|
DI SINI LOPPIESS
I must down to the seas again, to the lonely sea and the sky, And all I ask is a tall ship and a star to steer her by, And the wheel’s kick and the wind’s song, and the white sail’s shaking, And a grey mist on the sea’s face and a grey dawn breaking. Sea-Fever by John Masefield (1878 – 1967) email: zamlope@yahoo.com
last modified Mar 5, 2008 at 16:05
fidel castro telahpun berumur 78 tahun. dia merayakan harijadinya selepas ribut charley melepasi sempadan perairan cuba. si tua berjanggut itu tidak punya ikatan apa apa denganku, cuma kami berkongsi menyambut hari ulangtahun kelahiran yang sama. lihatlah mukanya yang gagah dan karismanya yang utuh, beliau telah menbangunkan cuba sehingga mempunyai seorang doktor untuk 176 rakyatnya. itu saja, kadar jobless masih tinggi dan kemiskinan masih menjadi selimut harian marhaen.
pada hari yang sama juga 'genceh' kawan sekampungku di lahirkan. ohh tuhan, betapa indahnya zaman kanak kanak kami yang kerap habis di sawah dan sungai, memikat wak-wak, memancing puyu dan sembilang. menonton wayang china di bahau, menunggu burung tanau di atas leban yang sarat berbuah. kami bermain bola di kebun nyior, menunggu durian di mensubo. namun kini genceh yang dahulu telah 'tiada'. beliau hanya duduk bersendirian membilang rumput rumput atau mengira jika anak wak wak keluar dari langit. rambutnya terlalu panjang dan tidak bisa lagi bertemu manusia selain ibunya sendiri. beliau tidak lagi menguasai dirinya, kami telah kehilangan genceh, genceh sahabat kami.
pada 2001, hari yang sama juga painting potrait of lady aged 62 oleh rembrandt van rijn di jual dengan harga US35.6 juta, begitu jika pelukis sudah mati, harga lukisannya akan terus hidup.
pada tahun 2000 hari yang sama, submarine kursk tenggelam kedasar laut barents yang terlalu dalam dan sunyi, berpuluh anak kapalnya turut tenggelam, tenggelam dengan impian dan cita cita. para pejuang cechen menyambut berita itu dengan paluan kompang kerana sekian lama askar putin yang kejam menyembelih rakan rakan mereka.
begitulah sedikit catatan sempena hari dimana aku lahir ke dunia. diary diary lama yang kusam ku sinkap perlahan lahan, hidup rupanya semakin pendek. tiada banyak waktu lagi.
selamat hari lahir kepada diri ku.
malam tidak akan pamit kupenuhkan ia dengan isi mimpi yang longlai minta raih cinta yang kelopaknya tumbuh di tempat beradu harumnya aduhai tertebar keserata para para dan kolong tingkap aku menghidunya bagai mabuk candu di birai siling kasih jatuh bagai liuk gementar hinggap satu satu ke dada ku dambanya aduhai menyucuk rongga ku debarnya aduhai memanggang peri ingin ku
malam tidak akan pamit ku penuhkan ia dengan isi mimpi cuma mimpi.
loppiess.

jalil semakin lemas, tidak mampu lagi mencapai tangan tangan yang cuba di hulurkan. arus yang kuat dan dasar sungai yang dingin datang mengetuk pintu sesalnya yang terbuka luas. dering bunyi sayup sayup berjajaran, rupa semakin hilang diganti kabur dan hitam. selepas itu tiada apa apa lagi.
yang ada cuma puing resah mengalir kebatu batu.
|