|
DI SINI LOPPIESS
I must down to the seas again, to the lonely sea and the sky, And all I ask is a tall ship and a star to steer her by, And the wheel’s kick and the wind’s song, and the white sail’s shaking, And a grey mist on the sea’s face and a grey dawn breaking. Sea-Fever by John Masefield (1878 – 1967) email: zamlope@yahoo.com
last modified Mar 5, 2008 at 16:05
aku cuba juga menulis ketika ini walau ada desakkan desakkan kecil mahu aku tidak menulis dan shutdown kan saja komputer ini. bisikkan itu barangkali datang dari kipas yang riuh berpusing di atas ubun ubun ku, atau ia datang dari angin yang bertiup berbondong bondong yang menjungkirbalikkan habuk habuk atau bisikkan bisikkan itu datang dan pamit menumpang hela nafasku hasil lelah yang di dodoi oleh saraf dan otot otot ku, ahh dari mana pun datangnya bisikkan bisikkan mohon aku berhenti saja menulis ketika ini yang jelas aku tidak peduli. datanglah dengan riuh mohon aku menumpang malam dengan rehat yang panjang sambil melurus kaki di atas sofa, tidak dengan mudah aku dipujuk! keyboard dengan berahi marahnya memandang padaku seraya menjerit, berhentilah loppiess, begitu juga tetikus, himpunan huruf dan nombor juga menjerit " sudah loppiess!", sudah..sudah..sudah, demikian jeritan jeritan itu kemudian di sahut oleh monitor dan cpu, pen pen dan juga ruler, buku buku dan telefon bimbit, sudah..sudah..sudah disambut pula oleh fail fail dan juga penembuk lubang, lampu meja dan kelendar, sudah..sudah..sudah jeritan bersambung oleh flower horn dan deretan kasut, tiba tiba jeritan yg maha kuat berdentum..........sudahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, aku mencari dimanakah datangnya jeritan itu? rupa rupanya ia datang dari hatiku, sukmaku, kalbuku. wahhh... perbalahan bukan saja berlaku antara anggota badanku dengan mereka yang diluar badanku, malah sengketa itu telah merebak didalam jasadku, diantara hatiku dan jari-jariku, diantara mataku dan lenganku, diantara paru paruku dan kuku ku, demikian keadaan bertambah parah.
pertelingkahan demi pertelingkahan berlaku disekitar ku dan di dalam diriku. aku akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti seketika, mengambil cuti dan berangkat meninggalkan lembah klang ini untuk barang lapan ke sepuluh hari. tinggalkan lelah kerja dan tinggalkan asap asap, memulakan happy journey dari KL ke Kelantan, kembali ke chalet chalet pesisir pantai laut china selatan, turun ke kuala t'ganu, chalet pak engku, santai di merchang, bergurau dengan ombak di cherating, lelap di balok dan pantai batu hitam, bercanda di teluk cempedak, turun ke mersing kembali pada alam di desaru, lelah tersandar di tanjung piai, penat terlepas di teluk kemang, santai dikelong bagan lalang.
jumpa lagi.
joe dan penghulu sudah 3 hari sms untuk pekena tea di tempat biasa tapi aku masih tidak punya masa. seusai meeting di bangsar jam telah pukul 11 malam.
dari pukul 6 pagi kemudian jam bertukar ke angka 12 malam aku masih bergerak, bercakap, berfikir dan melihat.
tidurku kemudian di datangi debur ombak laut china selatan, pantainya yang putih dan daun nyiurnya yang melambai.
saraf saraf dan otot otot ku berbisik.....sudahlah!!
