home
login::signup
we::blog

DI SINI LOPPIESS

I must down to the seas again, to the lonely sea and the sky,  
And all I ask is a tall ship and a star to steer her by,  
And the wheel’s kick and the wind’s song, and the white sail’s shaking,  
And a grey mist on the sea’s face and a grey dawn breaking.  
Sea-Fever by John Masefield (1878 – 1967) 
 
 
email: 
zamlope@yahoo.com

last modified Mar 5, 2008 at 16:05


Wednesday, July 28, 2004

surat dari ibrahim

camar sangat riuh ketika muncung kapal memudiki teluk satander yang dingin. derik tali rope dan bunyi enjin kapal yang bobrok, tebing teluk dan menara lama kota perang mewarna rusuh jiwa para kelasi. penat benar setelah lama belayar dari lisboa dan le harve. rumah api dan jejeran buoy terapung rapung seperti juga awan yang berpetak petak seperti tanah kering di landa kemarau berkurun.

lelah di amuk badai teluk biscay memang lelah yang panjang, mabuknya dilambung ombak seperti mabuk menelan setong arak. ketika kapal tenang menyusur teluk satander, matahari yang terik masuk ke kabin seperti menyusur terowong cahaya, sebaris dan hinggap ke lantai dan sebahagian tilam,

ibrahim menulis berhati hati,

semuga dirimu dalam lindungan Tuhan,

lelah benar ketika harus bertembur lewat biscay yang tak pernah diam, pun kerana rindu sangat menebal, aku tuliskan surat ini buat kamu.

tiada apa apa yang amat penting untuk ku tuliskan, selain ingin mengulangi semula bahawa cinta bukan cuma rindu dendam dan kasih membara semata tetapi cinta adalah penguat semangat bagai besi kental, tegar dan ampuh dalam menempuh amuk resah dan ingin yang pelbagai. demikian simpan ia sebagai azimat.


ibrahim,
satander
spain.

demikian ketika buritan kapal semakin jauh, bunyi peluit bagai lagu merdu yang menyesakkan alam. rindu bukan cuma rasa tetapi rindu adalah dengup jantung.

114876 | posted by loppiess at 0:46 | 4 comments

Wednesday, July 21, 2004

kisah lucu yang berulang

hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha
hahhahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha
hahahahahahahahhahahahahahahahahhahahahahahahhaha
hahahahahahhahahahahahahahahahahhahahahahahahahaha
hahahah....siapakah yg berani mencalonkan tengku razaleigh?

hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha
hahahahahhahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha
hahhahahahahahahahahaha
hahaha...maaf, begini lama aku tidak ketawa sebegini besar, lucu bukan?

114052 | posted by loppiess at 8:33 | 2 comments

Thursday, July 15, 2004

113281 | posted by loppiess at 3:54 | 4 comments

Tuesday, July 13, 2004

keluar dari alam mabuk seni dan kembali pada alam nyata.

demikian bunyinya tajuk di atas. seperti aku ini hidup dua alam. satu : alam bergila-gilaan dengan perasaan mabuk seni ku yang begitu berbagai dan yang kedua ialah alam dimana aku berpijak kebumi dan bercerita tentang perlunya menjadi kaya dan berlawak jenaka.

inilah keberuntungan menjadi diriku. keberuntungan yang barangkali tidak ada pada ismail, md sufian atau saravana. aku melihat lumut ditembok sebagai karya seni yang aku pindahkan ke galeri mindaku dan kemudian ah lek hanya melihat tembok yang usang dan tidak bernilai komersil - tidak ada apa apa.

malangnya pula menjadi aku ialah keasyikkan yang terlalu, diriku membawa mindaku lepas bebas bagai adakalanya tidak terkawal, bermonolog dan mencatat puisi di atas awan. aku menjadi sebahagian puing puing debu yang bertabrakkan kesegenap ruang.

tetapi barangkali kerana aku ini hidup di dua alam, aku boleh saja menjadi manusia normal, menjadi loppiess yang memakai talileher atau mengadakan seisi taklimat motivasi kepada audiens.

jangan jadi si pemabuk seni berambut panjang dan asyik bergila, yang menulis puisi Tuhan yang panjang tetapi tetap lemas dengan idola hollywood yg tak henti henti dimomokkan. mahu jadi apa?, wujudlah juring paradoks yang dilihat orang dari kolong kolong tingkap malam. orang hanya merasa tetapi tidak berkata apa apa.

demikian aku mengingatkan diri aku sendiri tentang alam pertama alam kedua dan alam ketiga, di alam ketiga kita tidak akan dapat menoleh lagi. di situ kita hanya menanti, menunggu keberangkalian hukum apa yang jatuh ke jemala.

ahh lupakan saja, aku sebenarnya tidak punya idea untuk menulis.

112993 | posted by loppiess at 2:16 | 3 comments

112979 | posted by loppiess at 0:34 | 1 comments