|
DI SINI LOPPIESS
I must down to the seas again, to the lonely sea and the sky, And all I ask is a tall ship and a star to steer her by, And the wheel’s kick and the wind’s song, and the white sail’s shaking, And a grey mist on the sea’s face and a grey dawn breaking. Sea-Fever by John Masefield (1878 – 1967) email: zamlope@yahoo.com
last modified Mar 5, 2008 at 16:05
Tot, tot, tot ..ada sms masuk,” jemput datang rumah ada jamuan sikit, jam 8 pm to 11 pm”. Dari Roogayah sahabat di pejabat. Tot, tot, tot,…ada lagi sms, “jemput sekeluarga ke rumah kami jam 12 to 1700 hrs, open house kecil kecilan” dari Idris . Tot, tot, tot…open house lagi ke?.”.tuan disilakan datang ke kediaman kami pada sabtu ini mula jam 8 mlm” dari Kalsom, Tot, tot, tot……Tot,tot,tot…….Tot,tot,tot……………………………………………..!!
Idris membawa kami berlegar ke semi-D barunya di Puncak Alam, ada landskap cantik, ada pasu besar agak condong sambil melelehkan air dari muncungnya. Air itu kemudian jatuh ke kolam kecil di mana ikan koi riang ria berenang renang di celah teratai dan batu batu yg tersusun dan berkelibut.
Roogayah membawa kami hingga ke belakang dapur rumah barunya sambil menunjukan luas halaman belakang dimana mereka boleh melempar bola ke jaring yang di pasang di aras tingkat dua. Ada juga ruang beratap yang mana di situ ada meja ping pong yang terlipat, kata Roogayah “si Boy anak keduanya suka playing table tennis”. Di sebelah ruang letak keretanya juga ada air yang terpancut dari dinding.
Kalsom membawa kami melihat dapur rumah barunya. Di antara ruang memasak dan makan cuma ada pintu yang penuh ukiran roman. Di tepi kabinetnya ada meja kecil yang tinggi dan ada pula dua kerusi yang juga tinggi kakinya laksana di dalam bar. Kerusi tersebut satu berwarna biru dan satu lagi berwarna merah jambu. Tiba tiba kabinet di buka pintunya, wahh rupa rupanya ada bilik rahsia yang juga merupakan bilik setor…dasyat, dasyat. Hot platenya tidak panas tetapi apa pun di letakkan di atasnya boleh masak..kagum, kagum. Kalsom juga tidak lupa membawa kami membawa ke bilik tidurnya….melihatkan bilik tidurnya pada firasatku, siapa saja yang mati pucuk akan sembuh..!!
Latiff Pendekar tidak pulak membuat open house atau mungkin tahun depan kerana rumah barunya siap tahun depan. Rusli Dollah dan Rusli Mahat juga belum buat apa apa kerana mungkin mereka msih duduk apartment lama yang liftnya kerap rosak. Tajuddin juga tak buat dengan alasan bini mengandung 4 bulan ( tapi mungkin dia masih menyewa di rumah lama di Keramat…jangan dok tipulah).
Begitulah Roogayah, Idris dan Kalsom, hidup meningkat satu tangga lagi..tahniah. Open house yg mereka adakan akan dapat mengeratkan silaturrahim antara kami. Aku yang agak tahu apa yg mereka mahukan tak henti henti memuji dan meluahkan rasa kagum.
Untuk Latiff Pendekar, Rusli’s dan Tajuddin, jgn rasa apa apa pula. Perlu ingat adakan jamuan untuk sedekah bukan atas lain lain niat. Ada satey, mee jawa atau nasi briani sudah cukup baik…..aku ok saja!!
Segerombolan kanak kanak kecil dalam lingkungan umur 8 ke 10 tahun kelihatan merentasi tengahari yang pijar berbasikal ketika syahwal masuk hari yg ke tujuh. Langit kelihatan amat jauh dan awan yang sedikit sedikit tergantung tidak mampu menangkis gejolak tikaman pijar matahari tengahari itu. Segerombolan itu berhari raya ke sekitar rumah kawan kawan dan guru guru mereka di taman perumahan yang di huni sekitar 40% Melayu, 30% Cina dan selebihnya India.
Siti bertindak sebagai ketua gerombolan itu, mereka dalam lingkungan 16 orang semuanya. Jadual hari itu telah di rundingkan lewat sms dan telefon semenjak tiga hari lalu. Mereka semua terdiri dari kelas lima teratai, sek ren bukit bukau. Syafiq juga membawa adiknya syaiful dan Syafiqah juga membawa adiknya Idham sekali. Ikram juga membawa adiknya Haziq. Di dalam rombongan berhariraya itu juga termasuklah Wong, Tiffany, Dewi dan Anand.
Semenjak pukul 10 pagi telah 4 buah rumah di kunjungi ini termasuk rumah cikgu Lizawati, cikgu Rahmah dan Sir Khairol. Mereka berhenti utk bersembahyang zohor di Surau dan makan nasi ayam di warung Wak Don.
Aku melihat betapa riang rianya mereka berhari raya. Ketika di surau, Wong, Tiff, Dewi dan Anad duduk menunggu di bawah pohon mangga. Untuk duit raya, mereka berempat telah mengumpul seorang 20 ringgit. Tidak ada bezanya antara Tiff dan Siti, Anand asyik bergurau dengan Syafiq dan Haziq, Wong memakan lemang dengan rendang tanpa mengeluh pedas. Tidak ada curiga dan wasangka, tidak ada beza, mereka bergurau sambil bergusti adakalanya. mereka berpelukkan dan berlarian, mereka bertukar basikal dan tiff adakalanya memakai tudung Siti...kelakar.