beberapa siri manusia hilang kemanusiaan datang setiap hari atau barangkali setiap saat. setiap detik atau setiap hun ada saja manusia kehilangan kemanusiaannya. kehilangan kemanusiaan bukan bagai hilang sebiji guli tetapi kehilangan kemanusiaan ialah kehilangan segala galanya. hilang kalbunya, hilang kasihnya, hilang warasnya, hilang pandangannya kalau bukan hilang matanya, hilang pendengarannya kalau bukan hilang telinganya, hilang cintanya, hilang tenangnya, hilang dambanya, hilang Tuhannya, hilang santai, hilang rehat, hilang kawan, hilang pegangan, hilang tujuan, hilang jalannya, hilang hilang hilang..........hilang dirinya!
sama saja nirmala atau banduan abu gharib, pembonceng motor di pattani atau yakkob yang menajamkan buluh menjadi runcing di maluku. sama saja ceritanya pengantin baru di karbala atau si anak gadis comel di rafah. sama saja !
puisi rasa
bisa hilangkah cinta dilidah atau dimata bisa hilangkah kasih dari tasik kalbu bisa hilangkah rasa dari timbangtara bisa padamkah sayang dari hati dari wujud diri
ooh malam yang panjang nyala duka bersambung dari sirna cahaya gulita jalan tak tertahan sesat dalam kelam hilang lorong tak ketemu sesat dalam waktu
ooh Tuhan, langitku berikan cinta udaraku berikan kasih tanahku berikan sayang
buatku melangkah menongkah lelah.
loppiess.kelanajaya
Yahaya baru saja menghembuskan asap rokoknya yang kedelapanbelas juta. asap yang pada mulanya bertapa dihujung rokoknya yang marak kemudian disedutnya melalui mulut melalui penapis yang nipis dan asap itu kemudian berlari masuk kebatang lehernya, melewati saraf saraf yang berselirat dan kemudian sampai keparu parunya yang bergerak gerak seperti daging kerbau yang baru disembelih. puas..!!, nikmat, atau bahasa yang paling sesuai ialah kemuncak pada kepuasan hasil dari apa apa kejayaan atau perlakuan..! kemudian setelah beberapa waktu asap asap itu berpuing puing bagai telah tiada arah yang jelas untuk dituju, sebahagiannya kemudian bertolak tolakkan ingin keluar semula melalui jalan yang sama barangkali atau jalan yang lain yang berhampiran, kemudian mana mana yang berjaya ketemu jalan keluar turut menyertai sebahagian lagi asap yang memang tidak sampai keparu paru dan mereka berbondong bondong di hembus keluar oleh dengus yahaya melalui lantai lidahnya yang basah dan juring giginya yang kuning. dan asap asap yang keluar itu bebas pula meracuni segelintir hidupan dikiri kanan yahaya, ini termasuk pokok pokok renek, bayi bayi yang mongel, para semut yang beratus di dinding, malah juga para lalat dan nyamuk, apatah lagi orang orang lelaki dan perempuan dewasa yang tengah berdiri berkata kata sesama mereka tentang harga saham yang turun dibawah paras 800 mata.
asap asap yang keluar setiap kali dengus yahaya berkumandang silih berganti menerawang ruang angkasa lalu berjumpa teman mereka yang keluar dari juring ekzos bas, motosikal, kereta, lori satu tan, steam roll, vespa, van dan dari chimney atau corong yang tertunjang keluar dari atap kilang, percampuran mereka dari berbagai sumber wahh, menghasilkan pesta pula diudara dan angkasaraya, penyatuan mereka terus masuk melalui nafas para hidupan yang melata dan keluar semula dari berbagai arah. masuk dan keluar, masuk dan keluar, masuk dan keluar sebebas bebasnya tiada siapa yang menghalang sebelum mereka naik ke kolong langit barangkali dibawa angin untuk menjadi awan dan hujan.
seperti yahaya dan semut semut itu aku turut berpesta. mak, kalau saya punya duit satu juta, saya ingin berhenti kerja saja, duduk dgn mak dikampung, apalagi mak dah tua dan baru balik dari umrah, solat subuh disurau ketika bunyi tabuh mengimbau, kokokkan ayam, atau melukis sebebas bebasnya tanpa ada jadual. mandi hujan atau ke jeram tengkek membiarkan tubuh dipalu air terjun, pergi kehutan mengikut si amat buai mengintai lebah atau landak raya. duduk bermanai. tiada asap yang banyak dan tiada racun yang bersatu. kalau ada pun cuma asap mak membakar sampah daun nyior.
