home
login::signup
we::blog

DI SINI LOPPIESS

I must down to the seas again, to the lonely sea and the sky,  
And all I ask is a tall ship and a star to steer her by,  
And the wheel’s kick and the wind’s song, and the white sail’s shaking,  
And a grey mist on the sea’s face and a grey dawn breaking.  
Sea-Fever by John Masefield (1878 – 1967) 
 
 
email: 
zamlope@yahoo.com

last modified Mar 5, 2008 at 16:05


Saturday, October 29, 2005

SELAMAT ID-UL FITRI.



Gadis manis ini adalah gadis Acheh. Beliau menyambut hari raya yg pertama tanpa keluarga. Bukan sahaja tanpa keluarga malah tanpa saudara, tanpa rumah yang sempurna, tanpa pakaian baru dan tanpa kawan kawan terdahulu yg sama membesar.

Kenangan dibelikan baju oleh ayah ibu, memakaikan dan mengayakan di hadapan mereka sebelum datang 1 syahwal amat memilukan.

Sahabat2, pulanglah ke kampung, peluklah ayah ibu seerat eratnya kerana mereka manusia agung yang masih kita miliki.

Selamat Hari Raya dari "DI SINI LOPPIESS".

149541 | posted by loppiess at 7:48 | 7 comments

Monday, October 24, 2005

berbuka dengan ayah

Mahmood mengambil tempat duduk di meja makan rumahnya. lebih kurang 4 minit lagi akan masuklah waktu berbuka. Anaknya boy, musalmah, yassin dan halimaton duduk terdahulu dengan di tangan masing masing memegang seulas kurma.

dan sela beberapa minit selepas itu azan pun berkumandang.

seketika selepas itu Mahmood menyuruh anak anaknya berhenti seketika, lalu dia berkata:

ada puluhan ribu orang orang muslim di negara negara lain tengah susah ketika ini, di pakistan sana mereka sedang kesejukkan tanpa selimut, tanpa ubat, tanpa makanan, tanpa rumah atau secarik atap pun utk berlindung, kepala mereka terluka, kaki mereka patah dan darah membeku di lengan dan mata.

Allah memberi kita nikmat, kamu lihatlah makanan di atas meja ini, penuh, dengan air yang berbagai warna.

janganlah kamu lupa untuk berterima kasih kepada Allah dengan penyataan yang sangat sangat dalam.

seketika selepas itu ( selepas boy qamat ), suara merdu mahmood membaca al fatihah bertitipan keluar dari rumah teres dua tingkat itu dan di belakangnya penuh makmum yg terdiri daripada Rabaah isterinya, boy, musalmah, halimaton dan yassin.

di kashmir, angin dingin bertiup dari tasik dan gunung ganang.

149262 | posted by loppiess at 11:48 | 2 comments

Sunday, October 2, 2005

ramadan......

Sehari dua ini selepas selang beberapa kali kelibut mentari naik dan terbenam maka akan muncullah Ramadan, muncul dari dambrak kesibukkan lalu lalang kehidupan, muncul dari pijar matahari yang melata jatuh , muncul dari oleng lagu lagu yang riuh dari sekelian media yang berahi kepada rancangan2 realiti, muncul dari liuk tubuh para perempuan yang ketat bajunya yang mampu saja melambakkan sepasang tetek yang seperti Gunung Tahan besarnya, para perempuan yang juga tanpa segan silu memendekkan cawat seluarnya hingga….ya hingga para lelaki ( sebahagiannya ) menjadi tidak lagi siuman.

Ramadan seperti tahun tahun terdahulu tetap muncul dengan tertibnya, bulan yang di rindui ini datang bertamu lagi membawa seribu nikmat, sejuta kepasrahan, kasih sayang kepada Tuhan menjadi teguh, kasih sayang sesama insan bercambah, anak anak kecil disayangi, masjid penuh dan malam menjadi hidup dan segar bugar. Pohon pohon dan sekelian bukit bukit juga bendang bendang termasuk angin dan awan juga bintang bintang bagai gambar syurga dengan melata kelip lampu dan riuh suara suara memuji Allah bersimponggang naik ke kolong jiwa. Ah…Ramadan, kurnia kepada insan bilamana pijar siang mengusik penuh taqwa dan dengan sentuh penuh kekerdilan rasa sujud dan insaf, rasa daif kelaparan dan kehausan memandu jiwa menjadi tulus dan tersedar dari lamun kesenangan dan wang, tersedar dari lamunan dunia yang tidak henti hentinya mengalir saban detik, jerit dan riuh tentang hartabenda, anak isteri, pangkat dan lucah politik.

“apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu pintu syurga dan ditutup pintu pintu neraka serta syaitan syaitan dibelenggu” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Hadis di atas membawa ingatanku ketika kami masih kanak kanak, dengan bebas kami berjalan di kala malam tanpa rasa takut, syaitan sudah di ikat kata kawan ku Bok’on. Jewit yg rumahnya harus menempuh tanah perkuburan juga tanpa ragu ragu keluar setiap malam, selepas tarawih di Surau Tinggi kami bermain mercun dan meriam buluh. Ramadan melukiskan warna kampung dan daerah kami menjadi warna penuh kegirangan siang dan malam, surau bernafas penuh ghairah , makanan yang pelbagai, mee rebus bonda yang tiada tolokbandingnya walaupun hanya di campur sayur sawi dan ikan bilis.

Adakalanya juga aku puasa yuk yuk. Pijar siang jatuh seperti hiris pisau merobek tubuhku yang kurus ( kata bonda, kurus keterlaluan ). Walau pun bonda tersedar nasi sejuk sudah luak namun tidak sepatah kata pun beliau mempertikaikan puasa ku. Enak enak aje membuat declaration misi puasa genap sebulan tercapai.

“Hai orang orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa” Surah Al-Baqarah : 183

Datuk ku, Hj Ibrahim telah pun kembali ke ruang sempit kubur sudah agak lama. Barangkali di dalam liang lahadnya sudah hanya tinggal tulang yang reput namun aku masih di nyanyikan kata katanya lewat suatu hari ketika kami menunggu azan magrib utk berbuka, “ berpuasa bukannya adat tapi ibadah, pendorongnya adalah iman dan mengharap keredhaan Allah, bukan mee rebus atau gulai ikan keli bakar campur rebung masak lemak cili padi”.

Begitulah, harus kita sedar, atas iman maka lengkaplah puasa, secara sainsnya seperti kata Busu Itam, “poso ni dapek morehatkan enjin dalam poghut kito ni, kalau kito asyik molantak yo, bilo pulak enjin ni nak rehat”. Secara tawaduknya pula dapatlah kita merasakan bagaimana laparnya orang orang yg miskin yang tidak cukup makanan atau tiada makanan seperti di sesetengah negara di benua Afrika. Merasakan kelaparan begitu akan segera pula melahirkan rasa insaf dan bersyukur atas rahmat dan nikmat Allah yg dikurniakan kepada kita, keluarga dan negara kita.

Bagi sesetengah kawan kawanku di sini, di kota metropolitan ini, amat menyedihkan bila mereka tidaklah menghiraukan kedatangan Al-Mubarak ini, mereka tidak meghiraukan, tidak menunggu kedatangannya, tidak kasih, tidak menikmatinya, tidak peduli barangkali, tidak acuh, tidak berbeza apa apa, maka sebagai muslim mereka tidak dapat merasai satu kelebihan yg amat besar yg tiada pada Ah Kong , Ramasamy atau juga Robert. Tidak merasai indah dan hebatnya Al Mubarak bagi ku bagaikan tidak merasa indahnya menjadi seorang muslim. Maafkan aku atas kenyataanku itu.

Demikianlah tidak kurang juga sebahagian sahabatku sungguh rajin berpuasa, walau kelihatan begitu tenat dan banyak rehat ketika bekerja..seperti utk membenarkan kata kata Ah Kong yg berpuasa menjadikan kita tidak produktif, namun mereka tidak pula mengerjakan solat. Berjalan suku kilometer di Pasar Ramadan sambil menyedut aroma ayam percik mampu di lakukan namun solat lima minit terasa amat payah, haruslah kita sedar bahawa solat itu tiang agama maka tanpa solat tidak ada ertinya puasa kita, tanpa tiang maka runtuhlah rumah.