Aku benar benar melihat satu fenomena anak anak Malaysia. Pada usia begitu mereka tidak lansung terfikir tentang perkauman. Jiwa yang kecil dan ikhlas. Kawan kawan adalah sahabat dan sebahagian kehidupan, tiada Melayu, Cina atau India. Tiada keterbatasan walau mereka sedar mereka punya kulit yang berlainan, bahasa ibunda yang berlainan dan Tuhan yang di sembah berlainan tetapi atas erat ikatan persabatan kelas lima teratai, mereka tidak peduli pada kelainan itu, mereka menjalani kelainan dalam kehidupan tanpa ada apa apa batas sempadannya.
Tetapi Wong akan berubah seperti berubahnya Dewi dan Siti. Tiff akan berubah seperti bertukarnya wajah Haziq dan Syafiq...menjelang meningkatnya mereka menjadi remaja keadaan akan bertukar..!!
Menjelang masuknya Wong ke tingkatan satu, dia akan hanya berkawan dengan Lim, Eng, Tan dan Ah Kau. Dewi akan berkawan hanya dengan Anand, Saravana, Batumalai dan Aru. Begitulah juga Siti akan berkawan dengan kaumnya sahaja. Jurang pemisah akan mula terbina. Jurang itu di bina barangkali oleh Cikgu sendiri, ibubapa, jiran jiran dan yang lebih dasyat ia di bina oleh para politikus dan kelucahan politik itu sendiri.
Sistem kerajaan barisan nasional yang hidup atas tiga/empat gabungan parti parti yang hidup atas dasar perkauman semata itulah pisau sebenar yang mengoyakkan dan melapah kesepakatan hidup Wong, Siti dan Dewi. Tan yg baru di lantik sebagai timbalan parti cina "parti singä" dengan angkuh mula mencari tempat dan pengaruh dengan mula melaungkan betapa pentingnya bahasa kaum di utamakan. Hamid yang di lantik ketua bahagian "parti bumi bertuah" sambil menjerit menghunus keris melaungkan tentang hak. Torai yang mencari tempat dalam "parti dewadewi" menjerit tentang nasib kaum yg tertindas kononnya. Tan, Hamid dan Torai perlukan sokongan grass root kaumnya untuk mereka mendapat tempat secara peribadi di dalam partinya dan dengan itu senjata yang paling ampuh ialah memperjuangkan kaumnya habis habisan dan menuduh kaum lain tidak berlaku adil dan sambil melacurkan dan mencampakkan integrasi kaum ke lembah paling hina sambil tidak berasa sedikitpun kepedulian atau kebertanggungjawaban atas kelucahan yang di lakukan itu.
Di sudut yang lain, para politikus bertopeng ini dengan santai dan dengan muka yang penuh kudus dan taqwa berkhutbah tentang betapa pentingnya perpaduan. Mari bina satu bangsa Malaysia yang gemilang. Rumah terbuka Deparaya atau kongsiraya pun di adakan. Wahh..meriah betull..ada Mawi penyanyi tersohor itu, ada Ning dan ada pemenang Malaysian Idol yg pertama dulu. Para krew TV pun menonjolkan tentang para politikus bertopeng itu sedang bersantapan dengan tawa yang lebar penuh muhibbah. Ya..bangsa Malaysia telah terbina di depan meja hidangan kari kambing.
Jauh di satu sudut lain seperti di kg baru Sungai tong tong, di kg tradisi bukit bah dan di estate tambipillay rakyat banyak masih terbuai dengan jerit tempik Tan, Hamid dan Torai. Ada curiga, ada syakwasangka dan ada ketidakselesaan tumbuh atau membenih perlahan lahan. Kalau pun ia tidak tumbuh seperti tumbuhnya pokok durian yang membesar dan merendang namun ia tetap tumbuh seperti cendawan busut selepas musim hujan, tumbuh, kembang, layu dan mati kemudian untuk musim berikutnya ia kan tumbuh semula dan mati semula dan kemudian turutan itu bersambung sehingga bila bila. Dan atas kapasiti kita sebagai marhaen hanya perlu berdoa agar ia tidak tumbuh seperti pohon beringin, membesar agam dan berkelubung seperti hantu tinggi dengan wajah yang amat digeruni. Kalau hanya doa yg mampu kamu lakukan.....!
Petang itu gerombolan yang di ketuai oleh Siti bersurai pada jam enam. Mereka berpakat untuk meyambung semula seisi berhari raya bermula jam sembilan keesokan harinya. Tentunya esok pagi kita akan melihat semula Syafiq, Ikram, Siti, Wong, Dewi, Haziq, Tiffany dan lain lain bergurau senda semula, bertukar basikal, mengira duit raya, makan nasi ayam di warung wak don dan tentunya aku akan melihat mereka berlari lari di padang di bawah pijar matahari lapan syahwal ini.
ketika aku berhenti menekan huruf huruf di keyboard lap top ku ini, kelihatan langit semakin jauh dan awan awan yang pada mulanya agak hitam bersurai perlahan lahan, di tepi padang kelihatan angin berbondong bondong melorong di celah celah pohon yang tersusun beratur sebelum sampai ke jendela ku yang terbuka, burung tiak rumah yang tidak peduli terus melompat dari dawai pagar ke pohon bunga bunga kertas.
|