saya boleh bernafas sepuas puasnya ketika masih boleh melakukannya.
kebelakangan ini panas sangat memijar. panas siang yang mencucuk tersimpan di dinding rumah yang bila kala malam tiba panas itu keluar menghuni ruang bilik. ketika malam larut dihuni oleh panas yang pijar dan hamis tersebut menghasilkan tidur yang engkar dan mimpi tidak mahu bertamu.
dikala siang panjang dihuni oleh hanya langit yang biru, awan entah dimana hilang, panahan matahari memang hinggap keubun ubun. memang telah beberapa hari panas yang tak usai usai siang malam ini menghuni alam, malas dan rimas datang bertanya jika mahu dikongsi?
minumlah air kosong banyak banyak!
kalau mahu menunggu hari dan masa yang sesuai untuk duduk dan menulis disini memang aku tidak akan menemuinya.
rindu untuk menulis dan kemudian masuk ke alam "hanyut seniku" terasa sejak kebelakangan ini bila mengah nafasku terlalu semput oleh gegas waktu nan berpusing gelojoh sambil tidak memperdulikan lelahpenat dan ejekkan ejekkan suara yang bersimponggang dari segenap uratsaraf minta berhenti barang sesaat untuk seisi kembali kepada diri dan seisi penilaian yang sebentar cuma buat meneruskan perjalanan.
rindu untuk kembali mensilangselikan kata kata menjadi selirat ayat yang bergumpal untuk kuajukan kepadamu..! rindu untuk mengantungkan kata kata menjadi baris baris yang terjuntai, tersangkut dan dengan demikian menjadi baris baris puisi yang bertalu talu menyoalku minta kebenaran yang tak sudah sudah.!
ini penyataan yang sering yang barangkali sesuai untuk mengatakan padamu bahawa hidup tak harus dibiar teroleng oleh rakus mahu dan gejolak hendak kerana mana mungkin ingin akan tergapai lewat wujudnya puas yang tidak ada tamat sempadannya adalah sedar atau nafas yang putus ditengah jalan.
kita akan terbiar dan lusuh ketika ingat dan sedar hanya mimpi dibawa sayup malam.
loppiess.kelanajaya.
usai usai kau dimabukkan oleh bukit putus dan kemudian wajah kuala pilah sedikit sedikit tertonjol dari bukit bukit dan jejeran sawah terbiar yang gadang. pekan yang sunyi dan kau singgahlah di bazar pekena rojak banjir special atau duduk sebentar pekena cendol di bas stand jika kau terlalu lapar atau boleh saja tahankan lapar menjelang sampai kerumah kenduri, nyonya penjual limau dan si mumbai penjual kain masih mewarisi hari ini kuala pilah.
terus saja ke arah batu kikir, masuk kiri sebelah balai polis terus dan terus ke padang lebar, pedulikan lembu lembu yang tidur dijalan, pedulikan pemandangan yang tidak indah, selepas padang lebar kau jumpa kg keru dan tanya mana rumah si acai?
selamat pengantin baru pada si acai, dihadapan, hidup bukan lagi boleh dipacu enak enak saja, ada tanggungjawab terpikul dijemala.
wahh, doa kau agar hujan turun setiap malam agak tercapai, tetapi kesian si penoreh getah..!
dari falujjah ke pattani, dari acheh ke lokhsomawi, dari kashmir ke masjid babri, upacara pembunuhan beramai ramai orang islam terus berlansung. aku disini hanya asyik menulis puisi.
mana OIC tuan dollah badawi? meetingnya hanya lompang buat gah semborono mahu tunjukkan putrajaya. peserta meeting adalah sibodoh yang menguap ketika declarasi dibaca.
|