exam FTUTM, tarikh yg terdahulu telah terbatal kerana exam general insurance jatuh pada hari yg sama dan jam yang sama.

perkenalan kami telah menjangkau 3 bulan, pun aku masih gagal mentafsir Pak Ya ini kerana dirinya tersembunyi dari gerakkan2 yg akan memberi ruang kepada manusia lain untuk membuat tanggappan. Pak Ya dan isterinya merupakan champion sales utk 2003. Dahinya ada lebam tikar sejadah. Dia menulis dgn tangan kanannya dimana sikunya akan terangkat tinggi ketika dia menulis, dia seorang yang perlahan dan barangkali ( aku menyatakan barangkali ) dia seorang lelaki yg punya cerita masa lalu yang pelbagai, dia menuturkan kata kata dgn perlahan, jelas dan yg perlu saja.

ketika aku menulis ini, orang orang dirumah ku telah pun jauh dibuai alam tidurnya. malam yang letih barangkali kerana siang mereka penuh duty yg tak pernah selesai. Selagi nafas masih bertamu memang kerja tidak pernah akan selesai, cuma aku berharap kepada diri aku sendiri dan kepada seisi rumahku, kepada juga orang2 diluar sana agar dalam gegas hidup, jgn lupa solat 5 waktu kerana ketika solat itu kita berkomunikasi dgn Allah, ia penyataan penuh pasrah dimana panas akan ketepi seperti pantai yang kembali surut setelah direjam ombak ketika air pasang bermula. selamat malam kepada malam ini, moga malam yg gelap bukan manifestasi kepada warna hidupku.

90601 | posted by loppiess at 8:44 | 0 comments

Wednesday, February 18, 2004

syarat yang keseratus

jangan kau mundar mandir disekeliling nyawamu
kerana hidup punya syarat guna menampung akal lelahmu
bukan mudah mudah aje mamacu bagai memacu kuda
atau memacu perempuan si ladang tani mu
kehidupan adalah perjalanan yang sebentar
kapan aja si pencabut nyawa datang seperti
janjimu ketika kau berselimut tembuni

kita punya syarat yang keseratus barangkali
untuk bagaimana mengemudi diri
marilah masuk semula ke rongga gua
menjahit juring jiwa nan luka
oleh perang antara mahu atau hikayat si tolol
yang mengelamun.

loppiess.

90346 | posted by loppiess at 8:49 | 0 comments

malam yg berikutnya

siang yg lelah tetap juga di pacu dalam gejolak persengketaan antara kemahuan dan kewajiban. Panas tidak lama setelah beberapa hari yg lalu menabir ruang dikiri kanan ku, panas kemudian pamit dan hujan yg rintik rintik mula turun setitik setitik bagai gadis sunti yg malu malu, dikolong langit, awan hitam yang sarat menampung tangis dan duka bagai perempuan yg akan melahirkan bila bila masa sahaja. dari setitik setitik kemudian hujan mula turun dua, tiga, empat dan lapan titik, kemudian ia menjadi seratus titik lalu pada sela jarum saat yang juga lelah bergerak, hujan turun bagai tidak mampu ditampung, berbondong menjadi riuk gegak gempita, sekelian rumput yg layu dan kuning berpesta ria riuhnya bersambung sambung diantara dahan pohon kayu, rumpai dan lumut, bunga bunga dan banir, urat dan sekian putik tumbuh tumbuhan menjerit bergegar wahhh musim hujan tiba lagi maka sekelian hidupan yg sekian waktunya menunggu, menunggu akhirnya sampai pada satu station pusingan hidup kembali bermula!!

90345 | posted by loppiess at 8:37 | 0 comments

Tuesday, February 17, 2004

musim marahku yang memijar

demikian marahku yang memijar
pada satu tengahari selepas zohor pamit
ia adalah sebongkah lahar yang mengalir
membakar segala

ketika kebakaran itu selesai
yang tinggal hanya aku
yang sedang membina hijab
dengan-Mu

loppiess. kelana jaya.

90174 | posted by loppiess at 10:43 | 1 comments

malam ini

malam ini adalah manifestasi mimpi
buat riuh yang tertidur dibangku pangkin
sembahyang yang panjang dan air wuduk
menghijrahkan aku ke dunia lain
tingkap telah lama terkatup dari intai gelap
malam nan hitam adalah lukisan buat
para marhaen yang longlai
dipalu nafsunya.

loppiess. Kelana Jaya

90173 | posted by loppiess at 10:38 | 0 comments

Malam telah jauh tetapi aku masih hidup dan segar. siang yang pijar dan tidur yang tidak bagus membuahkan letih dan tiada mood. semenjak berhenti merokok ini terasa ada sahabat karib yang telah pergi. kekosongan adakalanya seperti malam ini yang dingin mendodoiku melukis sepi. tetapi ada sesuatu yang indah bila malam begini jauh, keindahan itu adalah rasa keseorangan aku setelah siang penuh dengan jerit pekik kehidupan.

90171 | posted by loppiess at 10:30 | 0 comments