|
DI SINI LOPPIESS
I must down to the seas again, to the lonely sea and the sky, And all I ask is a tall ship and a star to steer her by, And the wheel’s kick and the wind’s song, and the white sail’s shaking, And a grey mist on the sea’s face and a grey dawn breaking. Sea-Fever by John Masefield (1878 – 1967) email: zamlope@yahoo.com
last modified Mar 5, 2008 at 16:05
dia lelaki yang miskin, miskin kebebasan, miskin keadilan, miskin kepura-puraan. dia lelaki kaya, kaya rohani, kaya keinginan yang menyala, kaya dengan perjuangan yang punya matlamat, kaya kejujuran, kaya kebenaran. dia lelaki yang sepi di dalam sel yang kecil ini hingga dalam kesepian itu dia terdengar dengupan jantungnya sendiri selain denting jam saat yang seperti denting jantungnya juga. dia keseorangan berselimut ketabahan dalam setiap dingin malam atau pijar siang, sel itu tidak bertingkap yang ada cuma dinding batu yang kekar selain sebuah pintu yang murung dan siling yang gelisah. lantai simen lepa yang licin dan meja tulis yang haloba.
lelaki itu tidak diperdayakan oleh sekitarnya, baik gelisah, murung, duka atau sedih, baik rindu, kasih, hiba atau marah. semua itu tidak dipedulikan lelaki itu. lelaki itu masih tega, masih kuat dan semangatnya masih tak padam walau hidup di sel sempit dan sunyi ini mengodanya pada keindahan dan kebebasan setiap saat.
ketika aku dan sekawan angin menyelinap masuk ke selnya melalui sela pintu yang terbuka ketika warden tua itu menghantarnya sebuku roti pada satu pagi, saat itu dia tengah asyik membaca ayat ayat suci. kemudian dari al quran berbahasa arab itu dia mengalihkan tangannya ke kitab al quran berbahasa melayu pula, mulutnya, matanya dan hatinya tidak memperdulikan roti tersebut. aku dan sekawan angin kemudian melekat di atas siling biliknya.
lelaki itu bukan sahaja dikurung malah di nafikan untuk beroleh rawatan pada tulang belakangnya, bukan sekejap ia berjasa pada negara dan bangsa, malah berpuluh tahun juga semenjak dari bilik kuliah semasa di universiti, lelaki itu saban saat dalam kesakitan, sakit, sakit, sakit.
lelaki yang bersendirian di dalam sel sempit itu dan dalam kesakitan pula kini melalui jalan yang sangat getir. isteri dan anak anak yang merintih, yang merindu kepada sebagaimana kehidupan sebelumnya atau yang sangat berkeinginan kepada kehidupan yang sebagaimana layaknya manusia. anak anak yang sangat mendamba pelukkan ayahanda, isteri yang mahu masuk kedalam sinar mata suaminya saban saat. mereka mahu bersama untuk melihat matahari bangun dan sama sama mendengar burung menyanyi, mahu makan bersama barangkali, mahu bermain bersama barangkali, mahu bergurau bersama barangkali, mahu mengulangkaji pelajaran bersama barangkali, mahu bersama suami, mahu bersama ayah setiap sela jarum saat bergerak tetapi alangkah!
dari siling aku masih lumat memerhati lalaki tabah itu. dia memang lelaki yang menghumbankan dirinya sendiri ke lembah neraka kerana membawa benar buat maruah marhaen di segenap pelusuk. Gamakkah engkau menuduh lelaki berkarisma itu seorang peliwat yang membogelkan lelaki dan meliwatnya berulangkali!, terdayakah engkau menuduhnya sebegitu sadis dan kejam dan menjajanya keserata dunia untuk melihat maruahnya jatuh seperti hujan turun? alangkah, dimanakah kemanusiaan?, bukan manusia yang mampu berkelakuan demikian tetapi adalah sekumpulan anjing yang liar kalau bukan ia sekumpulan syaitan!
segenap ruang untuk beroleh keadilan telah dinafikan untuk lelaki itu bergayut dan memohon belas ehsan. kepada manusia manusia yang terlibat menyiksa lelaki itu sedemikian rupa aku mengucapkan selamat mati dan berdepan dengan neraka yang apinya menyala-nyala.
ketika aku menulis ini pagi sudah begitu larut, malam dan gelap akan pamit bila bila masa sahaja, kedatangan siang dan matahari akan kembali memulakan pusingan kehidupan dan usia semakin pendek, perjalanan semakin pendek kalau pun tidak terlalu terdesak.