Untuk hari hari permulaan, Surau Al Kauthar di taman perumahan kami ini penuh jemaah tarawih, ada datang berjalan kaki dan ada pula datang dengan bermotosikal, tak kurang juga yg datang dengan perdana V6 atau juga Mercedes lampu lonjong, berpusu pusulah jemaah dtg, kalau yg perempuan dtg siap memakai telekung..yg kecil sebesar baby hinggalah yg tua setua Tun Mahathir mereka dtg berbondong bondong…indahnya islam, surau rancak seperti konsert AF….namun menjelang 10 hari terakhir Ramadan surau beransur ansur suram, Mak Cik mendahulukan kuih muih spt almond London atau tart nenas, budin asyik berkunjung ke Jusco mencari baju raya. Pak Cik Leman sakit lutut maka kenalah duduk di depan TV menonton cerita singa mengejar si kijang anthelop di gurun pasir Afrika.

10 hari terakhir Ramadan pun tiba,

“adalah Rasullulah s.a.w apabila tiba sepuluh terakhir Ramadan, beliau akan menghidupkan malamnya dan mengejutkan isteri isterinya dan mengikat tali pinggangnya” Hadis riwayat Bukhari & Muslim.

Mengikat tali pinggang di dalam hadis di atas bermaksud tidak bersama isteri2, ini bermakna utk sepuluh terakhir Ramadan Nabi cuti utk bersama2 isterinya utk memudahkan beliau beriktikaf.

Puluhan tahun dulu, di sebuah kampung di pendalaman Negeri Sembilan, kami duduk di birai tangga ketika jam telah menunjukkan angka 2 pagi. Di depan kami se kole air dan lampu kabaid terpasang dengan nyala yang terang menerangi tangga dan pohon rambutan di tepi halaman rumah kami. Kami menunggu Lailatul Qadar !! . Uztaz mengatakan jika datang lailatul qadar maka air menjadi beku, pohon pohon sujud ke bumi, ketika air di dalam kole tak sempat membeku kami tertidur di birai tangga utk memungkinkan lailatul qadar melewati pagi itu dengan kami tertidur di dalam kain sarung .

Di terangkan dalam sebuah hadis tentang tanda tanda kehadiran lailatul qadar,

1. Udara pada malam itu amat nyaman, tidak panas dan tidak pula terlalu sejuk
2. Terbit matahari pd pagi esok harinya dlm keadaan putih bersih, bagaikan bulan purnama sinarannya lembut dan tidak terik.
3. Tidak terasa kepanasan pada siang harinya, walaupun matahari sangat cerah dan terang benderang.

Walaupun kami amat tertunggu tunggu kehadiran syahwal namun tetap sedih akan pemergian Ramadan. Tidak tahu akan bersama lagilah untuk tahun hadapan kerana kita bisa saja bertemu kematian pd bila bila masa saja.

Pada malam Syahwal kami segerombolan bergerak dari rumah ke rumah. Takbir Syahwal bergema di ruang udara kampung kami yang jauh di pendalaman dan di tepi hutan pula yg biasanya amat sunyi dan diam. Takbir yg memuja kebesaran Allah juga mengambarkan kejayaan kami berpuasa genap sebulan bertali arus dan ini bermakna kami akan menyambut kemenangan itu dengan hari lebaran yg nantinya semua akan berpakaian cantik dan berwarna warni. Hari di mana kita harungi dgn tahmid dan zikir, dgn keampunan dan istighfar , dgn sadaqatul fitri (zakat), dgn solat Eidul Fitri dan penghayatan khutbah, bertemu, beramah mesra dan bermaaf-maafan, menziarahi kubur dan mendoakan org org yg pergi terdahulu maka silaturrahim menjadi tega di mana kasihsayang berhamburan menghuni sekelian jiwa.

Semuga Ramadan kali ini kita tidak lagi rugi, menjadi lebih bermakna dan penuh keberkatan.

Amin.

148213 | posted by loppiess at 7:01 | 5 comments