demikian lahapnya masa mengambil usia kita dalam ketidaksedaran atau leka. alpa bagai permaidani baldu yang terbentang dan kita tertidur di atasnya. tidak mahu atau tidak usah terlalu dangkal dengan sedar atau muhasabah, ayuhlah bergembira, bersedih sedihan begini mahu jadi apa?
tidak mahu solat atau biarlah kerana esok masih barangkali wujud di atas dunia ini dan nafas akan berjejeran semula dan udara masih akan bertiup di bawah hidung dan hidung tentunya akan berwenang menyedutnya dan melepasnya. jantung bisa saja akan mengepam darah dan menyalurkan kesemua urat saraf bilamana urat urat yang datang dari tulang belakang itu hidup hasil arahan otak maka jasad akan seperti juga semalam yang tidak ada cacat celanya bergerak, menyanyi, makan, melihat, mendengar, tidak berbeza secuit pun dari semalam. itulah hidup dan kemudian hidup itu akan berhadapan dengan kehendak, kerja, komputer, kereta, seks atau apa saja..tidak berbeza bukan? sama saja, sama saja seperti semalam atau barangkali seperti esok. getar atau mahu atau lapar atau sakit atau marah akan berulang dan berulang, hidup terus dijalani.
kemanusiaan memang ada dan aku memang manusia yang baik !, tidak mencopet, tidak meludah semborono, tidak bercakap lucah, tidak mengadu domba, tidak mempunyai hati yang terlalu busuk, tidak mengejek si hodoh, tidak mendengki, tidak berzina, tidak memfitnah, tidak menonton andengan lucah, tidak memukul kucing, tidak membaling anjing, tidak berkata babi, tidak berbohong, tidak melawan mak bapak, tidak cemburu, tidak ponteng kerja, tidak mencebek jiran, tidak berhutang, tidak bermain judi, tidak..tidak..tidak..tidak..tapi cukupkah aku menjadi manusia hanya dengan begitu?
________________________________________________________
kepada sahabatku gaffar
musim sangat kering sekarang, langit telah kehilangan awan, rumput rumput di padang mula menjadi kuning. ketika aku menulis ini angin masih bertiup kasar dari hujung padang, daun daun yang tua segera luruh dan burung burung telah berhijrah entah kemana.
agak lama tidak hujan, pohon pohon dihujung padang kelihatan resah. wajah wajah pohon yang bimbang itu semakin jelas bila tengahari yang pijar terasa seperti amat perlahan berlalu.
gaffar, aku tidak menulis apa apa yang sangat penting untuk kau tahu, tetapi cuma berita tentang tan sri khalil yakkob telah di lantik yang di pertua negeri melaka yang baru. kalau tak silap aku beliaulah yang menyebabkan ribuan hektar hutan di pahang menangis tersedu sedu atas pembunuhan beramai ramai si tualang, merbau, jati, mempaga, meranti, dan banyak lagi.
baliklah gaffar ke sini, bapa kau buat baca yassin 41 untuk dilembutkan hati kau biar balik dan bekerja saja di sini,
sehabat mu,
loppiess
oleng mudik kapal menyusur lereng riak menyetubuh ombak dan berahi gejolak gelora menanti gigi buritan dan corong asap menebar gerombol resah ke kolong awan
oleng pautan duka terlepas bila dada laut terbuka luas untuk di redah badai tak usai tak terbelai tak terlerai dan waktu mungkir kepada janji pelaut
oleng waktu derik rantai dan beban karat menebal di dinding malam di dinding iman rumah api telah hilang dimanakah haluan?
oleng oleng oleng
loppiess
aku kembali duduk dimeja tulis kecilku. kitab fadhail amal telah lama duduk diam saja diatas meja ini. adakalanya ia tertimbun di antara brochure unit trust atau surat surat takaful yang berselerak di atas meja. telah lama hanya habuk yang menyentuhnya, habuk yang singgah yang kemudian pamit di halau bobrok angin kipas siling, habuk yang degil akan melekat dan bertahan tetapi habuk yang ringan akan terbang ke kain langsir atau ke lampu meja pula. tengahari yang hamis dan malam yang pijar menyaksikan hari berlalu bila setiap azan subuh dan kitab fadhail amal masih bungkam, diam dan bagai ada tali kesedihan dan gelisah tersambung diantara kitab itu dan juring kalbu ku.
ada masanya aku merasakan ingin segera kembali ke gerombolan kawan kawan dan berkasih sayang dengan-Nya sambil lagu lagu dari fadhail amal berkumandang menghias siang dan malam, senja dan subuh.
pulang ke rumahku semula aku merasakan Engkau tak putus putus melihat ku.
tq pd hs, jangnoes & siti, kemudian doljones yang menulis "santai", salam pd PG1.
|